yang bukan saja memberikan aroma kepada masakan, malah menjadi pengawet
kepada makanan. Punya sifat sebagai anti biotik dan boleh digunakan sebagai
bahan alternative untuk mengatasi pelbagai masaalah kebersihan dalam rumah
tangga.Terdapat 2 kategori, iaitu cuka sintetik ( buatan ) ataupun cuka asli.
Termasuk dalam cuka asli adalah cuka epal, cuka kurma, cuka beras.cuka barli,
cuka tebu, cuka kelapa dan senarainya berterusan. Masyarakat Cina menggunakan
kepelbagaian jenis cuka dalam kebanyakan masakan mereka untuk menjadikan
menu makanan lebih bervariasi dan istimewa.
Cuka dipanggil KHAL dalam bahasa Arab yang bermaksud satu bahan yang
terhasil dari buah-buahan ( kurma,epal, anggur, buah tin ) yang telah diperam
dan melalui tempoh masa tertentu sebelum menjadi alkohol, bertukar menjadi
yis, kemudian asid asetat dan akhir sekali baru menjadi cuka atau pun Khal.
Kenapa saya suka sangat menulis tentang topik ' cuka ' ini ?
Rasulullah S.A.W bersabda, " Sebaik-baik hidangan makanan ialah Khal.
Ya Allah, berkatilah pada Khal. Sesungguhnya Khal adalah makanan nabi
-nabi terdahulu sebelum aku dan jangan terputus Khal dalam satu rumah."
( Hadis riwayat Muslim 2052, Ibnu Majah 3318 )
Rumah yang menyimpan cuka tidak akan menderita dari kemiskinan.
( Riwayat oleh Ummu, Tarmizi, Baihaqi )
" Allah telah meletakan berkat dalam cuka, ia digunakan oleh para nabi sebelum aku."
( Riwayat Aisyah, Muslim dan ibnu Maja )
Sesungguhnya memang banyak khasiat yang terkandung di dalam cuka asli
yang dihasilkan dari buah-buahan. Tapi adakah itu bermakna cuka buatan
atau cuka sintetik sudah kehilangan fungsinya ?
Apa yang cuka sintetik boleh sumbangkan dalam kehidupan kita ? Dan
entri ini adalah hasil rakaman pengalaman saya sendiri dengan cuka sintetik.
1. Bukan saja berfungsi menerbitkan rasa dan aroma
masakan, malah ia boleh
digunakan untuk menghindar kucing peliharaan anda berak
atau kencing ( jenis
tak ada displin ) di tempat yang sama. Caranya adalah
mengelap kawasan yang
selalu diberak atau dikencing itu dengan cuka sintetik.
Deria bau kucing tidak
akan dapat mengesan lagi kawasan yang selalu dijadikanya
sebagai 'tempat melepas.'
2. Bila tercekik tulang ikan. Petua yang diajarkan oleh ibu kawan sekampung
waktu kami masih bersekolah dulu. Sesetengah kes tercekik
tulang ikan memang
memaksa kita melalui pembedahan untuk mengeluarkan tulang
ikan yang tersekat
di kerongkong. Cara yang mudah dan tak perlu melalui
pembedahan ialah dengan
menelan cuka makan sebanyak 1 sudu makan dan bawa tidur
selepas itu.
In sya allah bila anda bangun dari tidur, tulang ikan
yang tersekat telah hilang.
Petua ini telah saya kongsikan dengan ramai rakan dan
kebanyakannya amat
berkesan.
3. Bila tembuni tak mau keluar selepas bersalin memang
mendatangkan bahaya
yang boleh mengancam nyawa ibu. Telan 1 sudu teh cuka
makan, in sya allah,
tembuni akan keluar dengan mudah.
4. Jika paip shower anda tersumbat mungkin disebabkan
tanah atau pasir, tentulah
tekanan air menjadi perlahan dan kita akan rasa tak puas
mandi. Cara mengatasi
masaalah itu adalah dengan menyediakan 1 liter air dan
tuangkan 1 cawan cuka
makan ke dalamnya dan rendam selama 10 minit. Angkat dan
bersihkan.
5. Boleh digunakan untuk mengilatkan semula lantai
seramik anda yang telah
kusam dan hilang cahaya. Caranya dengan menyiram cuka di atas lantai dan
biarkan selama 5 minit. Selepas itu boleh dimop. Bilas. Dan di bilasan ke dua
boleh dicampurkan dengan pencuci lantai untuk menghilangkan bau masam cuka.
Lantai anda akan kembali berkilat.
6. Boleh juga digunakan untuk menghilangkan noda lama
yang ada di dalam
blender. Caranya,tuangkan sedikit air, sedikit cuka dan sabun pencuci pinggan
ke dalam blender yang dah nampak kusam. On kan switch dan biarkan ia berpusing
untuk selama 2 minit. Buang campuran tadi dan bilas dengan air hangat. Blender
anda kelihatan cantik semula.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment