Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pokok betik di halaman rumah


1. Pokok betik yang sudah ditebang, bukan setakat tidak mati malah tumbuh bercabang 3.
Pokok betik ini aku tanam awal tahun 2012. 5 bulan selepas itu ia mula mengeluarkan buah yang berwarna kuning oren, berkulit mulus dan rasanya amat manis. Bila pucuknya semakin mencecah bumbung, pokok betik ini akhirnya terpaksa ditebang sebab aku dah tak larat nak turunkan buah menggunakan tangga. 

Hujung tahun lepas, aku minta suami tebangkan pokok betik yang dah banyak jasa mengeluarkan buah ini. Aku sangka ia bakal mati tapi batang pohonnya pelan-pelan tumbuh kembali malah mengeluarkan cabang 3. Aku tertanya-tanya adakah pertumbuhan betik ini akan berterusan segar dan seterusnya berjaya mengeluarkan buah semula ?

Pokok betik bercabang tiga, tebang, 2 tahun, buah berkulit kuning oren, mulus, rasanya manis

2. Pokok delima yang aku tanam 2 tahun sudah, kali ini tumbuh berbunga dengan sangat lebat. Bunganya yang berwarna merah jingga keluar merecup. Setiap kali aku keluar masuk pagar , pasti mata aku singgah di situ.  Memerhati pokok delima ku yang akarnya semakin kukuh di tanah. Aku seronok mengira dan memerhati buah delima yang mula membesar. Hati merasa puas kerana ini adalah cubaan kali ke 2 aku menanam pokok delima. Cubaan kali pertama - pokok delima aku mampus. Hehehe...orang cina bilang pokok delima kalau sudah mau berbunga dan berbuah bererti penanamnya ada ONG. Mudah-mudahan aja ya kerana aku memang minat dengan pokok delima sejak belasan tahun.


Pokok delima, buah delima, bunga, bunga delima, delima ada ong, delima orang cina
          Ini hanyalah salah satu dahan pokok delima aku, yang kesemua ada 3 dahan dan    
          semuanya sibuk mengeluarkan bunga. Alhamdulilah.


3. Pokok buluh perindu ( si pemberi benih kata pada aku ) ini, adalah pemberian kenalan dekat aku yang bertugas sebagai doktor pakar Nutrisi . Pokok ini dibawanya dari Sabah. Dia bilang jika ada rezeki aku, pokok ini akan tumbuh membiak dengan cepat. Sejambak benih pokok yang  diberinya itu terus aku semai. Aku siram setiap hari hingga akhirnya tumbuh membiak di halaman rumah. Malah masih sempat aku alih-alihkan tumbuhan itu ke pasu-pasu yang lain. Sempat juga aku beri ke jiran sebelah yang sibuk bertanya - kenapa aku sayang sangat dengan rumput renek ini .....

Paling best kucing parsi  ini, setiap aku lepaskan keluar dari sarang dan selepas buat strecthing ...ke pokok buluh perindu itulah perginya. Kucing Parsi aku hari-hari makan daun buluh perindu dan suaranya manja..sangat. Sehingga akhirnya aku terpaksa sedekahkan sepasu pokok tanaman itu sebagai tempat dia berguling dan menjadi tonik alias supplement kepadanya.
Serius memang itu hobinya.

             
kucing makan buluh perindu, kucing parsi, kucing aku makan buluh perindu setiap pagi

             Si snowbell yang manja ni hobinya makan daun buluh perindu aku setiap pagi.


Pokok buluh perindu, buluh, buluh perindu, benih , benih dari sabah, buluh perindu dari kenalan, pakar nutrisi


4. Pokok bunga kertas, setiap kali bunganya keluar merecup, hati aku berbunga bahagia melihat keindahan warna unggu dan putihnya. Unggu adalah misteri warna yang tidak terungkap. Jiran aku berbangsa India selalu bertanya tentang baja yang aku gunakan hingga pokok bunga kertas ku tak pernah henti berbunga. Aku jawab; curah air ikan je.

                               


Pokok kari yang ditanam di belakang pokok bunga kertas tumbuh merimbun

Hemm....,aku telah menanam pokok labu kuning di belakang rumah yang tumbuh sepohon cuma. Tapi pokok labu kuning aku yang tumbuh hanya sepohon itu telah melebarkan jalurannya ke mana-mana dan mula mengeluarkan putik buah. 
Ya Allah..., tanam-tanaman sentiasa menjadi terapi jiwa yang berkesan untuk aku.




17 comments:

  1. Rindu nk tgk pokok2 ni semua... Huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok pokok yang tumbuh segar, kita pun jadi sihat.

      Delete
  2. Wah, banyak pokok best. Pokok delima tu susah nak jaga. Apa lagi nak rasa buahnya, nak tunggu masak saja berbulan bulan.

    :) You've got green fingers for sure

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu , tunggu buah delima masak memang satu penyeksaan.

      Delete
  3. saya takleh nak menanam ni..tangan panas..selalo tanam je,mampos pokok tu..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejukkan dulu tangan tu dengan genggam air batu...hehehe

      Delete
  4. itu yang atas pohon pepaya ya.
    delimanya tuh yang bagus..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok betik = pokok papaya. Di sana di panggil apa Nakusan ??

      Delete
  5. segala yang di tanam, bumi akan merespon dan pastilah akhirnya akan bermanfaat.

    ReplyDelete
  6. Teringat pokok betik kat kampung.. hehe

    ReplyDelete
  7. takut tengok shape pokok betik tu huhu, mungkin rahsia kecantikan meoww tu makan daun haha

    ReplyDelete
  8. dah boleh jual dah rasanyaa. sekarang kan orang malas nak tanam pokok bunga. diorang pilih membeli so kat situ la kita boleh buat bisnes sikit. hehe

    ReplyDelete
  9. Delima and betik kegemaran beta..

    ReplyDelete
  10. subur pula betik tu..tumbuh semula pula dia

    ReplyDelete