Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rahsia Awet Muda


Rahsia awet muda ? Yea...saya nak, saya nak. Suka sangat nak tau. Apa rahsianya ?
Toksah kan awak yang membaca entri ini, saya sendiri suka membaca entri, petua, tip dan segala yang berkaitan tentang awet muda. Tentang kecantikan. Tentang penampilan dan segalanya yang berkaitan cantik, sihat dan selamat untuk tampil awet muda. Tapi ada juga yang berpendapat umur itu tidak penting. Umur sebenarnya hanyalah angka simbolik perjalanan hidup. Umur hanyalah kebetulan kiraan. Mat saleh sendiri selalu berwacana ' life begins at fourty'. Yeay..............


Macam cantik je...

Sekarang ini kedai makan, restoran, bistro, kopitiam dan tempat-tempat yang sewaktu dengannya berebut menyediakan kemudahan wifi untuk menarik pelanggan. Sementara menunggu makanan sampai biasanya kita sibuk melayan gadjet yang ada di gengaman. Sesi makan bersama yang sepatutnya jadi tempat bertukar cerita, akhirnya jadi sepi kerana masing-masing kalut melayan smart phone yang sudah semakin menjadi pilihan gadget terkini. Macam cantik je dan seperti sudah menjadi trend pulak bila makanan sampai aja, masing-masing sibuk mengambil gambar hidangan dan seterusnya memuat naik ke laman instagram, blog, facebook malah google plus juga.
Macamlah comel sangat.

Aaah la.




Dont worry, ini bukan entri mencarut. Jom kita belajar mengira malam ni.

Dari nombor handphone anda, kita akan dapat tahu berapa umur kita. Eh....betul ke ?
Tak percaya ?? Cuba buktikan sendiri.

Cara-caranya :-

1. Tengok angka terakhir no talipon anda............

2. Darabkan dengan 2

3. Tambahkan angka 5

4. Kalikan 50

5. Campurkan pulak dengan angka 1763

6. Tolakkan pulak dengan tahun kelahiran anda 

Dah buat ?? Sekarang anda dapat 3 angka kan ???
Angka pertama dari 3 angka itu adalah nombor terakhir talipon anda sementara
angka ke 2 dan ke 3 pula adalah umur anda.

Cuba kira sekarang dan buktikan sendiri. 
Selamat mencuba.




Petua hilangkan bau badan


Pernahkah anda melalui situasi begini – berselisih atau duduk terseksa di sebelah seseorang yang bau badan ya ampun…..bau mayat alias tengik semacam sehingga mencederakan saraf hidung anda ? Saya sudah lama tidak mengalami situasi itu tetapi hari ini sewaktu berurusan di pejabat kerajaan,seorang hamba allah yang juga menghulurkan borang dan berdiri di sebelah saya, membuatkan saya hampir
pengsan kerana terpaksa menahan nafas.

Peluh manusia memang tidak berbau. Tapi peluh yang dihasilkan oleh kelenjar Apokerin dan Ekrin akan cepat bersatu dengan bakteria yang semula jadi ada pada badan , dan seterusnya menghasilkan bau yang sangat menyengat hidung bila badan tidak dibersihkan dengan betul dan kerap. 
Mandi adalah kaedah tradisi yang diguna pakai untuk menghilangkan bau badan dan menyegarkan badan. Selain itu satu lagi kaedah menghilangkan bau badan adalah dengan mengamalkan
 petua-petua lama :-

1.       Kapur makan yang dicampurkan limau nipis dan disapukan di celah ketiak bukan saja dapat menghilangkan bau badan yang keluar dari daerah itu, malahan juga berkesan memutihkan
      kulit di bahagian bawah ketiak dan kosnya sangat murah berbanding menggunakan deodorant komersial. Dijamin berkesan jika amalkan setiap hari. Anda tidak akan bergantung kepada deodorant lagi. In sya allah ( tapi kalau nak pakai juga apa salahnya kan ? ).   

2.       Rajin memakan ulam-ulaman seperti bunga kantan, daun kesom, pucuk kemangi 
      dapat membantu menghindarkan bau badan.

3.       Campurkan air mandian anda dengan perahan limau purut, bukan saja membuatkan air 
       mandian beraroma harum sebaliknya badan dan bilik mandi juga menjadi lebih segar dan wangi. 

4.       Mandi 2 kali sehari.

5.       Mandi, jangan degil - mandi. Jangan pakai baju yang separuh lembab kerana baunya pengap dan membuat bau badan anda lebih cepat meruap.

6.       Buat semua perkara dia atas. Hiss…berapa kali nak cakap pegi mandi ! 

Tension aku.

