Apa yang menarik sebagai agen hartanah ?
Bagi yang tidak suka bekerja makan gaji, pilihan lain untuk meneruskan
kelangsungan hidup adalah berniaga atau pun bekerja sendiri. Salah satu versi
'bekerja sendiri' adalah dengan menjadikan bidang hartanah sebagai kerjaya.
Bekerja sebagai agen hartanah menjanjikan kebebasan bekerja dan kebebasan
pendapatan. Persoalannya bagaimanakah cara menjadi Perunding Hartanah
yang effisien ? Dan kebolehan apakah yang diperlukan sehingga bidang hartanah
boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan bagi kita.
Untuk menjadi agen hartanah yang berjaya, beberapa kemahiran diperlukan :-
1. Kemahiran berkomunikasi termasuk membina PR ( public relations )
dengan pelanggan. Anda amat perlukan kemahiran ini untuk berurusan
dengan tuan punya tanah dan rumah samada untuk menyewakan ataupun
menjualkan premise mereka. Ianya sama penting untuk dapat meyakinkan
pelanggan samada untuk menyewa atau membeli premise / harta yang anda
cadangkan kepada mereka.
anda tapi tidak semestinya. Namun jika anda boleh bertutur bahasa inggeris
dengan baik, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada pelanggan yang
berbangsa asing.
2. Kebolehan menganalisis potensi sesuatu tempat ( samada tanah atau pun
rumah ), kemudahan yang ada di sekelilingnya. Memberikan nasihat yang
betul tentang harga pasaran semasa kepada pelanggan samada penjual mahu
pun pembeli.
3. Berdisplin dan mengurus jadual kerja tanpa seliaan orang atasan.
Kerjaya dalam bidang ini sebenarnya menawarkan 90 peratus kebebasan
waktu dan cara bekerja. Hanya 10 peratus perlukan seliaan orang atasan
iaitu dari segi etika dan kawalan lesen sebagai agen hartanah. Kebolehan
mengenal pasti pelanggan yang memerlukan perkhidmatan anda, menalipon
pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan, meluangkan masa berjumpa
pelanggan, menyiapkan anggaran kos yang perlu diketahui dan dibayar oleh
pelanggan termasuk stamp duty, kos sewa, pejanjian jual beli dan lain-lainnya.
4. Mempunyai perwatakan yang menarik. Jagalah personaliti tapi tak perlulah
dress to kill hanya kerana anda ingin menawan hati pelanggan. Cukuplan dengan
pakaian yang sopan, kasut yang bersesuaian dan make up ringkas yang tidak
keterlaluan sehingga boleh menenggelamkan imej profesional anda saat
berurusan dengan pelanggan.
5. Wajib mempunyai kenderaan sendiri untuk memudahkan tugas anda
melakukan ' rondaan kawasan 'terutamanya di kawasan perumahan baru
yang berpontensi untuk penyewaan mahupun jualan semula. Tanpa kenderaan
sendiri, pemantauan terhadap kewujudan kawasan baru sukar dilakukan. Ini
termasuk untuk melakukan kerja-kerja menghantaran fliers bagi menawatkan
perkhidmatan anda kepada pelanggan ( samada bakal penyewa/tuan punya
sewaan, pembeli mahupun penjual ).
Kebiasannnya apabila anda melakukan rondaan di kawasan perumahan
baru, potensi adalah lebih besar untuk terserempak dengan tuan rumah yang
pada ketika itu mungkin sedang melakukan lawatan ke rumah baru mereka
atau mungkin sedang melihat kerja pembaikan oleh pihak kontraktor.
Kebanyakannya mereka sedia dan menanti untuk dihampiri oleh pihak agen.
.
Begitu juga dengan bakal penyewa yang mencari tempat tinggal baru yang
selesa dan mengikut budget bulanan mereka. Potensi ' pertemuan di lokasi '
adalah lebih besar kerana ke dua-dua belah pihak sebenarnya sedang melaku
kan kerja sama seperti yang anda lakukan. Di sinilah anda perlu tegar meng
hampiri mereka bagi menawarkan perkhidmatan. Malu ? Jika anda malu bererti
bidang ini bukanlah pilihan yang tepat untuk anda.
6. Pendapatan anda ; ANDA YANG TENTUKAN SENDIRI.
Berapa banyak yang anda inginkan bagi bulan itu anda yang tentukan. Ianya
bergantung kepada beberapa faktor. Antaranya, kreativiti dan seberapa rajin
anda menjejak pelanggan untuk menawarkan perkhidmatan . Sentiasalah
bersedia sebelum menemui pelanggan. Pastikan anda mendapat maklumat
lengkap tentang harga pasaran semasa ( belian / jualan / sewaan ) dengan
dengan tepat. Usah ' pergi bodoh balik kosong.' Ingat...., kos petrol, bil
talipon, malah air liur anda bukanlah percuma.
Pastikan anda mempunyai surat kuasa lantikan / kebenaran samada untuk
tujuan penyewaan / penjualan yang sudah ditandatangani berserta salinan kad
pengenalan pihak terbabit berada dalam simpanan anda. Kita tidak mahu
kemudiannya samada tuan punya rumah atau tanah kemudiannya
memusingkan kata dan berupaya mengeluarkan anda dari transaksi
yang telah anda uruskan.
Anda akan terlepas samada komisyen satu bulan sewa ataupun kehilangan
2.7% yuran profesional khidmat penjualan yang sepatutnya anda terima
dari pelanggan.
Gambar dari Google
#Sesekalirindukerjayalama.
No comments:
Post a Comment