Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JEREBU DAN PATI DELIMA GULSAN

Cuaca jerebu, hati jerebu, perasaan kelabu, poket jerebu + kelabu,
Hidup ..... ? Jerebu juga ke ??
Eeeish tak.....HIDUP SELALU INDAH
. ( Think positive ) — listening to Secret Mooron 5.




Mencarut. Itulah status up date yang aku buat di FB  semalam. Tetapi memang pun hati aku tengah jerebu sekarang ni. Sekolah anak-anak pulak dah tutup untuk 2 hari tapi esok rasanya keadaan jerebu dah mula ok. Ya lah petang ni di kawasan perumahan aku nampak gayanya dah mula menyinar walau pun hujan masih tak turun. 

Tekak aku...dah mula berkurang sakitnya. Setiap hari sebelum tidur aku urut dengan bacaan asmaul husna. Anti biotik yang doktor bagi aku telan macam biasa. Makan dan minum aku buat macam biasa macam tidak ada apa-apa berlaku. Bila lapang masuk Fb kejab buat up date status walaupun aku tahu tiada kepentingannya di situ. Bila minum air sejuk masih terasa tekak dah ada 2 lobang so air minum tu terjun masuk ke dua-dua lobang.


Aku tetap bersyukur Allah masih sudi mengurniakan umur yang panjang kepada aku dan sehingga saat ini aku bersyukur kerana dikurniakan dengan kedegilan yang susah untuk dipatahkan. Teringat aku seorang teman mengatakan, " Lyn, sihir itu hanya terjadi jika Allah mengizinkan ianya terjadi dan kerana ruang pemikiran kita membenarkan perkara itu berlaku setelah kita menghantar isyarat yang salah ke otak kita . Lemahnya semangat akan membuatkan kita mudah dikuasai sihir ". Aku memang setuju dengan pendapat dia dan kerana itulah aku malas nak ambik pot sangat tentang benda pelik yang masih melekat di tekak aku ini. Yang penting aku berusaha mengubatnya. Soal sembuh atau tidak sembuh bukan urusan aku kecuali izin Allah semata..

Ermm...dalam entri aku yang terdahulu aku ada sebut tentang Pati Delima GULSAN dari Turki. Rasanya aku dah mula mengamalkan minuman pati delima ini dah hampir 1 bulan setengah dan alhamdulilah kesannya memang mengembirakan hati. Kesan pertaman yang aku alami adalah rambut menjadi semakin lembut dan kulit menjadi lebih glowing dan lebih kepada seri dari dalam. Berat badan juga makin turun. Yeaa...ini yang paling aku suka. Eloklah...aku memang tak suka gemuk dan sebab aku memang bukan suka pakai make up pun. Alat solek yang aku gunakan memang very minimum :-)



1. Celak
2. Eye liner
3. Lip balm dan Lipstik
4. Krim pencerah yang ada SPF 50.                          

Beres. Kadang-kadang teringin bersolek sapu BB creamlah bagai....mampus memang aku tak tau guna. Tapi tak apalah aku memang suka yang sederhana saja walaupun aku tetap suka bergaya. Ahaks.     

Ok bercerita tentang Pati Delima GULSAN ni aku nak kongsikan khasiatnya seperti di bawah :-

1. MENSTABILKAN tahap kolestrol dalam badan dengan menurunkan tahap kolestrol 
    buruk.

2. Delima mempunyai tahap anti-oksidan yang tertinggi mengalahkan pesaingnya di pasaran
    iaitu anggur merah dan teh hijau.

3.  KHASIAT  meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi. Pada sesiapa yang terasa 
     mentolnya dah nak padam.....sila recharge dengan mengamalkan pengambilan pati  
     delima ini. Lebih bagus daripada telan pil viagara ya - jangan lupa tu.
     
4. MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN dan berupaya melawan serangan 
    penyakit jantung,

5. MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 dan microbicide.

6. Mengelakkan rasa mual ketika hamil dan melegakan masaalah pening kepala.

7. Menegangkan payu dara, membentuk semula perut dan pungung yang lebih kemas. 
    In Sya Allah.

8. Merapat dan menyuburkan rahim. Yang lambat hamil boleh try minum pati delima ni.

9. Awet muda dan bertindak mencuri darah kotor dari dalam. Betul you. Tak caya cuba 
    sendiri.

10. Mencegah berlakunya serangan angin akhmar dan melindungi jantung anda.

11. Pengambilan pati delima dalam tempoh mengandung dapat menambah kegebuan kulit 
      bayi dan tumbesaran janin dengan lebih sihat.

12. Pati delima juga dikatakan mampu mencerah dan memutihkan kulit, memulihkan 
      demam dengan mengurangkan panas dalam badan, merawat cirit birit, mengurangkan
      tekanan darah tinggi, melancarkan fungsi buah pinggang, mencerahkan mata dan
      mengekalkan kesihatan.

Yang pasti selepas aku mengamalkan mengambil pati delima 2 sudu pagi sebelum sarapan, 2 sudu di sebelah petang dan 2 sudu sebelum masuk tidur. Kesannya....masyallah - hebat. So boleh kurangkan pengambilan supplemant yang lain untuk sementara. Up load gambar ?? Nanti-nantilah ya. Kalau aku up load gambar kat sini ada orang yang tak tidur malam pulak. Ahaks ( sila muntah hijau jika suka ) - ada aku kisah ????

                                              
jerebu alam, jerebu hati, think positive, tercekik kertas jajan, pati delima gulsan mencerah dan memutihkan kulit muka.
            Gambar dari rizi-biz.com. Boleh juga beli kat situ tapi harganya RM 20/botol tidak 
                             termasuk postage. Aku beli hari tu RM 18 je - ambik sendiri.

psst : lama dah aku tak buat blogwalking selain masa yang tidak mengizinkan aku sendiri memang kekurang mood nak buat blogwalking selepas terkena serangan 'alien' di tekak. Maaf bebanyak 
in sya allah lepas ni aku blogwalking semula sebelum aku lagi sekali menghilangkan diri buat sementara waktu.
                                                                                                   
lyn munir, lynnmunir blogspot, lyn dan pati delima gulsan, kulit semakin cantik, awet muda, muntah hijau, tak tidur malam.

19 comments:

  1. harap2 jerebu alam juga jerebu hati segera berlalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sya Allah. Hidup selalu indah Teh ramuan.

      Delete
  2. haha terbaik la quote dalam gambar tu.... "never tell your prob to anyone, 20% don't care, 80% glad you have them..." kejam tul peratusannya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kejam kan Timi? Tapi itulah hakikatnya . Senyum aja lah.

      Delete
  3. Macam mana keadaan tekak akak yang tersekat pembalut hari tu? Takut saya..lepas baca entry aritu saya berhati2 dan tak gelojoh lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah Mieza, buat tak tau aja. Kalau difikir sangat nanti tambah melarat. Buat don no je...In Sya Allah baik lah tu nanti.

      Delete
  4. get well sooon! :D

    singgah sambil follow sini! :) #169
    ice-chirp-chirp.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah. tempat fyna dah ok. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini pun dah ok Fyna. Alhamdulilah. Hujan dah mula turun.

      Delete
  6. Assalamualaikum. sheila baru balik malaysia, alhamdullilah. keadaan dah bertambah baik. tanak pakai mask

    ReplyDelete
  7. bagus2 ada ubat utk sape hadapi masalah jerebu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jerebu hidung boleh pakai mask dik, jerebu hati....hahahaha.

      Delete
  8. assalamualaikum..lynn

    lynn ada masalah tekak?

    ayie baru tahu pasal pati delima gulsan tu. byk betul khasiatnya...menarik :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus diamalkan dari sekarang Ayie. In Sya Allah jika dipanjangkan umur, selain kesihatan bertambah bagus, awet muda juga.

      Delete
  9. Alhamdulillah kuantan dh pulih dr jerebu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah syukur. Terima kasih Anisrahim sudi singgah ke mari.

      Delete
    2. akak hehe payah sungguh nk cari blog akak pki google plus tu :(

      Delete