Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1,2,3,4....masuk MRSM dah dapat.

Satu, dua, tiga, empat, lima dan enam
Alhamdulilah Hafizul dah selamat masuk MRSM




4,5,6,7 ...............
ehh, bila pulak anak aku jadi tujuh ? Ahaks.

Semalam memanglah hari yang meletihkan. Begitu pun aku gembira kerana Hafizul akhirnya pergi ke MRSM.  Maktab Rendah Sains Mara FELDA kampus Tun Abdul Razak merupakan maktab yang  ke 37 yang ditubuhkan oleh gabungan MARA dan FELDA atas cetusan minda Dato' Sri Najib Tun Razak.Ianya kini lebih dikenali dengan nama MRSM Felda Trolak.
Dengan keluasan tapak binaan di atas 86.06 ekar di Felda Jaya Utara, Sungkai Perak, ternyata tempat ini menjanjikan suasana tenang, nyaman dan teratur untuk anak-anak mentelaah dan menerima pelajaran.

wan hafizul haq, hafizul haq masuk mrsm, hafiz biar mimpi sampai ke bintang.

hubby dan hafizul, felda trolak, mrsm felda trolak, pengiring dan dayang
Sengih untuk menyedapkan hati sendiri
trio sejati, biar mimpi sampai ke bintang, tangan mu mencapai awan, gambar kenangan,
               Diiringi oleh panglima dan dayang di hari
               pendaftaran.


Pendaftaran seawal 8.30 pagi berjalan lancar dan perasmian dilakukan oleh Wakil Pengarah FELDA semalam ( aku terlupa siapa namanya ) . Senyum je,aku tengok muka-muka mak bapa, datuk dan nenek yang mengiringi anak-anak dan cucu-cucu mereka mendaftar. Wajah-wajah yang datang mendaftar pula, ada yang kelihatan berani dan berdikari, ada yang agak malu-malu dan takut-takut. Pelajar-pelajar barulah katakan.

Hafizul sendiri memang tak pernah berpisah dari aku. Tak taulah macam mana dia nak menyesuaikan dirinya nanti. Tapi aku percaya dia mampu melalui semua itu sendirian. Dia tak ada masaalah untuk bangun pagi dan solat subuh. Dan sememangnya tak pernah beri masaalah yang berat kepada aku sebagai ibunya.
Dia memang anak yang berdisplin dan mudah diurus, hanya dia tidak pernah duduk jauh dari aku. Itu saja.

Semua urusan kemasukan, taklimat, majlis peresmian dan  pemindahan barang-barang ke asrama selesai jam  2 petang. Perut mula berkeroncong dan mintak diisi. Aku, hubby, Hafizul, Farah dan Daniel pergi cari tempat makan hingga ke pekan Slim River. Nasi mamak la jawabnya. Mana ada restoren melayu di pekan kecil tu. KFC adalah tapi tekak aku dah meloya nak makan KFC. Ermm...mamak pun mamak lah janji kenyang .

Balik dari Slim River,kami turunkan Hafizul semula di asrama. Aku mengusiknya , " tak nak peluk mama dulu ker ? ". Hafizul terus mendakap aku erat-erat. Pelukan seorang anak yang paling kuat yang pernah aku rasa. Aku dapat menangkap sebaknya di situ. Bila pelukan itu dilepaskan dia terus mencium tanganku dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi kepada ku.

Hai....tahun ni ada lagi dua orang anak ku yang bakal periksa besar. Seorang PMR dan seorang lagi SPM.
Gitulah bila beranak setahun satu.., setahun satu lah anak-anak aku menduduki periksa besar nampak gayanya.

Teringat dalam salah satu lampiran kertas yang ada dalam fail yang diberikan oleh maktab kepada Hafizul.Di antaranya adalah borang aku janji dan  kertas khas untuk diisi sebagai ' pesanan ayah bonda ' kepada pelajar baru sepertinya. Aku hanya menulis begini :-

1. Wan Hafizul Haq......,
    jadilah anak soleh yang berbakti kepada orang tua, kepada agama, bangsa dan
    negara. Jadilah seorang hamba yang cemerlang dan gemilang di dunia dan
    di akhirat.


2. Wan Hafizul Haq......, 
    jangan pernah takut untuk bermimpi. BERMIMPILAH HINGGA SAMPAI KE 
    BINTANG, jika tak mampu kau sampai nak., tangan mu mencapai awan pun
    jadilah. Dan biarkan tangan mu mencapai awan tapi tetaplah kaki mu
    MEMIJAK RUMPUT   DI BUMI.
       
3. Wan Hafizul Haq......, 
    jangan ditanya apa yang negara ini boleh bagi kepada mu anak..,
    tapi tanyalah  apa yang HAFIZUL boleh sumbangkan kepada
    negara ini satu hari nanti.
    
aku, lynn munir, lynnmunir blogspot, biar mimpi sampai ke bintang, tangan mencecah awan, pesan ibu, lampiran kertas

1 comment: