Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rangup Manis Si Kacang Buncis



Kali terakhir aku buat up date blog adalah pada 4 hari yang lepas. Selepas itu aku hanya sempat buat blogwalking di sebelah malam dan memang menjadi kebiasaan aku pun buat  up date di tengah malam. 4 hari kebelakangan ini aku hanya sibuk dengan pelbagai tugas dari menguruskan pesanan pelanggan, meleteri anak yang bakal menduduki peperiksaan PMR dan SPM, mengutip anak di asrama kolej, jengah anak di MRSM dan juga meneruskan pembelian IQD/IQN, VND/VNN dan IDR/IDN. Pada yang suka bermain dengan currency play, jengah-jengahlah  IDR...mata wang ini bakal revalue sedikit hari lagi. Dulu info kata nak revalue tahun 2014 tapi rasanya tak sampai tahun 2014 kut. So sapa yang baru balik jalan dari Indonesia dan ada saki baki simpanan IDR - simpan sikit . Jangan dihabiskan ya. Mana tahu nilainya yang baru nanti menjadi super fantastic....hehehe.

SUSHI

SUSHI. Makanan Jepun yang terkenal seantero dunia. Setahu aku nasi sushi dibuat dari beras campur pulut yang dikepal kemas dan pejal menjadi kecil comel dan mengiurkan mata mereka yang memandang.Nasi sushi biasanya mempunyai rasa kemasaman yang lembut akibat campuran cuka, garam dan gula. Sushi masih merupakan makanan mewah kepada golongan tertentu di Jepun sehinggalah awal tahun 1970an. Sementara rakyat biasa Jepun hanya menikmati hidangan sushi ini pada perayaan-perayaan tertentu. Terpengaruh dengan penyediaan Sushi sewaktu menonton Master Chef Australia sedikit masa dulu di Astro, Nurul sentiasa merengek minta dibelikan. Aku cakap...tak sedap, tak sedap. Eh, dia kata," sedap ma. Sedap."


VIDEO DARI SEORANG KAWAN.

      BHAHAHAHA......Sakit perut saya terima video ini di Watsup.

                             


AYAM INI SAKIT TEKAK, TOLONG BERIKAN IA STREPSILS.


Where is my phone ?

Seseorang menyarankan kepada aku untuk memasang ' where is my phone ' application di hand phone baru ku. Dia kata  sepatutnya talipon aku tak payah pasang application itu pun tak apa , pasang aja tali dan gantung talipon di tengkok habis cerita. Lawa dia tersengih mengenakan aku. Aku tau la aku selalu tercicir hand phone. Aku setujulah dengan cadangan dia tu, maklumlah bab-bab software and application canggih ni....aku mengaku la yang aku tak berapa nak canggih. Kadang ketinggalan zaman gitu.

Then aku tanya dia, " Ok la, kalau kita pasang app tu, bila kita hilang atau tercicir talipon - kita dapat kesan dan tau la kat mana talipon tu berada kan ?" Dia mengangguk.
" Hemm.......masaalahnya talipon yang dah berjaya dikesan tu boleh dapat balik tak ?" aku tanya lagi dengan muka bodoh.
" Kalau tak ada orang sebat dan rembat....haruslah boleh dapat balik," dia jawab dengan muka poyo.
Kalau setakat tahu lokasi talipon tapi tak dapat balik.......tak ada apalah yang hebat sangat dengan app tu :P

Nota : Aku ada terbaca di Mingguan Malaysia tidak lama dulu tentang salah seorang dari billionaire dunia yang tidak punya rumah mewah sampai ke sudah dan tak ada pun talipon canggih dalam gengamam. Hidupnya biasa-biasa saja tapi dia billionaire.

Mak cik MXB.

