Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selagi bukan ghost protocol


1hb Januari 2014. Selamat tahun baru. Azam baru dan keyakinan yang lebih bagus dari tahun
 yang sebelumnya. Protokol. Aku memang segan dengan perkataan yang satu ni. Kebanyakan
masa apa-apa perkara yang mempunyai protokol terutamanya yang tidak munasabah buat aku
sakit  kepala dan senak perut. Tetapi suka atau tidak, secara resmi ataupun tidak, hidup kita sebenar
nya memang dikelilingi oleh protokol/procedure dan arahan-arahan yang sewaktu dengannya.
Menurut Wikipedia, protokol bermaksud etika atau sesuatu panduan yang menentukan bagaimana
sesuatu aktiviti itu boleh/patut dilakukan.Samada bertulis mahupun tidak bertulis atau yang telah
difahami dan dipersetujui sejak zaman berzaman.

Dalam rumah tangga pun bila anak-anak nak keluar kena minta izin dengan ibu dan ayah.
Begitu juga bila isteri nak keluar rumah kena minta izin dengan suami. Itu protokolnya.
Bukan setakat bertulis di buku, malah diajarkan sebagai adap sopan dan tuntutan dalam agama.

Bila nak mula buka warong walau hanya kecil-kecilan dan nampak macam boleh pacak ikut suka
tok nenek....itu namanya melanggar protokol. Kalau nak berniaga gerai makan, kenalah berniaga
 di tempat yang telah disediakan atau pun tempat yang dicari biarlah semenggah. Tidak kotor,
tidak membahayakan kesihatan dan keselamatan pelanggan serta mohonlah lesen. Kalau ada
 sijil injection dari Kementerian Kesihatan lagi cantik. Pelanggan lebih konfiden.Masakan biarlah
 sedap. Jangan asal boleh dan pelanggan terpaksa membayar harga makanan sedang tekak
terseksa. Kalau sendiri makan pun rasa tak sedap, confirm orang lain makan pun tak sedap !
Kecualilah lidah dia jenis mati rasa.  Dan kalau silap pacak MP berhak meroboh gerai kita tadi tu,
 kerana apa ? Kerana tidak mengikut garis panduan dan melanggar protokol.

Nak jumpa PM pun ada protokol. Hantar surat dulu, melalui PA dulu, PA tapis dulu , menasabah
kalu, baru boleh jumpa PM. Bila kita nak baca yassin atas sesuatu niat pun sama - ada protokol.
Bukan boleh main hentam kromo aja. Adap-adap membaca yassin itulah protokolnya. Pertama,
hendaklah suci dari hadas kecil dan besar. Pakaian bersih dari najis. Bacaan hendaklah tertib
dan tertil. Baca dengan nada sederhana,jangan terlalu cepat. Sebaliknya bacalah dengan
tawaduk dan khusyuk. Istigfar, selawat dan bacaan fatihan dalam bilangan tertentu sebelum
memulakan bacaan.

Aku teringat dulu sewaktu di tingkatan 6, ustaz aku yang lembut orangnya selalu berpesan,
 " kamu semua bila berdoa, gunakan bahasa yang tepat bila memohon. Jangan bunyinya
 Ya Allah Ya Tuhan ku, KAU berilah aku peluang untuk sampai ke tangga universiti. Jangan
 salahkan Tuhan, bila kamu cuma ' sampai di tangga ' tapi tak lepas masuk ke dalam."

Satu kelas tersengih termasuk aku. Hari ini bila aku menjadi lebih dewasa dan nak tua semula,
 aku pesan-pesankan  perkara yang sama kepada anak-anak. Kerana aku juga tidak mahu
anak-anak aku lepas masuk tapi tak lepas keluar pasal tersilap memohon doa.

Dan aku dah lama menukar doa ku daripada Ya Allah Ya Tuhan ku murahkan rezeki ku..........
aku gantikan ayat itu dengan doa; Ya Rabb, kurniakanlah hamba MU ini dengan keampunan,
rahmat dan rezeki yang melimpah ruah yang dapat digunakan kembali ke jalan MU. Dan jadikanlah
 aku hamba MU yang berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Amiinn.

Dan hari ini aku bukan setakat mengikut protokol dalam kebanyakan perkara malah aku juga
menyeru mentera.............
                     
                                 Hei Khursani, mengalirlah dikau
                                 Menjadi raksa 
                                 Mengisi belikat punggung ku
                                 Agar aku dapat berdiri
                                 Tegap dan segak
                                 Bagaikan laksmana melayu
                                 HAHH.....

Nota : Teringat kata Dato Dr. Fadzilah Kamsah ; bila kita berniaga / bekerja seboleh mungkin
mudahkan urusan dengan membuang protokol yang tidak perlu dan hanya melengahkan kerja.
Mudahkan kerja. Mudahkan urusan. Moga bila orang senang berurusan dengan kita bertambah
baguslah pencapaian perniagaan dan peningkatan mutu pekerjaan. Confirmlah aku setuju kerana
pada aku selagi bukan ghost protocol, apa ada hal....




No comments:

Post a Comment