Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tumis sardin cili api cicah pucuk ubi rebus !

Masaalahnya adalah bila idea tu hanya muncul time-time mata aku nak lelap. Walaupun dia datang mengebu-gebu, penyakit aku ni bila dah mula membaringkan badan memang malas betul nak bangun balik. Hatta untuk mengambil sebatang pen dan sehelai kertas untuk menulis idea. Tidak akan ku buat. Heish, memang bukan salah ibu mengandung.
Macamanalah nak ku buang sifat malas yang paling hodoh ni. Kononnya nak la rasa jadi penulis hebat. Ceh, tak ada masaalah la. Semuanya in head ! Sudahnya esok pagi semua idea bercempera. Dik non, hang bukan penulis pun sebenarnya. Nak sampai tahap 'amatur' belum tentu boleh hang capai tau . Betul-betul jiwa kacau aku ni kan ? Tapiiii oleh kerana blog ni aku yang punya., sukahati aku la nak tulis apa pun. Dan untuk itu aku hanya akan menulis APA ADANYA. Lahir dari lubuk hati aku yang paling dalam. Yang terlintas di fikiran  sebaik aku menaip bait-bait perkataan. Yang terbayang di khayalan ( khayalan ? ) ...eh ada ke ? Kadang-kadang penulis pun kena ada ciri-ciri ini kan ? Hehehe.. mungkin awalnya 'berinti kosong' kerana masih tercari-cari yang 'umph'. Mungkin juga sudah ada di rumah bayangan  tapi terperangkap dalam teknik persembahan.., kita nantikan saja ok.


Sudah beberapa hari ni mood memasak aku memang kurang. Masak ala kadar janji kenyang. Nasib baik anak-anak aku bukan jenis cerewet. Bila ada lauk sedap mereka makan habis ! Bila lauk tak sedap...ermph makan aja le janji tak kebulur.

Tarraa....tumis sardin cili api cicah pucuk ubi rebus ! SEDAP   !


Sedapkan ? Kalau orang lain cakap tak sedap, tu dia orang punya masaalah la. Janji masuk tekak aku sedap ! Ehh, anak-anak aku pun makan beria-ia ni. Dia orang pulak yang makan berlebih-lebih. Alamaknya petang ni kena turun dapur lagi lah . Ok...,chow cing chow !
                                       

No comments:

Post a Comment