Waktu itu harga sepinggan mee rebus murah lagi iaitu dalam RM 2.50 sepinggan. Bagi yang memang minat gile makan mee rebus biasanya mereka memang order dua pinggan.
Tapi macam aku ni makan satu pinggan pun dah sesak nafas. Aku memang tak boleh habis makan mee rebus satu pinggan. Selalunya sewaktu membuat pesanan aku siap cakap; mee separuh, tauge lebih dan kuah banyak ! Begitupun bila mee rebus sampai biasanya aku cuma boleh makan separuh pinggan dari ' separuh mee ' yang aku order tadi. Tapi kuah, tauge dan segala perabah yang dalam pinggan tu semua habis aku telan.
Credit kepada http://mstar.com.my
Apa istimewanya mee rebus johor ini ? Yang membezakannya adalah cara penyediaan dan bahan-bahannya yang ringkas tetapi sedap dan memikat selera. Mee rebus lain mana ada keropok be...tapi mee rebus johor ada keropok di atasnya yang membuatkan perbezaan rasa bila kita mengunyah mee tersebut dan bunyinya yang kriuk, kriuk , menyerap masuk ke gendang telinga ! Haa...sensational itu yang membuatkannya berbeza dari mee rebus yang lain.
Jadi oleh kerana tekak aku tiba-tiba saja mengidam makan mee rebuslah pulak.., semalam aku buatlah resepi mee rebus aku sendiri ( ahh...Johor tiba-tiba memanggil untuk aku kembali ke sana. Ahaks. ).
Resepi Mee Rebus Johor yang 'ini', aku yang punya ...........
Bahan-bahannya :-
A) Ubi keledek 4 ketul sederhana saiz tak kira apa warna sekalipun asal jangan
yang warna berwarna unggu sudah. ( kupas kulit dan rebus. Bila dah empuk
blander sekali dengan air rebusan tadi. Gunanya untuk memekatkan kuah,
memberi warna dan rasa manis semulajadi pada kuah mee.
B) Bahan untuk dikisar dan ditumis ;
- Lada kering 2 genggam
- Lengkuas 1 inci
- Udang kering anggaran rm 4 ringgit @
1/2 mangkok kecil saiz di sebelah ni.
- Bawang putih 1 ulas
- Bawang besar 3 labu ( sederhana saiz )
- Udang geragau anggaran 1 mangkuk kecil
( ukuran kat sebelah ni )
2 sudu serbuk kari ikan
CARA-CARANYA :-
Istimewanya mee rebus johor ini , ia tidak kelihatan berminyak.
Ehh... tumis tak guna minyak ke ???
Guna. Apa pulak tidaknya...cuma penggunaannya memang sangat dikurangkan.
Jadi sila tumis bahan-bahan (B) di atas dengan minyak dalam anggaran 3 sudu je. Tumis bahan kisar ini sehingga pecah minyak dan berbau harum. Pastikannya juga warna lada tadi sudah berubah dari warna muda ke merah tua ( menandakan lada tersebut sudah benar-benar masak ). Masukan 3 sudu gula pasir ke dalam bahan tumisan ( gunanya untuk mempercepatkan perubahan warna ) dan menambah rasa manis kuah. Kalau tak suka jangan letak. Habis cerita. Kemudian tambah air sebanyak 1 jug sederhana ke dalam periuk sebagai kuah. Biarkan air kuah itu mendidih. Bila dah mendidih tuangkan air rebusan keledek yang telah dikisar halus tadi. Haa....tengok kuahnya dah mula pekat. Baunya pun dah sedap. Saya lebih suka guna lengkuas dari halia, kerana herba ini membuat masakan menjadi lebih wangi aromanya dibanding dengan menggunakan halia. ( Tapi ikut suka korang le..nak guna halia ke lengkuas )
Sila tambah garam mengikut rasa plus ' wak aji-no-moto' kalau suka.
( Ada orang kata kalau tangan yang pandai masak ni tak bubuh aji-no-moto pun sedap. Alahh, aku dari kecik memang suka makan aji. Aruah bapak yang ajar. Memang sedap pun guna aji no moto ni tapi biarlah berpada. Biasanya sebotol aji-no-moto kecik yang aku beli kat TESCO tu tahan setahun untuk masakan kat rumah aku ).
Bila kuah korang dah siap tu, ambiklah mee kuning letak dalam pinggan, letak taugea sikit, letak tahu yang dah dipotong dadu, telor rebus sebelah, lada besar hijau yang dihiris membulat, daup sup dan dau bawang serta bawang goreng untuk taburan di atasnya. Jangan lupa bubuh keropok untuk sensasi keriuk, keriuk bila memakan mee rebus ini nanti..
Cara paling mudah nak buat keropok mee rebus adalah gunakan je tepung bancuhan serba guna TESCO punya brand pun ok. Kepala udang segar tu buang sikit kulitnya yang keras kemudian di blender. Kemudian bancuhkan bersama tepung goreng serba guna. Tak payah tambah apa-apa dah... kecuali sedikit garam dan kalau suka letaklah jintan manis barang 1 sudu kecil. Goreng macam goreng rempeyek .
TARAA....dah siap. Oleh kerana mee rebus yang ini resepi aku sendiri, maka suka hati akulah nak tambah udang ke apa ke ? Tapi...kalau tambah udang 2 atau 3 ekor sebenarnya lagi sedap youuu .
Mak aih terliuar baca posting ni. Nak cubaaaaaaaaa!! saya suka mee rebus haji wahid. Memang tak cukup sepinggan. hari tu ke singapore, mak saya order lagi sepinggan share berdua. kira sorang makan 1 setengah pinggan. sebelum makan nasi.. hahahah
ReplyDeletetapi nampak dia letak macam cuka dan kicap cair sebelum hidang kan?
Dulu xde. Tapi skrg kabarnya memang dah ada sos tambahannya tu Qashmere...buat penyedap rasa. Cuba jangan tak cuba.Nanti dah masak boleh panggil saya datang makan Qashmere.
Deletehmmmm....tengok pun dh meleleh air liur....kata org johor,,,kecur air liur....fuhhh
ReplyDeleteItu namnanya dendam purnama merindu Sham...hahaha
Delete