Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Taklik dan ubi kayu cicah sambal

Maka, hari ini sambil makan ubi rebus kelapa cicah sambal tumis ( permintaan
anak perempuan bungsu si Nurul dan anak jiran sebelah si Wani ), aku makan
sambil mengadap TV3 rancangan NONA. Pencerahan akan maksud 'taklik'
di salah satu slot nya yang dihuraikan oleh Ustazah Suzzanne konselor apa tah
aku tak ingat. Yang aku ingat 5 - 6 tahun dahulu Uztazah Suzzanne ini memang
pernah menjadi kolumnist di Mingguan Malaysia tentang bab yang berkaitan
rumah tangga. Katanya.............................



TAKLIK adalah perjanjian/persetujuan yang disepakati dan dipersetujui oleh
suami atau isteri tentang sebarang perkara dalam perkahwinan/berumahtangga
( selagi ianya tidak melanggar syarak ), dan dipersetujui samada bertulis mahu
pun tidak......maka,apabila salah satu pihak melanggar syarat yang dipersetujui
- JATUHLAH TALAK WALAU TANPA SEBARANG LAFAZ CERAI.

Jadi kena faham betul-betul lah perkara ini. Taklik dibenarkan untuk melindungi
hak wanita daripada teraninaya sebenarnya. Tetapi berhati-hatilah wahai lelaki
,jangan kerana konon nak meredakan keadaan ' dienggihkan' saja apa yang
diminta oleh perempuan. Kerana setiap enggih/setuju,  bererti telah terungkap
nya persetujuan antara kita suami isteri. Jangan diingat ianya adalah lafaz gurauan
bagi meredakan keadaan yang tegang.

Ok, itu aja yang nak dikongsikan, kerana sepanjang hidup aku ini ,aku telah
menyaksikan beberapa orang yang mempermainkan lafaz takliq. Natijahnya
berattttt sekali. Aku dah tegur.Aku dah peringatkan tapi yang terlibat menafikan.
Bukan tanggungjawab aku lagi lerr.

Hemm.....cuma nak tayang ' masakan malas yang aku masak di hari minggu ni '.
sambil memikirkan apa yang nak jadi esok......
Apa yang nak jadi esok ?
Sebahagiannya bukan urusan aku. Allah yang tentukan dan aku hanya menjalani
saja skrip yang dah tertulis.

                                         
                     Macam tak berapa sesuai kan kombinasi hidangan hari minggu ni ?
                      Tapi apa nak kisah, yang nak rasa pun tekak aku, yang sakit perut
                                        atau tidak pun perut aku. Telan aja lah.

No comments:

Post a Comment