“ Saya perlukan pinjaman,” kata seorang lelaki kepada seorang pegawai kredit
di situ. Namanya Bubba dari Texas dan hari itu dia telah melangkah masuk ke
sebuah bank di New York City.
Bubba kemudiannya memberitahu credit officer yang dia
akan ke Paris bagi
menghadiri satu festival antarabangsa Redneck di sana untuk selama 2 minggu
dan itu mambuatkan dia ingin meminjam sebanyak $5,000. Dan untuk
Pegawai kredit kemudian memberitahunya yang bank
memerlukan jaminan
sebagai bayaran semula pinjaman. Jadi Encik Bubba kemudianya telah
menyerahkan kunci kereta Ferrari barunya sebagai cagaran kepada bank.
Kereta itu diparkingnya di seberang jalan, betul-betul berhadapan dengan
bank yang dimasukinya tadi.
Mr Bubba kemudiannnya menyerahkan geran kereta kepada
pegawai kredit
untuk diperiksa dan disahkan hak miliknya. Dipendekkan cerita, pinjamannya
diluluskan dengan menjadikan Ferrari baru Bubba sebagai cagaran pinjaman
jangka pendek tersebut, juga
dikenakan interest sebanyak 12 %.
Presiden bank dan semua pegawainya ketawa
berdekah-dekah mengenangkan
bertapa terdesaknya Bubba mencagarkan kereta Ferrarinya
yang berharga
$250,000 untuk pinjaman sekecil $5,000. Seorang pekerja bank
kemudiannya
diarahkan memandu Ferrari tersebut untuk disimpan di dalam garaj private yang
terletak di bawah tanah bank berkenaan.
2 minggu kemudian, En Bubba telah kembali dan membayar
keseluruhan
pinjamannya yang berjumlah $5,000 berserta interest yang dikenakan sebanyak
$23.07. Pegawai kredit kemudiannya berkata, “ Kami gembira dapat berurusan
dengan tuan dan urusniaga ini telah pun berjalan dengan lancar sekali.
Cuma kami merasa sedikit pelik……….”
Pegawai kredit berhenti,mengambil nafas dalam-dalam sebelum
menyambung
semula ayatnya, ‘ semasa ketiadaan tuan, kami telah
melakukan semakkan
nama tuan di semua agency kewangan. Tuan sebenarnya mempunyai credit
rating yang bagus, bekas Alumni dari Texas A & M, highly sophisticated investor
dan multi-millionaire, ada syarikat hartanah malah tuan mempunyai syarikat
pelaburan kewangan yang sangat berjaya di seluruh dunia. Kami pelik…..,kenapa
tuan masih perlukan pinjaman $5,000 ? Sedangkan tuan tak perlu meminjam
pun sebenarnya."
Encik Bubba kemudiannya tersengih, “ Mana nak cari tempat
parking yang paling
selamat di New York
dengan kadar bayaran HANYA $23.07 untuk selama
2 minggu ? Malah transaksi ini melegaan fkiran saya, kerana saya amat pasti
bank anda akan menjaganya dengan
baik dan selamat sewaktu ketiadaan saya.
Dan............., namanya adalah BUBBA.
Hanya kerana kita suka cerita mengarut, sesekali terlepas mencarut dan sukakan
lawak bodoh......, bukanlah BERERTI KITA NI BODOH.
Dan............., namanya adalah BUBBA.
Hanya kerana kita suka cerita mengarut, sesekali terlepas mencarut dan sukakan
lawak bodoh......, bukanlah BERERTI KITA NI BODOH.
J
No comments:
Post a Comment