Astro Kasih baru-baru ini telah menganjurkan Cabaran 168 jam kerja membersihkan sampah saraf di dasar laut Sabah. Cabaran ini juga dinamakan dengan LONGEST UNDERWATER CLEAN UP SABAH dan bagi mencipta Guinness World Record for 168 hours underwater clean up. Cabaran ini telah pun berlangsung pada 6hb April - 13hb April yang lepas.
Cabaran 168 ini memerlukan para penyelam mengelilingi dan membersihkan Taman Martime Tunku Abdul Rahman yang terdiri dari 5 buah pulau iaitu Pulau Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, dan Pulau Sulug dengan keluasan keseluruhannya adalah 4,929 hektar dengan 224 tempat menyelam yang telah dikenal pasti. Ermm..tough job indeed.
Cabaran 168 ini diadakan bagi mengwujudkan kesedaran tentang pemuliharaan marin Malaysia dan sebagai persediaan khazanah taman laut yang indah untuk generasi akan datang.
Astro Kasih bagaimana pun telah menurunkan penyelam-penyelam sukarelawannya dan aktiviti ini turut menarik minat para sukarelawan tempatan dan antrabangsa yang telah menawarkan diri untuk menyertainya. Penyertaan untuk aktiviti ini turut diterima dari New Zealand, United Kingdom, Amerika Syarikat, Switezland, Hong Kong,Perancis, Austalia malah dari Belanda.
Ekoran dari inisiatif dan kesedaran ini telah berjaya mengumpul sebanyak 3 tan sampah sarap dari laut termasuk botol,plastik dan beg, tali pancing, tin malah tayar di jumpai di dasar laut.Bab tayar tu masih boleh dimaafkan kerana boleh juga dijadikan tukun tempat ikan membiak tapi kalau tempatnya bersepah pasti akhirnya mencacatkan pemandangan dasar laut bila aktiviti menyelam di adakan.
Oh ya Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Dato Masidi Manjun dan wakil dari ASTRO - Tun Zaki Tun Azmi telah turut menyaksikan penyampaian sijil Guinness World Record kepada para peserta. Syarikat-syarikat kooperat di Malaysia sepatutnya mencontohi aktiviti yang di jalankan oleh Astro ini dan aktiviti ini seharusnya menjadi aktiviti tahunan di Malaysia dan ianya juga sepatutnya dikembangkan kepada pulau-pulau peranginan yang lain. Iaitu seperti Pulau Tioman,Pulau Redang, Pulau Pangkor, malah Pulau Sibu dan Pulau Aur yang terletak di Johor.Taman laut yang bersih memang menjadi syurga penyelam malah amat membantu pelancongan negara.
Pantai dekat sabah memang cantik2 belaka.. so janganlah dicemarkan dengan sampah sarap yg mencacatkan pemandangan.. Nasib baiklah ada sukarelawan yang murah hati..
ReplyDeletemenarik gile aktiviti cmni. huhuhu
ReplyDelete