Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

BURGER - biz yang sentiasa hot di pasaran

Carian kata kunci untuk burger mempunyai 25,000,000 juta carian 0.62
sesaat. Sementara carian yang menggunakan kata kunci 'perniagaan burger'
mempunyai 379,000 carian setiap 0.58 saat . Herm, nak buat kajian dah tak wajib
guna company R &D lagi, tapi cukup menggunakan google. Ia mula diperkenalkan 
di pasaran melalui Burger King, A & W, kemudian di ikuti oleh Mc Donald dan 
jenama tempatan dimulakan oleh Ramli Burger. Diikuti dengan kemunculan
Burger Bakar, Burger Byte, Burger Kukus yang kemudiannya menjadi jenama
terkenal kebanggaan para peminat burger dan seterusnya meneruskan
kesinambungan perniagaan burger di Malaysia.

Perniagaan yang paling menguntungkan


Business apakah yang paling bagus, laku dan menguntungkan ?
Majalah FORTUNE menyenaraikan cabang business yang paling menguntungkan
sekarang adalah yang berkaitan dengan kesihatan dan hartanah. Kerana itulah kita
melihat semakin banyak permintaan untuk kepelbagaian jenis makanan kesihatan
termasuk kewujudan dan pertambahan Fitness Centre . Berbagai jenama terhasil 
dengan kepelbagaian solusi untuk menyelesaikan masaalah kesihatan. Samaada 
ianya diimpot dari luar negara atau pun hasil rangsangan dari produk IKS tempatan. 
Sambutannya hangat.

Today's worth sharing quotes

1. When you're at the end of your rope, tie a knot and hold on. 
                 -  Theodore Roosevelt   

2.  You can tell the size of a person by the way he treats people   
      who cannot help him. 
    -  Orrin Woodward

Bukan cerita di sini - Mr Bubba

“ Saya perlukan pinjaman,” kata seorang lelaki  kepada seorang pegawai kredit 
di situ. Namanya Bubba dari Texas dan hari itu dia telah melangkah masuk ke 
sebuah bank di New York City.

Bubba kemudiannya memberitahu credit officer yang dia akan ke Paris bagi 
menghadiri satu festival antarabangsa Redneck di sana untuk selama 2 minggu
dan itu mambuatkan dia ingin meminjam sebanyak  $5,000. Dan untuk
menambah rumit dia bukanlah pendeposit/penyimpan di bank berkenaan.

Ceker ayam dan kencur


                                                       
Sumber Google

Maksud ceker ayam adalah kaki ayam dalam bahasa jawa. Sedap dibuat sup.
Orang tua-tua kata orang yang suka makan cakar ayam pandai cari duit. Jadi
sila perhatikan pasangan masing-masing adakah  'dia' termasuk dalam golongan
orang yang suka makan cakar ayam? Kalau YA, anda memang bertuah, kerana
menjumpai pasangan yang rajin berkerja dan pandai mencari duit. Bukan itu saja
anda juga berjaya menjimatkan budget. Kurang beli ayam, Sebaliknya lebihkan beli
kaki ayam. Hehehe...Kaki ayam pun sekarang dah berharga RM 3.50 sekilo beb.
Jangan tak tau. Beli sekilo boleh buat 2 atau 3 kali masak ( itu pun kalau anak-
anaknya tidak segerabak ).

Sementara cakar ayam yang lagi satu adalah kerepek keledek yang dimasak
dengan gula dan air sehingga jadi bergumpal. Bila warnanya dah bertukar
keperangan bolehlah disenduk dengan cepat, dimasukan ke dalam cetak
biasanya gelas kaca yang kecil bagi menjadikannya berbentuk bulat. Kerepek
Cakar Ayam ini biasanya kurang berminyak sebaliknya garing dan RANGUP
berlemak !

Nak resepi kerabu ceker / atau kerabu kaki ayam sila pegi ke Blog
Satun Tour N Travel. Ada resepi sedap kaki ayam Thailand original dari situ.
Bab buat kerabu ni memang aku kalah lah. Resepi kerabu kaki ayam dari Thailand
memang deboom. Waduh pak.......yang ini baru beneran cekernya ayam.

Bercakap soal kerabu ni...,orang Jawa panggil urap. Makanan yang sama
orang melayu panggil kerabu. Urap orang jawa dibubuh kencur, Urap/kerabu orang
melayu dibubuh cekor. Cekor atau kencur adalah 2 bahan/tumbuhan yang sama
sebenarnya. Tak bubuh herba ni urap tradisional, tak menjadi dan tak ada kick.
Daun kencur/cekor dihiris nipis dan dicampur dalam urap membangkitkan aroma
wangi dan rasanya memang lemak. Cuba masak lemak daun ubi dan campurkan
dengan herba ni, anda akan rasa kelainannya dan hidangan menjadi bertambah
lemak dan lazat.
                                           
                                                               Sumber Google

Tapi apa nak buat kan, semanjak dua menjak tinggal di Selangor ni saya dah
kurang dapat makan urap jawa dan jarang jumpa kuih ceker ayam yang sedap
macam kat Johor. Hemm.... i miss Johor very much.