Semalam sewaktu sedang memandu di highway tiba-tiba aku menerima panggilan talipon dari nombor yang tidak aku kenali. Angkatlah juga, kalau tak talipon  tu nanti memekak.
" Assalamualaikum, ni Mak cik Zizah, Lin kat mana ni ? " bertubi-tubi dia bertanya lepas memberi salam.
" Walaikumsalam. Ehh.....mimpi apa ni tiba-tiba cik talipon Lin ? "
" Hai ...tanya kabar tak boleh ke ? "
" Ehh...boleh. Ingat nak beritahu kena loteri ke...hahaha ? "
" Anak bertuah...Cik  Zizah kat KL ni. Dah dua hari. Ingat nak melawat anak buah la..maklumlah dah umur-umur cik ni...entah esok lusa cik jalan, untung-untung adalah anak buah yang kesian dan sedekahkan fatihah untuk cik ." Alahai sayu pulak hati aku dengar. Aku ni emak bapak dah la tak ada. Bab main dengan perasaan ni , memang aku kalahlah.


St Mary Condo To Let

Availabe in few units.
Furnished.
Built up area from 1,131 sq. ft - 1,453 sq.ft.
Very near to KLCC and Petronas Twin Tower.
1,131 sq. ft is a studio unit but with big living hall.
Price : Start from RM 6,500 - RM 7000 / month.

1,453 sq ft contains 3 bedrooms and 2 bathrooms.
Price : Start from RM 8,000 - RM 9,000 / month.

Interested ? Call me ;-)

Studio type

Studio living hall

Studio type 

Studio front view

Studio bedroom

Kitchen side view for 3 bedrooms

Living hall for 3 bedroom unit @ 1,453 sq. ft

Dining area 

Kitchen 

Bedroom

Bedroom side view

Bathroom in condo unit 
Note : Syrian submitted paperwork to join Chemical Weapons Convention....on CNN - 12/9/2013. Ban Ki Moon acknowleged it. 

Good. It giving some helps out for RV process...yeahh.

Just my 20 cents ...........

Aku sedang menonton TV bila talipon berbunyi. Pantas tangan mencapai talipon dan membaca mesej yang tertera di situ.

" Mama....rindu. Huhuhu..."

" Rindu kat buaya friend ke rindu kat mama ...hehehe, " mesejnya aku balas.

" Rindu kat mama lah....Huhuhu... "

Ehhhh.........biar budak betul ni ? Bisik aku di dalam hati.

" Rindu kat mama ? Thanks baby. You know i love you so much. Just one thing to remember, you don't have to study hard if you study smart. Because smart people will always take up the challenge with smile to the world. Note that ok. "
                               
farah, anakku farah, study hard, 20 cents, 20 cents advice, study smart, surdy hard, challenge, smile, world
" Ok ma. Sayang mama ketat-ketat," Farah balas mesej aku.
Anak aku ni...jauh-jauh kemain romantik, dekat malu nak cakap . Bintang Taurus memang macam gitu ea ??

Melentur buluh biarlah dari rebung.

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA adalah pepatah melayu yang sinonim dengan kita.Nabi juga pernah berpesan didiklah anak-anak mengikut zamannya dan bukan mengikut ' zaman kita pernah dididik'. " Setiap bayi yang lahir itu adalah seperti kain putih dan ibu bapanya lah yang mencorakkan samada bayi itu menjadi Majusi atau pun Nasara ."
Sungguh, menjadi ibu bapa adalah penghargaan dan amanah dari Allah yang bukan saja membahagiakan tetapi juga melaksanakan amanah itu sendiri tidaklah mudah.

SheilaShafiekry dengan Review Blog 2.0

SheilaShahfiekry buat review blog 2.0. Jom join meriahkan segmen ini.
                               
