Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bantuan persekolahan RM 100 menyusahkan


Sebagaimana yang diketahui bantuan persekolahan kepada 5.4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah telah mula diagihkan bermula 15hb Januari 2014 ini dan bermula secara berperingkat. Bantuan itu diharapkan dapat meringankan bebanan ibu bapa dalam menampung perbelanjaan sekolah anak-anak. Surat pemberitahuan tarikh dan waktu telah pun diedarkan melalui anak-anak untuk diserahkan kepada ibu-bapa. Macam biasa, lepas tengok tarikh dan waktu, suratnya aku buang...................

" Pergi ambik ma,kalau mama tak mau duit tu.......Daniel nak. Boleh isi tabung Daniel," dia kompang aku dari hujung minggu sampailah ke pagi tadi.

Aku rasa bercinta betul nak pergi ke sekolah nak ambik bantuan kerajaan tu. Bukan menyombong, sebaliknya berterima kasih pada kerajaan kerana prihatin dengan bebanan kewangan ibu bapa. Sekolah bantuan kerajaan/sekolah biasa ni nampak je macam tak kena bayar tapi sebenarnya sekejab-kejab duit. Kejab,kejab duit. Dari awal tahun sampai nak habis tahun ada saja bayaran / perbelanjaan untuk anak yang bersekolah itu.

So macam biasa,jadual aku bekerja adalah selepas menyelesaikan urusan rumahtangga dan menghantar anak-anak ke sekolah...barulah aku jumpa clients atau buat urusan lain. Tapi nampaknya hari ni dari pagi sampai ke petang tadi semua kerja terpaksa di tolak ke tepi dulu untuk menguruskan/ menerima/mengutip bantuan RM 100.

Tiba-tiba saja Daniel tanya aku, " nanti datang, mama tunjuk surat tempohari yang Daniel kasi tau." " Surat apa pulak ? " " Surat yang suruh mama datang ke sekolah ambik duit bantuan murid tu lah. " " Mana ada. Mama buang dah.

Tahun-tahun lepas tak ada pun peraturan tu. Mama ambik duit Daniel dulu tak ada minta surat apa pun, tahun ni dah start mengarut ke ?? " " Mesti ma, kalau tak .....cikgu tak mau kasi," Daniel bersungguh menyampaikan mesej itu kepada aku. Aku mula bengang dah.

Baru khamis lepas aku ambik untuk Nurul, tak ada serumit ini keadaannya. Datang tunjuk ic je lah. Sekolah sebelah menyebelah ajapun .. bukan berpisah taman atau di daerah yang berlainan. Tengahari tadi terima bantuan untuk Tasha semuanya ok-ok saja dan tidak mendatangkan masaalah.Tak ada apa-apa surat pun untuk ditunjukkan melainkan kad pengenalan sebagai bukti penerimaan dan ditemani oleh murid/pelajar kelas itu sendiri. Yang ini tak ada masaalah bagi aku. Oleh kerana dah memang masih berada di kawasan sekolah aku teruskan ajalah berjumpa seperti yang tertera.

Tahun ni peraturannya dah jadi lain. Semua ibu bapa hanya dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah tepat jam 2.50 petang. Yang ini pun aku boleh terima lagi. Buat apa ibu bapa melahu dalam kawasan sekolah jika tiada apa-apa urusan ? 2.50pm aku masuk dan dapat nombor 7. Aku lega,sebab dah berkira-kira untuk ke Pejabat Pendaftaran dan Pejabat Pelajaran di Shah Alam pulak. Walaupun aku rasa memang tak sempat. Lainlah kalau penyerahan tu bermula jam 2pm macam tahun-tahun yang sudah. Bila sampai ke giliran aku....rupanya apa yang disampaikan oleh Daniel itu benar.

RM 100 tidak dapat diserahkan kerana aku tidak membawa surat pemberitahuan tempohari. Alasannya untuk mengelakkkan tuntutan bertindih dan masaalah lain yang lebih rumit. Ini adalah peraturan baru yang diwujudkan oleh pihak yang di atas. Di atas ? Siapa ? Cikgu kelas tak dapat memberikan jawapan yang kongkrit.

Saya hanya menurut arahan, itu saja. Jadi nak berbetah pun tak berguna. Dan bila aku pergi ke pejabat untuk bertanyakan hal peraturan baru tu Penolong Pengetua Sesi Petang tu dengan cekap dan ramah mempertahankan procedure terbaru tahun ini. Katanya.., peraturan tu dah bermula sejak tahun lepas.

Dan katanya kalau aku boleh ambik bantuan RM 100 tanpa membawa/menyerahkan semula surat pemberitahuan (tahun lepas ) mungkin kerana aku berpakat dengan cikgu kelas sebab itu aku terlepas. Boleh gitu ?? Sedap mulut dia bercakap je.

Sedang aku memang pasti tahun lepas aku datang dan kutip hanya dengan menunjukkan ic, menurunkan tandatangan dan menulis nama penuh di senarai bersebelahan nama murid/anak. Soalnya sekarang, kenapa perlunya peraturan baru yang menyusahkan jika dari awalnya niat nak menyenangkan ? Dan kalau ada peraturan baru sekalipun sepatutnya peraturan itu diselaraskan di semua peringkat sekolah baik menengah ataupun rendah.

Bukannya perbezaan yang terlalu ketara demi untuk menunjukkan 'kebolehan' mereka menguruskan dana bantuan kerajaan itu. Kalau peraturan itu berbeza di daerah yang berbeza aku boleh terima lagi. Masaalahnya anak aku bersekolah rendah dan menengah di sekolah yang letaknya memang sebelah menyebelah.

Ini yang aku kata protocol mencarut.

No comments:

Post a Comment