Yang dapat 8A diucapkan tahniah
Berkat usaha dan sabar
Kini mereka berhak menuai hasil dengan megah
Yang dapat kurang dari 8A
Hati usahlah gusar
Dunia ini belum kiamat
Lebihkan daya usaha....SPM nanti banyaklah 'A' nya.
Emak bapak hari ini
Sibuk tentukan masa depan anak
Pilih bidang yang anak belum pasti suka
Buat muka anak masam mencuka
Sibuk nak penuhkan selera sendiri dan bangga
Konon-konon hanya sains dan teknikal...kelass belaka
Yang ke aliran sastera, perdagangan, kadang dikira... .'alahai' cuma
Kenapa ?
NEGARA kita tak perlu keluaran yang begini ke ?
Bila sampai SPM
Ibu bapa berharap lagi
Anak-anak belajar sampai demam dan tension
Keinginan ibu dan bapa bangga mencanang
Masuk medik dan matrikulasi
Tak sampai setahun di matrikulasi ramai yang patah semangat
Alamak...susahlah ! Tidur atas meja buku,
Kat kantin dengan buku, TV tak dak...semuanya buku
Duduk kat sofa dengan buku, masuk tandas bawa buku,
Rasa diri dah macam hantu paku...matrikulasi kantoi kalu...
Habislah aku...
Sudah, sudahlah wahai emak dan bapak
Biarkan anak-anak tentukan pilihan mereka
Kita ada hanya untuk menunjuk arah
Menebang, menebas, mendaki bukit dan mengambil air di kali
Biarlah anak yang berusaha sendiri
Benarkan mereka mencari jati diri
Bukan untuk melahirkan generasi yang seperti kerbau
dicucuk hidung.
Dan kehilangan kreativiti
Tapi yelah ....sibuk menyelak kesalahan orang
Kadang sampai terlupa MENYULUH DIRI SENDIRI.
Sibuk menunjuk orang berkain singkat
Hinga terlalai kain labuh kita menyapu tahi.
puisi yang sangat menarik.. hehehe
ReplyDeleteusaha sendiri tapi dibimbing
ReplyDeletepeperiksaan.. hanya pengukur..
ReplyDeletekejayaan bukan sahaja mrlalui peperiksaan :)
follow here kak. follow me back k :)
ReplyDeletelama x jengah Lina disini..apa kbar?
ReplyDelete