SPM Farouk Firdaus


Selamat menghadapi peperiksaan SPM 
Esok kertas pertama BM
Jawab hati-hati , tulisan biar kemas
Baca bismillah jangan lupa, selawat melancarkan pena
Jangan gagal bahasa ibunda
Kalau melayu mana nak letak muka....
( Semoga semua calon telah bersedia, dilapangkan hati, dicerahkan fikiran dilancarkan pena menulis jawapan yang betul dan semoga semuanya beroleh kecemerlangan dunia dan akhirat . Aamiin. )


Farouk Firdaus pun esok bakal menjalani peperiksaan SPMnya. Teringat aku setahun yang lalu bila dia kalut nak berhenti dari belajar di Sekolah Teknik. Punyalah meradang tak tahu nak cakap. Waktu di tingkatan tiga dia beria nak keluar dari rumah dan tinggal asrama. Aku kata bagus. Aku pun penat berleterkan dia kat rumah.
Di sekolah teknik dia belajar di bahagian sivil engineering dan peringkat awalnya semuanya ok. Tiap-tiap minggu kerja aku hanya mengulang menjengah anak di asrama. Konon nak bagi semangat dan supaya anak tak rasa home sick. Tapi hujung-hujungnya aku frust kerana akhirnya dia mengambik keputusan untuk berhenti dan belajar di sekolah biasa.

Puas cikgunya memujuk, puas aku mengamuk dia tetap dengan keputusannya untuk keluar dari sekolah teknik.
Cikgu kelas, guru subjek malah penolong pengetua memujuk dan bagi kaunseling, dia buat muka toya. Angin aku satu badan. Malas aku nak pandang muka dia, aku minta hubby pulak yang slow talk dengan si Farouk nih. Balik dari restoran di depan rumah suami aku cuma kata , " he need you sayang. He really needs you."
" Fine he needs me, but is nothing related as to why he must resign from that school ."
" It is very much related pasal dia memang tak boleh belajar kalau u tak ada untuk ' berleterkan' dia.
Pulak...............

Tiba-tiba aku fikiran aku melayang mengingati kelakuan anak ini yang lepas. Farouk selalu datang dan menjengah aku tak kira di mana aku berada, samada di dapur atau di bilik. Kadang-kadang bila aku sedang mencuci pinggan di dapur dia datang dan berdiri di sebelah sambil bertanya,
 " mama sihat ke hari ni ?"
" Kenapa pulak ?" jawab aku dengan perasaan sebal.
" Ya lah......selalu kalau mama sihat, mama berleter. Hari ni diam aja, mama tak sakitkan ????? "
                                                       
SPM, soalan ramalan, soalan spot, spm 2013, farouk, farouk firdaus, lynn munir blog


Dan esok adalah hari pertama peperiksaan SPMnya...., harapan aku selain dari iringan doa dia mendapat kekuatan dari setiap leteran seorang ibu.

SUNAT

Jumaat 8.30am, pagi-pagi lagi aku sekeluarga dah tercatuk di Klinik Aniza. Ikutkan jadual berkhatan 16 haribulan ni baru boleh buat. Tapi sengaja aku percepatkan kerana aku ada rancangan bawa anak-anak bercuti minggu depan. Cepat Daniel pulih , cepatlah kami sekeluarga dapat berjalan. Sebelum pergi klinik Daniel paksa papanya pergi ke KFC. Kat BB mana ada KFC 24 jam ? Aku ikutkan aja lah nak bagi dia puas hati. Tengok tempat tu tutup baru dia setuju pergi ke Bistro Salam....hahaha kesian anak aku. Makan ayam goreng pun terus jadi putus selera bila asyik kena sakat dengan Nurul.

Sampai ke klinik dan selepas buat pendaftaran dia terus diberi ubat penahan sakit lepas tu terus masuk bilik surgery. Tunggu luar la mamanya. Pagi tu 2 orang yang berkhatan. Seorang lagi seumuran dengan Daniel pun berkhatan kerana syarat wajib untuk belajar di sekolah tahfiz. Sedang Daniel pulak, aku khatankan awal kerana telinga aku dah binggit mendengar pertanyaan dari abang-abang dan kakak-kakaknya, ' bila nak sunatkan Daniel ma ?' Selama setahun ni boleh katakan Daniel dan aku diasak dan diusik dengan pertanyaan itu. Bosan dengar.

" Kenapa ? Tak sabar nak makan sup 'potong' ke ? " aku bertanya.
" Abang tak sabar nak tengok Daniel pakai kain pelikat tergantung. Abang datang dekat-dekat, abang jentik nanti."
Farouk menyakat, dia buat muka sehabis nakal yang boleh.
" Kakak nak baling kucing waktu adik baring nanti, itu hari Daneil campak kucing kat akak tengah malam kan ? " Farah pulak bersuara. Ewah-ewah..., mentang-mentah dia dah baik sakit. Join sama kelab menyakat.

Sedang kami menanti di lobi klinik, tiba-tiba telinga aku menangkap jeritan kecil dari bilik surgery. Suspen aja. Tak lama kemudian terdengar bunyi penukul besi....Nurul tercengang. Buat muka cuak.
" Amboi, tak kan sampai guna penukul ma ?? "
Suami aku tersedak. Farah ketawa mengelekek. Ibu bapa yang sedang menunggu tadi juga ketawa geli hati mendengar pertanyaan Nurul. Macam nak mintak kena sepak aja anak aku ni kan ? Tak lama dengar pulak bunyi drill.......

" Ehh...dasyat klinik ni, sunatkan orang pakai penukul, pakai drill....habis anaya Daniel nanti ,"
Pasangan ibu bapa yang membawa anaknya bersunat itu akhirnya ketawa lebih kuat lagi. Suami aku menekan perut menahan ketawa....heiii, budak ni.
                                               
Peace yo..( baru lepas menangis ni )