Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

AMBOI....MANISNYA BAHASA PENIAGA KITA

Kempen budi  bahasa yang banyak ditayangkan di Tv akhir-akhir ini menyentap kenangan ku.
Kempen ini digambarkan melalui seorang pemuda yang meminta izin mengambil kerusi dari seorang pelanggan yang sedang menikmati makanan di restoran. Keizinan diberi oleh pelanggan pertama.., penuh sopan dan berhemah. Episod ke dua dilanjutkan dengan para pelanggan beratur untuk membuat bayaran di kaunter. Lalu  harga makanan ditanyakan dengan sopan kepada tuan punya kedai dan tuan kedai pula menjawab dengan air muka yang manis dan sopan. Hemm........

Sampai begini sekali kerajaan Malaysia mengajarkan akhlak yang bagus untuk rakyatnya demi dan untuk berterusan dikenali sebagai truely Asia yang berbudi bahasa . Memang , di seluruh dunia Malaysia dikenali kerana masyarakat majmuknya yang bertolerensi , berhemah dan berbudi perkerti mulia ( terutamanya orang melayu kitalah ). Nyatanya pada hari ini segelintir dari kita telah mula mengenepikan slogan itu. Ungkapan ' orang berbudi kita berbahasa' terkadang tidak lebih sebagai  retorik klasik yang memenuhi analisis teks dan visual.

Semalam aku singgah ke warung alias kedai yang kerap aku kunjungi bila aku ke pasar . Sedang aku menikmati kopi kambing yang menjadi favouriteku , aku terdengar percakapan antara pelayan warung dengan tuan punya kedai.

Pelayan ; " Ni...kuahnya minta ditambah." ( Merujuk kepada kuah roti canai yang kurang ). Pelayan pergi ke periuk lalu mencedok kuah kari dal yang ada di dalamnya.

 " Amboii...., cecah kuah dengan roti ke..... mentahkedarah kuah ni ?" jawab tuan punya kedai.
Aku yang sedang mengunyah roti canai tiba-tiba rasa tercekik.
Mungkin maksudnya melawak tapi mengapa bunyinya sumbang dan membawa maksud agak kasar di telingaku.

Serta merta aku teringat, setiap kali aku minta tambah kuah tak pernahnya dapat. Anak-anak aku sering merungut kekurangan kuah roti canai setiap kali aku membeli di warung itu. Sedangkan beberapa tahun yang lepas sebelum kedainya maju seperti sekarang tuan kedai bukan main bermanis muka dan berbudi bahasa. Mengapa perlakuan itu berubah selepas kedainya maju ?
Ahh...wang memang mampu mengubah sebahagian dari prinsip kita.

Itu belum lagi insiden sewaktu kita membayar harga barangan di kaunter. Terkadang tuan punya kedai atau pun pembantu mereka hanya bertanyakan jenis-jenis apa yang kita makan, mengiranya menggunakan calculator, memberitahukan jumlah harga yang kita kena bayar tanpa peduli sedikit pun untuk memandang wajah pelanggan. Banyak berlaku wang dikembalikan tanpa sebarang ucapan terima kasih kepada kita. Sebaliknya kita pula yang mengambil baki sambil mengucapkan terima kasih pada mereka. Ehhh....sebenarnya siapa yang patut berterima kasih kepada siapa ni ??

Atau mungkin juga tuan punya kedai telah tersalah menggaji pembantu yang kurang mesra alam atau mungkin juga pembantu kedai itu terdiri dari species yang sama dengan mereka.
" Ahh...peduli apa aku..., yang penting makanan di kedai aku kau dah makan...apa lagi ?? Bayarlah !"
Gamaknya itulah yang ada di mentaliti setengah pengusaha kedai atau pun restoran kita.
Soal makanan itu sedap tak sedap belakang kira. Kebersihan ? Selalunya buat-buat terlupa.

