Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Hari yang sibuk dan meletihkan...THINX-2


Saturday 9/2/2013 : Kenduri kahwin di Seremban dan Putrajaya. Singgah di Kota Damansara ambik stok
THINX-2 dari Dr. Rozi. Nak menempuh sampai ke Seremban ( Dusun Nyiok ) tu... jalan sesak gila sebelum sempat sampai ke Nilai lagi. Masak aku dalam kereta.



THINX-2, kenduri kawin di seremban dan putera jaya, MRSM Felda Trolak, Tapah,

                        bestofthinx-2.blogspot.com   

Sunday  10/2/2013 :  Check lokasi MRSM Felda Trolak. On the way back singgah Tapah kejab. Melayan kerenah Daniel dari makan ke makan, singgah menyinggah - pantang nampak kedai makan. Eeei, budak kecik ni....macam kata AC Mizal dalam program Maharaja Lawak ; badan kecik nafsu besar !
( Err...nafsu makan je le )

Monday 11/2/2013 :  Beli barang keperluan untuk Hafiz lagi. Buat checklist. Ada je barang yang tertinggal.
Eeish...sibuk, letih dan penat mak cik. Hafizul Haq ni mentang-mentanglah dia dah nak cabut ke MRSM rabu ni.,memanjang dia hilang. Jumpa kawan aja kerjanya. Penyudah cerita aku dan hubby yang kena buat checklist dia. Adoii la anak.

Tuesday 12/2/2013 :  Ambik bateri yang telah dihantar untuk proses di re-caj di bengkel. Dua bateri motor dan satu bateri kereta. Surat khabar hari ahad pun aku tak habis baca lagi. Nasib baik la berita TV3 aku masih sempat ikut ..kalau tak alamat ketinggalan la aku. Hari ni aku masak ayam lemak cili api aja lah. Tumis sayur bayam sudah. Bateri handphone aku kong . Chargernya hilang pulak tu. Baru 2 hari lepas ada di situ....ghaib dah. Hampeh. Rumah aku ni ada orang bunian agaknya. Memanjang barang-barang beralih sendiri, tak pun anak-anak aku yang dah jadi bunian. Kunci rumah hilang lagi !!! Grrrr !