Tahun ini bakal kita tinggalkan dalam masa beberapa jam lagi.
Bermula 12am tengah malam nanti kita bakal melangkah ke tahun baru ( 2013 ). Dataran Merdeka .............seperti biasa
bakal sesak dan meriah . Sorakan SELAMAT TAHUN BARU bakal bergema saat jarum jam berdetik tepat 12 malam. Tapi tak ada kerja lah aku nak pergi ke situ.
Dari saat aku muda sampai tak berapa nak muda, tempat berhimpit-himpit ni memang cepat buat kepala aku sakit.
2012 banyak meninggalkan pahit manis dalam kehidupan bagi kebanyakan orang, termasuk diri ku sendiri. Ada kegembiraan, ada kesediahan. Ada kemenangan , ada kekalahan. Ada kerugian , ada keuntungan. Dari peristiwa yang terjadi sepanjang tahun ini ada yang mahu mengambil ikhtibar dan menguatkan azam untuk menjadi lebih maju dan berjaya di masa hadapan. Sebaliknya ada juga yang bakal bersikap tak ambil pot.
Teringat aku dulu sewaktu remaja ramai teman yang bertanya setiap kali menjelangnya tahun baru.
" Apa azam baru kau tahun depan ni ?"
" Menyudahkan azam lama aku yang tak pernah selesai."
Dan memang itulah jawapan tradisi aku dari dulu hingga sekarang.
Oleh itu tahun 2013 yang bakal menjelang ni aku akan sambung semula segala perkerjaan aku yang terbengkalai dan yang tak terbuat di tahun 2012, yang bakal ditinggal pergi ini.
Aku berazam :
- Menjadi yang lebih baik dari sebelumnya. Seperti kata aruah bapak; JADILAH ORANG YANG BERJIWA BESAR. Aku ingin jadi lebih pemaaf, lebih prihatin, belajar untuk lebih ikhlas dan redha. Cuba menghilangkan kebencian, marah dan dendam . Malah segala rasa sakit hati yang bersarang di kalbu aku ingin lupakan. Sebenarnya kebahagiaan adalah apa yang kita cari dan fokuskan . Ia tidak datang dengan sendiri. Untuk itu kebahagiaan adalah apa yang aku perlu usahakan.
- Berusaha lebih gigih untuk mencapai kejayaan di masa depan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun mendapatkan pengiktirafan dari orang lain. Sebaliknya agar boleh inspired anak-anak dan cuba mencapai breaking my personal best. Yang lebih penting biarlah berjaya dan bahagia dunia dan akhirat. Rugi kalau kehilangan salah satu daripadanya.
Ke mana aku nak pergi tahun 2013 ni ya ?
Aku ingin berkunjung ke Tanah Aina di Raub, Taman Negara di Kuala Tahan dan
Pulau Sipadan di Sabah. Nak pergi ke Ke pulauan Spermonde dan pantai Losari
di Sulawesi. Aku nak mengembara ke Eropah Timur, Istambul Turki, Moscow -
St Petersburg, dan moga berpeluang ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.
Apa lagi yang aku nak buat ....
Tahun 2013 ni aku nak ambik kelas belajar bahasa arab, belajar swimming - rasa selamat sikit bila jatuh dari jet ski. Tak de lah harap jaket keselamatan je. Bila dah pandai swimming bolehlah belajar scuba diving pulak. Mesti seronok dapat menyelam di Pulau Redang dan Pulau Si Padan nanti. Untuk memulihkan perasaan gayat pulak aku nak join sukan extreem paragliding di Bukit Jugra.
Oohhh...banyak dah tu. Cukuplah.
Anak-anak ? Ooww ..semua memang jenis minat sukat extreem so they will join the crowd ...heehe
selamat tahun baru yee ! :D
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru juga untuk mu.
ReplyDeleteMoga tahun 2013 ini lebih gemilang dan bahagia untuk Yasmin ya.
salam 2013
ReplyDeletesemoga membawa kita kepada redha Allah
Insyallah Ammelia, amiinn.
Deleteselamat tahun baru kak lin... semoga tahun 2013 ni akan membawa kemenangan buat kita...
ReplyDeleteSelamat tahun baru Boni. Moga sukcess selalu.
ReplyDelete