Semalam rancangan ' game show ' Super Spontan baru habis bersiaran di rangkaian Astro Warna. Rangangan game show yang bersiaran selama 10 minggu ini memperlihatkan Zizan sebagai juara. Zizan membawa pulang rm 100,000 bersama sebuah Toyota Camry dan trofi.
Johan sebagai naib juara hanya membawa pulang rm 50,000 dan sebuah trofi. Walau aku meminati JOZAN tapi aku lebih memilih Johan sebagai juara kerana lawaknya yang lebih berisi, variasi dan menjaga persembahan agar tidak kelihatan lucah. Tak apalah Johan, awak pun dah banyak job di rancangan Astro yang lain.
Aku ingin aktif malah produktif seperti Astro. Bijak dalam menghasilkan rancangan-rancangan baru untuk siaran tv nya. Para peserta seterusnya dikembangkan dan di ketengahkan bakat mereka sehingga dikenali sebagai pelawak, pengacara, penyanyi dan seterusnya menjadi sebahagian dari tenaga produksi sendiri . Astro tidak bergantung kepada produksi luar.
Peserta rancangan Raja Lawak digunakan sepenuhnya untuk menghasilkan siri drama lawak yang baru. Malah peserta dari situ juga diberikan kepercayaan sebagai pengacara di rancangan itu sendiri seperti kumpulan Jozan. Mengacarakan rancangan Raja Lawak, Maharaja Lawak malah rancangan lawak yang lain juga.
Kenyataannya masyarakat hari ini lebih meminati rancangan realiti tv. Sebahagian dari kita langsung tidak kisah berhabis duit untuk mengundi peserta yang diminati. Undi yang diterima menghasilkan keuntungan yang lumayan kepada Astro. Jadi apa ruginya membayar imbuhan yang tinggi kepada peserta yang menjadi juara dalam sesuatu rancangan. Astro....heheh, ada banyak duit lebih lagi tu.
No comments:
Post a Comment