Cuma yang aku tidak pasti adakah laungan ' MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! masih menjadi jeritan keramat bagi rakyat negara ini atau hanya laungan kosong bagi mengisi perayaan yang dijadikan cuti umum esok hari. Dengan landskap politik yang masih bercelaru dan pelbagai masaalah yang sedang ditangani, aku hanya berharap generasi kini bermuhasabah seminit dua untuk mengenali diri sendiri, merenung
perjuangan jiwa besar pemimpin yang terdahulu dalam meraih kemerdekaan yang kita semua kecapi kini.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahatir Mohamad, Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi dan Dato Seri Mohd Najib Tun Razak adalah pemimpin yang telah membawa negara ini ke arah kegemilangan di persada dunia. Aku berdoa semoga tanah bertuah ini mampu melahirkan seorang lagi negarawan segenius Tun Mahatir untuk membolehkan kita terus mengorak langkah ke hadapan, menampan serangan dari dalam dan luar agar Malaysia terus merdeka selamanya. Merdeka dari jajahan minda, merdeka dari serangan politik, merdeka dari ancaman subversif, merdeka dengan pencapaian ekonomi dan merdeka dengan segala pencapaian yang cemerlang oleh anak bangsaku.
Bagi aku ......., akan hanya benar-benar merdeka selepas 31hb Ogos ini. Aku bakal merdeka dari segala bebanan hutang dan piutang. Aku bakal merdeka dari Ctos dan Ccris . Bebas dari segala provokasi yang kuterima selama ini. Bebas meluahkan idea. Bakal bebas melaksanakan projek yang terbengkalai. Bebas melaksanakan apa yang aku impikan dan berbagai kebebasan dan kemerdekaan lagi yang tak mampu aku luahkan. Terima kasih Ya Allah atas pertolongan MU. Terima kasih Ya Rabb kerana menjawab segala permohonan hamba MU ini.
Memetik kata J.F.Keneddy
JANGAN DITANYA APA YANG NEGARA BOLEH BERI KEPADA KAMU
SEBALIKNYA
TANYALAH ' APA YANG MAMPU KAMU SUMBANGKAN PADA NEGARA ? '
dan...seandainya hanya ada seorang lagi melayu dari bumi Semerah Padi ini mampu melahirkan kata-kata
keramat seperti ini....
" Berikan aku 10 orang pemuda yang mampu menggoncang dunia "
Malaysia teruslah merdeka, cemerlang, gemilang dan terbilang selamanya !!
macam ada berita baik je ni kak lin????? heh heh
ReplyDeleteselamat hari kemerdekaan....:)
ReplyDelete