Lepas teguk air kopi berdegup-degup baru perasaan di dasar cawan ada lalat mati lemas. Arghhh....
Tapi tak kisahlah dua-dua sayap lalat tu dah kuncup, ertinya aku dan terminum racun dan sudah pun telan penawarnya sekali gus...
Lepas minum air kopi berperisa lalat tu aku termenung sekejab. Teringat sewaktu dulu....,19 tahun sudah waktu aku sibuk dengan warung kopi dan kerja di syarikat SIME AXA. Kerja sebagai agen membolehkan aku bebas ke sana kemari tanpa perlu membuat lapuran ke agensi manager. Agensi manager aku memang sempoi. Yang penting target sale archived, the rest up to you.Oleh kerana otak aku ni jenis tak pernah letih, aku berkongsi berniaga warung dengan seorang adik sepupu.
Pagi sebelum pergi kerja aku masak makanan yang nak dijual dulu, lontong, nasi lemak, mee hoon, mee goreng dan nasi goreng. Adik sepupu aku hanya buat roti canai dan jaga warung yang dibantu oleh seorang lagi pembantu. Biasanya seawal 6.30am aku dah mula bergerak ke tempat kami berniaga. Turun-turunkan semua barang sebelum aku tinggalkan mereka untuk ke pejabat aku pula di KOMTAR Johor.
Tapi hari itu lantaran semua sales target aku untuk 3 bulan aku dah bereskan, aku bercadang le nak mengular untuk beberapa hari. Hari itu aku tak pergi ke pejabat macam biasa sebaliknya lepak di warung bersama adik sepupuku dan suamiku..( Hehe..waktu tu kami baru je kahwin ). Hari itu ramai pelanggan datang.
Pembantu warung sibuk di belakang membancuh air dan memcuci pinggan. Aku pula sibuk ambik order dan tolong mengemas meja. Sedang aku sibuk mengemas meja, tiba-tiba aku dipanggil oleh seorang pelanggan.
Mukanya merah semacam. Berhadapan dengannya duduk 2 orang kawan yang sibuk menekan perut menahan ketawa. Aku sengih-sengih datang....
" Kenapa dik ?"
" Eeeih...saya tak puas hati betullah,.., siapa masak lontong ni ?'
" Err...akak lah. Kenapa ? Tak sedap ke ?" tanya aku pelik. Sekilas pandang isi di dalam mangkok lontong memang dah habis. Apa lagi yang salah ? Bisik ku di dalam hati.
" Masaalahnya pasal sedaplah saya asyik menghirup kuah lontong tadi tuuuu," dia mula meninggi suara.
" Dah tu ...apa masaalahnya ?" aku semakin pening.
" Masaalahnya...cuba akak tengok betul-betul kat mangkok tu... ujarnya sama menjengkilkan mata melihat ke dasar mangkok.
Aku ikut sama memanjangkan leher, membesarkan biji mata melihat ke mangkok yang kuah lontongnya hampir kering.
Seekor cicak yang terputus ekor, mati terlentang dan badannya bersalut dengan santan kuah lontong !!!!
" Haaaa......itu yang buat saya marah !! Potong stim betullah ! "
hahaahaha..seb baik tak dikokaknya cicak tu sekali..hehehe
ReplyDeletealamak??? hahaha...gulpp!!
ReplyDelete