Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Rayau meracau



Sambungan Epilog 3 beranak dengan Jobdirumah dan Nasi Bajet bahagian ke 2 berkubur
bila aku demam teruk beberapa minggu lepas. Dah lama aku tak kena demam teruk sebenarnya.
Dan demam teruk berserta batuk, muntah dan blocking nose memang buat aku terseksa. Ini semua
berpunca dari melayan anak-anak keluar berouting dan join program bebudak dari pagi sampai
ke malam. 2hb Mei pagi aku dan anak-anak dah keluar. Parking kereta kat panggung wayang
lama di Rawang sebelum menaiki komuter untuk ke KL. Aku cuma nak memenuhkan hajat
anak-anak dengan berjalan-jalan dengan menaiki kenderaan awam. Teringin bergayut dan
berayun dalam komuter. Sampai di KL Central baru pukul 10.30 pagi tapi biasalah Daniel memang
jenis muka kedai. Bila nampak kedai je mesti dia lapar. Tasha and Nurul nak makan McDonald,
aku pulak dah bosan dengan McD, so nak try Burger King plak ( sebenarnya aku nak nasi !! ),
tapi ikut jelah gelagat anak-anak ni. Dari situ berarak ke Central Market, Kenanga dan kedian
berpatah balik ke PWTC untuk tengok pesta buku dan jumpa abang sepupu bebudak ni dan 'ketuk'
anak sedara pulak. Oh ya, Bukhari Muslim dan bekerja sebagai kartunis dengan Ana Muslim.
Alhamdulilah, akhirnya apa yang dia cita-citakan tercapai, aku tumpang gembira.

Berjam-jam menghabiskan masa di Pesta Buku, mula nak pitam. Aku sebenarnya tak berapa
gemar tempat ramai orang ni. Rasa cepat sesak nafas. Habis kisah aku duduk melepak kat kaki lima
dan jaga segala bagai buku yang dah dibeli awal dan biarkan anak-anak aku dgn abang sepupu
dia orang merayau lagi cari buku, dan buku, dan buku. Habis dengan acara bershopping di Pesta
Buku PWTC, kami menyambung acara di Nu Central - tengok wayang cerita Avengers. Wayang
start 7.30 makan-makan kat KFC  lagi....punyalah lembab servis kat situ, memang nak buat aku
tertidur. Dekat 1 jam baru makanan sampai. Berebut kami habiskan makan.

Masuk panggung, aku layan jelah bebudak ni tengok Avengers. Dalam hati aku merungut,
ajaklah aku tengok cerita mafia ke macam siri Godfather, cerita koperat yang keparat ke, Ocean's
Thirteen ke, Payback ke......hahaha, I guess my brain had gone more corrupted than before.
It's full of angers and hate. How pathetic. 11.30 wayang habis, kami berebut ambik last train
ke Rawang. Aku dah mula rasa pening-pening, badan dah mula rasa seram sejuk. Aku suruh
Hafis yang keluarkan kereta tapi yang drive balik ke rumah tetap aku. Tak mau aku ambik risiko
suruh dia yang drive malam-malam buta nih. Takut ke jurang nanti, aku nampak dia yang sado
tu pun dah lepak. Farouk dah awal-awal balik rumah dari PWTC, ambik motor yang ditinggalnya
di stesyen komuter juga.

Aku ingat boleh terus balik rumah........ehhh, bebudak ni cakap lapar lagi. Mintak berhenti
makan lagi sekali, aduii.... sabar ajalah anak. Penyudah cerita kami semua sampai rumah jam
2 am. Baru betul ! Mandi, solat bagai.....masing-masing akhirnya tidur dekat 3.30 pagi dan esok
nya masing-masing pakat matikan jam. Sadar tak sadar dah pukul 11 pagi ! Serik aku ikut
program bebudak ni, tapi seronok juga sebenarnya sebab tengok anak-anak semua happy hehe..

Tapi lepas tu jangan tanyalah, demam batuk menyerang tak kebah sampailah hari ni, baru otak
aku berfungsi semula. Barang-barang order dari customer aku tolak je ke Master Stokis minta
dia yang tolong uruskan termasuklah barang order online yang lain. Nasib baik aku kenal lama
dengan beberapa supplier tu, so mereka tolong poskan semua order bagi pihak aku. Sesekali
up date juga status kat Fb sebab tak tahan tengok mailbox message tak berjawab. Msg kat
Whatsapp jangan tanyalah......lagi berlambak. Semuanya mintak dijawab, jadi dalam separuh
mamai aku jawablah juga dan dia orang tak percaya pun bila aku cakap yang aku sebenarnya
tengah demam teruk..., nak buat macam mana kan ? Badan demam, otak letih tapi jari tetap
aktif.

Susah kalau jadi Joyah ni.......

Bab nak sambung cerita Epilog 3 beranak dan Nasi Bajet .......rasanya esok baru aku boleh
tuliskan. Oklah dairi, aku nak sambung sapu Vicks kat tekak and hidung. Obat batuk dah 4
sudu aku telan tapi batuk aku tetap sama bunyinya...kong keng, kong keng, kong keng tak
berhenti. Sabar je lah.....dugaan.