Review, blog sheila, jom join, meriahkan, meriah, blog sheila meriah

Senang aja cara nak join segmen blog review ni :-

1.   Follow blog http://www.sheilashahfiekry.my     ( WAJIB )

2.   LIKE FanPage Sheila Shahfiekry kat side bar (  WAJIB JUGA )

3.   Tinggalkan URL blog dan juga nama Facebook  ( WAJIB )

Senang aja syaratnya. Tak cerewet dan tak banyak kerenah. Ok Sheila saya join. :-)
Tempoh masa selama mana segmen in berlangsung : Sheila kata 'tak pasti' tapi kalau minat atau terhingin blog anda  direview cepat-cepatlah buat entri dan linkkan urlnya ke blog Sheila tu.

Note : Saya teringin juga nak baca apa Sheila nak review pasal blog saya. Nak kutuk saya ke dia ? Nak hentam saya ke dia ? Akak ok je Sheila, yang penting komenlah dari hati :-)

Ikan Stand up

ikan todak, lucu, fakta,  swordfish, ikan todak 3 rasa, lawak ikan todak, kedai tomyam
        Inilah rupa ikan todak yang melanggar Singapura dulu-dulu tu ( sumber : Google )

Ikan stand up ??? Menyakai Kak Lyn ni...........................
Hehehe....terperanjat kan bila aku tunjuk gambar di atas sebagai ikan stand up. Sebenarnya inilah gelaran yang diberi oleh anak ku si Hafizul pada ikan todak atau swordfish. Dari sebelum tadika sampailah usianya dah 16 tahun dia tetap memanggil ikan todak dengan gelaran ' ikan stand up '.

Dia pernah tanya , " Mama..., kat kedai-kedai tomyam tu tak ada ke yang jual ikan stand up 3 rasa ?"
Aku jawab ; " Ehhh, apa barang 3 rasa.....,orang jual 4 rasa sekarang...."
Hafiz ; " Hah....4 rasa ?"
Aku ; " Aaah...., rasa sabar, rasa subur, kalau rasa tak sabar , masuk kubur."
Hafiz ; " Ehh...macam marah aja mama ni ?"
Aku ; " Maunya tak marah.....sejak bila kedai tomyam ada jual todak 3 rasa ??? "

Jom Join Segmen : My Best Entry dari Farah Bubblynotes.com

Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 2/9/2013, jam 5.00 petang SEHINGGA 9/9/2013, jam 5.00 petang... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tak, retis atau tak dijemput untuk memeriahkan segmen ni... Tujuan? Nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow dan juga review entri2 terbaik dari blogger2 yang menyertai segmen ini yang dipilih oleh Pakcik Random.Org...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com 
2. Buat entri bertajuk Segmen: My Best Entry Bubblynotes.Com
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak. 

 Kemudian pastekan ke ruang HTML seperti di bawah:

4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org) 
2. Pemenang akan diumumkan pada 10/9/2013.
3. Para pemenang akan diminta untuk memberikan link satu entri terbaik mereka untuk direview oleh Cik Puan Bubbly dalam tempoh 3 hari dari tarikh pengumuman pemenang. If not... Pakcik Random akan roll the dice once again... ^_^

Jom ramai-ramai meriahkan segmen dari Bublynotes ni. :-)

Gemuruh bila petrol naik harga


Bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan harga minyak petrol RON 95 dan Diesel sebanyak 20 sen per liter, yang berkuat kuasa semalam ramai yang sentap. Macam biasa media sosial di FB menjadi medan pertempuran pendapat dan balas membalas kenyataan yang hangat. Up date status di situ panas-panas belaka. Aku cuma tulis sebaris ayat aja " Harga petrol baru naik 20sen pun dah mengelupur. Simpan aja lah kereta dalam garaj - abis kisah." 
Nampak macam kasar, poyo dan berlagak lah kan ???


Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D oleh PCL

Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D pada 06/September/2013 , dianjurkan oleh www.nazlee.com


Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Terdapat 3 kategori untuk membolehkan anda join segmen ini, sebelum itu baca syarat-syaratnya terlebih dahulu ;

Syarat-syarat penyertaan
  1. Terbuka kepada semua blogger
  2. Like Page P.C.L
  3. Join dalam tempoh masa yang ditetapkan ( 01 ~ 06 September 2013 11:59 malam)
Kategori 1
Para peserta tidak perlu buat entri cuma dikehendaki  mendedikasikan ucapan kreatif ~ terus ke Wall Facebook Nordiana Mohd Saad [klik sini].
*Hanya pada tarikh 06 September 2013 / 12am-12pm SAHAJA.
*Sila nyataka url blog anda selepas ucapan.

