Sumber Google
Orang tua-tua kata orang yang suka makan cakar ayam pandai cari duit. Jadi
sila perhatikan pasangan masing-masing adakah 'dia' termasuk dalam golongan
orang yang suka makan cakar ayam? Kalau YA, anda memang bertuah, kerana
menjumpai pasangan yang rajin berkerja dan pandai mencari duit. Bukan itu saja
anda juga berjaya menjimatkan budget. Kurang beli ayam, Sebaliknya lebihkan beli
kaki ayam. Hehehe...Kaki ayam pun sekarang dah berharga RM 3.50 sekilo beb.
Jangan tak tau. Beli sekilo boleh buat 2 atau 3 kali masak ( itu pun kalau anak-
anaknya tidak segerabak ).
Sementara cakar ayam yang lagi satu adalah kerepek keledek yang dimasak
dengan gula dan air sehingga jadi bergumpal. Bila warnanya dah bertukar
keperangan bolehlah disenduk dengan cepat, dimasukan ke dalam cetak
biasanya gelas kaca yang kecil bagi menjadikannya berbentuk bulat. Kerepek
Cakar Ayam ini biasanya kurang berminyak sebaliknya garing dan RANGUP
berlemak !
Nak resepi kerabu ceker / atau kerabu kaki ayam sila pegi ke Blog
Satun Tour N Travel. Ada resepi sedap kaki ayam Thailand original dari situ.
Bab buat kerabu ni memang aku kalah lah. Resepi kerabu kaki ayam dari Thailand
memang deboom. Waduh pak.......yang ini baru beneran cekernya ayam.
orang melayu panggil kerabu. Urap orang jawa dibubuh kencur, Urap/kerabu orang
melayu dibubuh cekor. Cekor atau kencur adalah 2 bahan/tumbuhan yang sama
sebenarnya. Tak bubuh herba ni urap tradisional, tak menjadi dan tak ada kick.
Daun kencur/cekor dihiris nipis dan dicampur dalam urap membangkitkan aroma
wangi dan rasanya memang lemak. Cuba masak lemak daun ubi dan campurkan
dengan herba ni, anda akan rasa kelainannya dan hidangan menjadi bertambah
lemak dan lazat.
Sumber Google
Tapi apa nak buat kan, semanjak dua menjak tinggal di Selangor ni saya dah
kurang dapat makan urap jawa dan jarang jumpa kuih ceker ayam yang sedap
macam kat Johor. Hemm.... i miss Johor very much.
# Siapa nak sedekahkan kuih cakar ayam ni kat saya ? Tengah mood malas nih.
No comments:
Post a Comment