# Siapa nak sedekahkan kuih cakar ayam ni kat saya ? Tengah mood malas nih.

Nasi Buluh, Ayam Bakar Bunian

Melihat dan mendengar paparan di Majalah3 TV3 pada 20hb Oktober 2014
tentang tempat dan makanan itu berasal, membuat mata aku buntang dan tiba-tiba
aku menelan air liur berkali-kali. Resort Sungai Klah Hot Spring. Hemm,tak jauh
dari sekolah anak aku. Jadi bersamaan 25hb Oktober kebetulan adalah majlis
graduasi bagi MRSM Kampus Tun Razak Trolak, aku bercadang menyinggah
ke sana usai majlis.

AWAK NAK JADI MODEL ?

Berminat jadi model ?
Satu hari aku dapat mesej itu melalui Google+ .
Dan ini adalah kali ke dua aku dilamar. Hehehe....  Bergurau dia ni........
Tak lah kut dik, akak dah tua. Bukan muda lagi. Tak lama lepas tu, aku terima
mesej melalui FB pulak. Juga tawaran yang sama dari orang yang berlainan.
Sebenarnyalah.............

Tarikan sebagai Agen Hartanah


Apa yang menarik sebagai agen hartanah ?

Bagi yang tidak suka bekerja makan gaji, pilihan lain untuk meneruskan
kelangsungan hidup adalah berniaga atau pun bekerja sendiri. Salah satu versi
'bekerja sendiri' adalah dengan menjadikan bidang hartanah sebagai kerjaya.
Bekerja sebagai agen hartanah menjanjikan kebebasan bekerja dan kebebasan
pendapatan. Persoalannya bagaimanakah cara menjadi Perunding Hartanah
yang effisien ? Dan kebolehan apakah yang diperlukan sehingga bidang hartanah
boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan bagi kita.


Cuka Sintetik VS Cuka Asli

Kebanyakan bangsa di dunia amat mengenali  dan mengagumi peranan cuka,
yang bukan saja memberikan aroma kepada masakan, malah menjadi pengawet
kepada makanan. Punya sifat sebagai anti biotik dan boleh digunakan sebagai
bahan alternative untuk mengatasi pelbagai masaalah kebersihan dalam rumah
tangga.Terdapat 2 kategori, iaitu cuka sintetik ( buatan ) ataupun cuka asli.
Termasuk dalam cuka asli adalah cuka epal, cuka kurma, cuka beras.cuka barli,
cuka tebu, cuka kelapa dan senarainya berterusan. Masyarakat Cina menggunakan
kepelbagaian jenis cuka dalam kebanyakan masakan mereka untuk menjadikan
menu makanan lebih bervariasi dan istimewa.

Taklik dan ubi kayu cicah sambal

Maka, hari ini sambil makan ubi rebus kelapa cicah sambal tumis ( permintaan
anak perempuan bungsu si Nurul dan anak jiran sebelah si Wani ), aku makan
sambil mengadap TV3 rancangan NONA. Pencerahan akan maksud 'taklik'
di salah satu slot nya yang dihuraikan oleh Ustazah Suzzanne konselor apa tah
aku tak ingat. Yang aku ingat 5 - 6 tahun dahulu Uztazah Suzzanne ini memang
pernah menjadi kolumnist di Mingguan Malaysia tentang bab yang berkaitan
rumah tangga. Katanya.............................

ELSA

Ini bukan Elsa dalam filem FROZEN, sebaliknya adalah nama seekor kucing
yang aku jumpa di TESCO. Baru aja parking kereta aku  nampak seekor kucing
bunting putih melepak dan gebu berjalan lesu di hadapan aku. Dalam hati aku
berkata aku nak beli barang dulu ke nak angkut kucing ni dulu. Buat keputusan
cepat-cepat, masuk TESCO beli barang dan keluar cepat-cepat juga dan suruh
Hafiz usha bawah kereta-kereta yang ada kat tempat parking kut-kut, kucing tu
masih ada di situ.

Telur ikan Casablanca

Ingat kisah Batu Belah Batu Bertangkup ? Bila Ibu Pekan mengidam telur
tembakul dan bahagian telurnya habis dimakan oleh anaknya Si Pekan. Teragis
sungguh kisah tu. Dulu waktu kecik kalau cerita tu keluar di tv mesti aku cari
sudut gelap - senang untuk aku menyapu air mata yang keluar. SedihMalu aku
kalau orang lain nampak.

Katak pekak


Sekumpulan katak menyertai sebuah pertandingan memanjat puncak menara
tinggi di sebuah kawasan. Sesiapa yang berjaya akan dinobatkan sebagai katak
yang paling sucess di abad ituKatak panjat menara ? Memang  agak mustahil
kedengaran kan ? Katak biasanya hanya loncat ke kolam, atau paling tinggi sikit
ke pucuk pisang dan paling tinggi lagi hanyalah sebatas pokok buah-buahan. Itu
pun jarang-jarang. Katak supergila dan hyper je yang sanggup loncat ke pokok
buah-buahan yang dah pasti lebih tinggi dari pokok pisang.