#Hadiah : Review Blog/Page (6 pemenang akan dipilih oleh mamaD sendiri ~ kreativiti ayat diutamakan)

Kategori 2
Peserta  memberikan cadangan satu hadiah yang munasabah dari PCL kepada mamaD, taipkan ke dalam kotak komen entri ini ~ contoh ;
Saya cadangkan Pcl hadiahkan mamaD sepasang Jubah Hajaba...supaya mamaD sentiasa nampak ayu di pandangan mata pcl.

#Hadiah : Promosi header/banner anda selama 6 hari di ruangan bawah header blog penganjur . (6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Kategori 3
Boleh buat entri dengan tajuk "Segmen Khas Sempena Ulang Tahun Kelahiran Mama'D", hanya salin kod html dalam entri segmen penganjur  (klik banner) ; sila letakkan url entri penyertaan anda di ruangan komen segmen ini.

#Hadiah : Review enam   1 entri dalam blog anda yang terpilih.(6 + 6 blog akan dipilih oleh Penganjur)

Didahului dengan ucapan Terima Kasih.
~pcl

Di bawah ni adalah code HTML yang dimaksudkan, hanya perlu  >>  klik [New Post] kemudian [HTML] dan masukkan kod tersebut di dalam post entri anda. Jom meriahkan bersama !!!!

GIVEAWAY FiziZaidi with Blogger Awesome

Assalamualaikum


Selamat bersegmen korang yang sudi menyertai segmen GA yang tidak seberapa ini dan kepada stalker O< jemput join GA ini juga^^..jangan segan-segan..kita berkenal kenalan selain dapat mengikat ukwah sesama blogger.. pepatah ada berbunyi tak kenal maka tak cinta.

Segmen ini available on a month dan fizi mencari pemenang bagi 4 katagori hadiah iaitu 3 helai Jersey dengan tempekkan nama korang pada Jersey..tempek pun bolee, peluang untuk memiliki Simcard TuneTalk yang bernilai Rm35 , 2+ pemenang Top-up untuk hubungan telekomunikasi yang lebih lama dengan orang tersayang dan 2 pemenang bertuah bakal di review oleh BLOG AKU PENGHIBUR tak minat ke blog di review oleh blogger terkenal lagi mesra? rugi woo tak join

   Hanya 5 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog FIZIZAIDI KARYAKU, AKU PENGHIBUR, BLOG MADAH CINTA &amp; PHEONIXCHARLOTTE  Add To Circle Google+ FIZIZAIDI, AKU PENGHIBUR &amp; BLOG MADAH CINTA.
  2. klik iklan >     Termasuk iklan nuffnang pada blog PHEONIXCHARLOTTE tunggu sampai habis loding ye kekawan.
  3. Buat entri bertajuk "Segmen Giveaway fizizaidi With Blogger Awesome!"
  4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Segmen ini akan tamat pada 19/09/2013 |12:00 malam dan pemilihan pemenang bakal di dipilih oleh Brother Random.org sendiri dan Senarai pemenang akan diberitahu pada 22/09/2013
Apa tunggu lagi, jom meriahkan segmen ini^^


Note :

Ya Allah, senangnya nak join GA ni, saya tahu pun melalui blog PCL je. PCL ni kalau bab menyokong rakan-rakan blogger memang superb. Pada FiziZaidi memang best bila tinggal copy coding ni. Memudahkan kerja mesti banyak penyertaan. ( Kurangkan kerenah birokrasi dan tak terlalu banyak yang wajib dilike. Akak suka hehehe... ).