Nama saya Lina binti Mohamad
Munir tapi bila ditulis dalam ic terus jadi Lina binti Md. Munir. Pejabat
Pendaftaran malas nak tulis panjang-panjang kut. Terus buat short form.
Mohamad Munir tak pasal-pasal disebut Mad Munir. Apa ??? Dah kahwin ????
Ermm....dah sangat. Heheheh...anak pun dah 6 orang ya.
Bercakap pasal ‘nama’
.....ermm, nama anak sulung saya lagi panjang Wan Nurfarah Assheqen binti Wan
Arifin. Panjang kan ? Dulu saya nak namakan dia Farah Assheqen jer tapi papa
dia tulah...nak tambah ‘ Nur’ katanya. Dah tu dia tambah lagi nama keturunan
dia ‘Wan’. So....bila nak ditulis dalam ic punyalah panjang sampai tak cukup ruang.
Habis kisah, nama anak je yang ditulis. Nama bapaknya pulak hilang. Bila buat
apa-apa urusan orang selalu tanya puteri sulung saya, “ ehh....mana nama ayah
awak ni ? Tak de bapak ke ?” Bila buka
akaun PTPTN di Maybank lagi sedap, di kad PTPTN tu hanya tertulis ‘ Wan
Nurfarah Asshe’ ? Sabar aja lah.
Semenjak berhenti kerja lapan
tahun sudah dari syarikat hartanah saya hanya berkerja sendiri dan menjadi
surirumah tiga suku masa. Okeylah tu kan ? J Ada
masa untuk bekerja, masa untuk uruskan anak-anak dan buat business health and beauty product online
including marketing , and other things which i cannot mention here serta
beberapa perkara lain yang saya suka di internet. Salah satunya yang ni lerr.
No comments:
Post a Comment