Tapi bagaimana pula jika anda mengalami senerio yang sebegini :-
" Kak...tambah kuah ya," kata aku dengan muka 20 sen kepada isteri tuan punya kedai . Suaminya sedang sibuk menebar roti canai. Pelanggan tengah ramai di waktu itu. Kuah kari dalcanya memang sedap tak ku nafikan. Apa dibubuhnya aku pun tak tahu.
" Tambah kuah kena bayar rm 2 dik ", dia menjawab dengan muka toya. Tangannya sibuk membungkus roti canai dengan kertas minyak.
" Mak aaii......mahalnya !" tanpa sengaja suara aku terkuat.
" Mahal pun tak apa dik. Duit tu nanti boleh dikumpul untuk pergi haji ," kakak itu menjawab selamba.
Lidah aku kelu mendengarnya .(  Peristiwa ini aku alami 8 tahun yang lalu ).
                                                 
minta kuah roti canai, tambah kuah, mentah kedarah ke, tuan puanya kedai, pelayan kedai cedok kuah, bila kedai maju, kehilangan budi bahasa

Psst : Kat restoran mamak bila kita minta tambah kuah, mamak tak pernah bising dan tak pernah minta bayaran pun. Silap hari bulan kuah kari mamak tu boleh buat mandi. Ayoyo... ;-)

14 comments:

  1. sedap betul bahasa ye kak... adehh... memang x berapa suka makan kat kedai orang2 yang lansi cenggitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah....sampai tak terkata kita dibuatnya Farah.

      Delete
  2. Hmm..tulah, bila kedai dah maju mulalah kedekut. Ada tu awal-awal dulu murah skrg dah naik plak harga bila dh maju..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak dibuat...kedai dia punya tapi duit kita yang punya. So kena pandai-pandai pilihlah Zainatul. Terima kasih ya datang bertandang ke mari. Singgah lagi bila sempat tau :-)

      Delete
  3. sebab tu peniaga melayu susah nak maju.. tapi bila dah maju, lupa diri. bila kritik, dorang tak boleh terima. tapi tak semua macam ni.

    satu lagi nak tambah. Mamak ni ada persatuan dia kak lin. persatuan mamak ni dapat harga barang2 betul-betul murah2. sebab tu dorang tak kisah. harga makanan dorang letak mahal, sedangkan kos dorang murah. itu kelebihan kedai mamak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah betul hal tu. Tapi yang jadi pokok persoalannya mamak tak kata apa pun bila mintak kuah lebih sebab ' sebab itu harga suda kira semua sekali dalam ' hahaha. Ada berani tanya ka,'dei mamak kenapa harga nasi saya mahal ?'
      ' Sorilah abang..saya kira lagi satu kali jugak '. Harga kasi tau kalu...pelan-pelan jugak bukak dompet trusss bayar. Besok lagi datang.
      Dei...tara rasa harga mamak mahal ka ?
      Ada. Ada rasa. Tapi itu teh tarik mamak juga sedap.
      Cheittt...mau cerita kalu tadak gunalah.
      Hahahaha.
      Boni nak gi ngeteh lagi ???

      Delete
  4. Salam kenal Lynn...

    mak aiii sombongnya pekedai tu. Berkira sungguh! Orang kata meniaga ni sambil bersedekah, dia pulak kodokut ya amat... nak buat pegi Haji plak tuh? uishhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Azieazah. Terima kasih atas kunjungannya.

      Delete
  5. Salam kenal.
    terimakasih kerana dtg berkunjung. Moga ukwah bermula!

    ReplyDelete
  6. YaAllah memang bengan kalau kena kat saya ni..memang xpuas hati dengan layanan peniaga melayu sebelum ni.. bila menigkat kaju sket mulalah menyombong.. pastu xsmpai tahap debomm dh jatuh melayang..bankrap..haa tu la sikap peniaga melayu.. *ada yang tidak begitu hehe.. tp kebanyakannya la macam tuu....


    thanks sudi join teka teki saya... maybe bleh menapak kat bloglist sy pulak... :))

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya sikap yang begini ada pada semua bangsa bukan hanya pada bangsa melayu saja. Cuma sedihlah juga bila segelintir peniaga kita ada yang berperangai huduh begini.

    ReplyDelete
  8. Tahniahh..anda memang dah bertapak dalam bloglist saya..hehe

    http://cinta25hb.blogspot.com/2013/03/jawapan-teki-teki-berapa-umur-saya.html

    ReplyDelete
  9. tulah sikap orang melayu sombong dan berlagak tambah kedekut, macam mana nak maju?

    ReplyDelete