Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHEESEKUT

Cheese? Ya cheese. CHEESEKUT bukan cheese cake. Blur aku bila dengar perkataan
ini dari Farah satu waktu dahulu. Cheese cake aku tau la, cheesekut ??? Haram, aku tak
tau macam mana rupanya. Jadi,bila hari tu, Farah tergedik-gedik rajin kemain nak ke dapur
Bab buat biskut dengan 'kekkut ' dia memang rajin lar. Aku sebenarnya pun teruja nak
tengok rupa cheesekut tu. Tapi aku kontrol macho.... ( tak bagi semangat sungguh ) aku
ni kan ? Aku bagi dia warning, kalau cheesekut tu jadi 'mengerekot'.......siap dia. Ceh,
champion je dia buat. 15 minit siap engkau. Macam tak caya aku. Tapi aku kerling dengan
ekor mata, cheesekut tu dia orang bubuh kat dalam fridge. Simpan dalam fridge 30 minit,
Daniel dah tawaf kat kawasan fridge tu dah lebih 7 kali. Lepas Farah potong le cheesekut
tu bagi kat aku. Emmmm.....sedap la pulak. Ahak, aku tergoda dengan cheese lelehnya !!

Maka 2 minggu sudah sebelum aku kena demam denggi tu, aku teringin la berexperiment
sendiri dengan pembuatan CHEESEKUT ni. Kali ni, anak ajar mamanya pulak. Hehehe.
Farah blendkan bahan-bahan dan kerja kerografer cheesekut aku yang buat. Jadi, begini
lah cara-caranya ya murid-murid.................

                            Bahan-bahannya. Tengok betul-betul ya murid-murid.

Bahan toping kalau nak buat OREO CHEESEKUT. 
Dalam mangkuk tu adalah biskut orea yang dah diblend. Jemnya sila buang ya.

Ini base dia. Guna biskut marie atau cream cracker jah.
Susun dalam loyang. Tak payah sapu minyak pun.

Curahkan aje cream cheese yang sudah diblend bersama susu full cream tuh..
sampai jadi macam yang dalam gambar ni.

Biarkan cream cheese tu menutupi permukaan biskut dengan rata sampai
jadi cenggini

Atas lapisan tu kita taburkan Nestum dan Choc Malt.
Kemudian lapiskan semula dengan biskut cream cracker tu tadi.

Buat la selapis-selapis ya.

Boleh kata 3 lapis letak biskut tu.....dah kira sedang lah ketebalannya.

Padatkan hiasan hingga sampai cenggini bentuknya. Taraaa......
Siap dah NESTUM CHEESEKUT anda !
Gi simpan dalam fridge dulu ye. Bila dah keras baru senang untuk dipotong.

Kalau nak ubah cara hiasan boleh gak buat cenggini guna biskut Oreo
dan choc malt. Jangan letak nestum bagai.

Yang ini pula,kalau nak jadikan cheesekut tu CHEESEKUT OREO.
Tapi kat sini, 1st layer tu, aku taburkan choc malt. Buat sampai 3 lapis juga.
Lapis pengabisan baru aku curah biskut oreo yang dah diblend tu atas permukaan 
yang penghabisan sekali.

Sebenarnya hiasannya aku nak letak straberry,dah cari tak jumpa yang elok..........
aku ganti aja lah dengan seedless grape ni. Lepas tu aku curahkan 
syrup Hershey's tu di atasnya.

Nak nampak merelip tu,taburkan semula nestum selepas curahan sirap Hershey's tadi.
Untuk hiasan cheesekut ini, bergantung kepada kekreatifan kita sendiri.
Ikut sukalah hang nak mendekorasikan cheesekut tu.
Sendiri punya tangan.Sendiri punya design.

Rupa Cheesekut Oreo yang dah keras bila dipotong.


Cheesekut ni kena makan cepat tau,kalau tak cheesenya meleleh....


                                                Nampak deboom tak cheesekut oreo ni ?


 Model cheesekut kami...hehe.                             Yang ini kira 'malas' design la.




Boleh la , untuk Farah bawa balik bekal ke hostel.

Sedap.