Bila kali terakhir aku up date blog ni ? Emmm 4hb Ogos 2012. Sejak dari tu ..no story. Time does not permit me to do an update on this blog. There are something disturbing my mind and i just can't cope with it. Akhirnya apa yang aku tuliskan dalam entri aku yang sebelum ini terkena batang hidung sendiri.
Itulah bila tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri .
Kalau dah up date hanya once a month...hemmph, ambik engkaulah Senah ....Tapi taklah pulak bererti aku langsung tak membaca posting dari blogger-blogger yang lain. Mialiana.com, Bukan sekadar blog sukan, Kimi jamai, Penyuluh perikanan, El Qashrin Qaisara, blog Lyssasecret.com ( dah mesti la, sebab aku nak tahu dia nak ajar apa hari ni..heheh. Dan beberapa nama blogger lain yang tidak tersebut - maaf kupinta. Jiran sebelah rumah aku dah confirm jadi blogger yang paling kepoh sepanjang bulan Ramadan ni. Ya lah dengan setengah idea merapunya yang menghiburkan. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga ... eeish..budak ni 'short' tak wire dia. Ker.. ada tuning dia yang lari ? Alah.., kalau sekali sekali tuning lari apa salahnya ? Kereta pun selalu kena buat tuning., ini kan pulak ' hotak ' manusia ! Posting #SaveJejai dari blogger sebelah rumah ni membuat aku tabik spring kat dia. Aku rasa dia lebih punya hati dari aku. Kisah bro Jejai atau pemilik blog www.teratakarmo.com dengan penyakit kanser paru-paru tahap 4 benar-benar meruntun perasaan. Sepatah kata sahabat baiknya eyriqazz yang aku tambah sikit.................
' Ini bukan hanya soal dignity and pride. Nor to satisfied the selfish request. Much bigger picture than that.......'
as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je... anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I'm pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have?
http://www.eyriqazz.com/2012/08/je-jai-antara-rakan-rahsia-dan-racun.html
Oleh itu walaupun bro Jejai bertegas dengan pendiriannya untuk menjaga maruah dan tidak menagih simpati, jangan dihalang hak kami blogger yang lain untuk sama merasakan kesedihan yang kamu sekeluarga rasai. After all ...what friends are for ?
Kisah bro Jejai buat aku tiba-tiba rindukan aruah emak. Dah 3 kali Aidil Fitri aku tidak dapat lagi mencium dan memeluk ibu tercinta. Aku rindukan emak...........
" Mak., Ina dah pandai buat lemang segera ! Ina dah pandai buat lemang jagung mak ! Lemang jagung yang Ina buat ni tak payah bakar macam lemang tradisi ni mak TAPI rasanya dijamin sama dengan lemang yang dibakar tu dan Insyallah lemang segera ni boleh bertahan lebih sebulan ! Lemang yang Ina buat ni tak pakai pengawit . Kalau mak masih hidup tentu mak sukakan ? Mak suka makan lemang. Ina dah pandai masak nasi empit dalam bekas buluh mak. Masa mak hidup..mak suka kan makan nasi empit bulat yang dibalut dengan daun pisang. Mak.., banyak perkara yang Ina nak mengadu dengan mak..walau Ina tau Ina tak akan tergamak mengadu andai mak masih hidup sekali pun. Ina tak sanggup dengar mak menanggis tengah-tengah malam teresak-esak. MAKKKKKK....... INA RINDUUUUU ! "
Aku rindu mendengar dia berleter dan menasihati aku. Anak-anak aku juga rindukan rumah nyai. Rindu bebelan dan marah dari nyai mereka. Rindu menjelajah kawasan rumah yang dekat dengat tali air. Rindu mengejar ayam dan kucing di kampung. Rindu turun naik ke rumah kakak aku yang bersebelahan dengan rumah aruah emak yang dipanggil 'ibu'. Rindu kena sergah dari kakak dan abang ipar aku. Pak cik dan mak cik mereka.
Semuanya buat aku benar-benar rindu. Untunglah mereka yang masih punya adik beradik yang sering mengambil berat antara satu sama lain. Yang akrab dan mesra. Itu adalah anugerah yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit. Hargailah selagi ada.
Sesak nafasnya sesak
Tak tahu adik tak tahu
Sebak dadanya sebak
Tak tahu adik tak tahu
Bengkak jantungnya bengkak
Tak tahu adik tak tahu
Retak hatinya retak
Tak tahu adik tak tahu
Kelabu matanya kelabu
Tak tahu adik tahu
Lenyap ditelan derauan ombak
Telur penawar hatinya lebur
Tumpah air matanya melimpah ruah
Agar terhibur hati terhibur
.................................ermm tapi biasalah kisah aku serupa penyu..
dan PENYU MENANGGIS SIAPALAH TAHU
Dan kerana itulah juga Hari Raya Aidil Fitri tahun ini aku memilih tidak pulang ke kampung walau hati bagai di carik. Aku lebih memilih beraya di KL dengan anak-anak sambil makan biskut raya , berziarah saudara seIslam yang sudi menerima aku seadanya..balik rumah sambung lagi makan rendang, nasi empit , kuih raya lagi dan sambil minum Kopi Kambing !
kita senasib..hahaha.. nak buat macam mana.. terpaksa lah bersabar je..
ReplyDeletep/s : nampak gayanya daniel dah mula ramai peminat ni..hahaha.
uh.sekalung penghargaan sebab masih ikuti update blog saya. I will update soon.
ReplyDeleterindu nyai ..
ReplyDelete