Sekumpulan katak menyertai sebuah pertandingan memanjat puncak menara
tinggi di sebuah kawasan. Sesiapa yang berjaya akan dinobatkan sebagai katak
yang paling sucess di abad itu. Katak panjat menara ? Memang agak mustahil
kedengaran kan ? Katak biasanya hanya loncat ke kolam, atau paling tinggi sikit
ke pucuk pisang dan paling tinggi lagi hanyalah sebatas pokok buah-buahan. Itu
pun jarang-jarang. Katak supergila dan hyper je yang sanggup loncat ke pokok
buah-buahan yang dah pasti lebih tinggi dari pokok pisang.
Di antara katak-katak yang menyertai pertandingan itu adalah seekor katak kecil.
Seperti katak-katak lain, katak kecil berwarna hijau kehitaman berazam untuk
memenangi pertandingan memanjat itu. Awan mula mendung ketika itu dan sewaktu
wisel dibunyikan tanda pertandingan bermula, hujan mula turun.
Gerombolan katak gigih memanjat menara. Sementara katak-katak yang lain ( yang
tidak memasuki pertandingan ) giat memberi sorakan dan komen-komen pun mulai
kedengaran.
' Habislah......hujan dah ni. Boleh ke mereka tu panjat dinding menara yang licin ?'
Seekor katak lagi memberi riaksi, ' lompat ke pokok pisang sudah la. Nak pergi
panjat menara tu buat apa ? Nak bunuh diri ke ?'
' Hilang akal ke apa ? Loncat dalam kolam dah la wooii !! '
Hujan semakin lebat dan petir mula berdentum. Separuh perjalanan ada katak
yang meloncat semula ke bumi kerana tak sanggup meneruskan pendakian. Setiap
ekor yang melompat turun disambut dengan sorakan,' turun la ooi !! Kena panah
petir kang.......baru betul ko mati katak !! '
Dan katak-katak lain menyambut dengan sorakan, ' Turun ! Turun ! Turun !!!
Kemudian bilangan katak yang memanjat samada yang berundur diri atau kerana
jatuh disebabkan perjalanan mendaki yang licin semakin berkurangan. Cuaca
menjadi semakin buruk. Semua katak kelelahan, tapi bila mereka memandang
ke atas masih ada seekor katak kecil yang meneruskan pendakian memanjat
puncak menara dalam hujan lebat. Semua katak-katak terkejut.
Waahhh !!?
Katak kecil hijau kehitaman akhirnya berjaya sampai ke puncak menara dalam
hujan lebat. Katak itu akhirnya muncul sebagai juara. Setelah turun, pemenang
kemudiannya ditanya berbagai soalan oleh katak-katak yang lain.
' Beraninya engkau, ko tak nampak ke cuaca buruk tadi ........... '
' Kalau lah tadi ko jatuh kelepek, mesti mak bapak ko sedih kan ? '
' Eh, ko kebal ke apa ? Hujan lebat masih terus memanjat..., kalis air ea ? '
' Jawab lah oooi, sombong benar bila dah menang....'
Berbagai soalan yang ditanya kepada pemenang tidak dijawab oleh si katak kecil. Ia
hanya menjawab sebaris ayat, ' AKU SEBENARNYA TAK DENGAR APA YANG
KAMU SEMUA CAKAP NI. AKU SEBENARNYA PEKAK. '
Huh....., patut pun dia menang !
Moral of the story..., setiap dari kita hidup memang menyimpan impian. Impian
untuk berjaya, cemerlang dan hidup bahagia. Dan untuk mencapai kebahagiaan
mahupun kejayaan memang ada berbagai halangan yang menanti. Banyak kawan
yang lebih sinis dari menyokong apa yang kita usahakan. Terlalu sedikit yang
memberikan kepercayaan dan sokongan. JANGAN PERDULIKAN.
Teruskan berusaha. Perdulikan cakap-cakap negatif yang tidak akan membawa
kita ke mana-mana.
No comments:
Post a Comment