Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Duduk diam-diam dapat duit ( Triple D-D )

Duduk diam-diam dapat duit sinonimnya dikaitkan dengan skim
pelaburan. Hanya bermodalkan beberapa ribu dan pulangan yang lumayan
( kadang sehingga 30 persen ) banyak orang kita yang terkesima dan hilang pertimbangan.
Ironinya, skim cepat kaya ini memang 'meletup' penerimaannya di kalangan orang melayu.
Tapi, ialah......  kalau namanya 'skim cepat miskin' siapalah pulak yang nak masuk ???


Dewasa ini kalau kita melayari ' market terbesar' yang diceburi oleh ramai rakyat
Malaysia, kita akan terpaksa menerima dua kenyataan. Samaada orang yang kita
temui itu telah menyertai MLM atau Multi Level Marketing atau dia lebih berminat
untuk membuat pelaburan dan imbuhan yang besar dan tanpa perlu menaja orang.
Asas utama orang tertarik dengan TrippleD-D ini ialah pulangan yang ribu-riban dan
ditambah pulak dengan pujukan testimoni yang disuakan......., maka, ramai yang teruja.
Ramai yang tidak dapat berfikir secara rasional lagi. Tak payah fikir soal halal haram,
yang penting masyuk !

Jangan tak percaya penyakit orang kita ni. Bila disuruh berniaga betul-betul,
menjadi peniaga yang berintergriti, jarang yang mampu terima dan bergerak sendiri
walau pun sebenarnya mereka dikelilingi oleh network yang hebat-hebat. Mereka malu
mencanangkan ke seluruh pelusuk alam yang mereka menyertai MLM. Hanya kerana
mereka terpaksa menaja orang, kadang menjual barang dan bagi mereka MLM tidak
lebih dari perniagaan bagi orang-orang yang gagal dan telah tidak punya pilihan.

Mungkin mereka tidak tahu fakta atau mungkin mereka terlupa bahawa ramai jutawan
hebat yang lahir dari perniagaan MLM. Sepatah kata Robert Kiyosaki ," banyak orang
sibuk mencari perniagaan tetapi manusia bijak 'membina rangkaian'.
Tun Mahathir sendiri dulu pernah melafazkan " jika satu hari nanti saya nak berniaga....
maka perniagaan yang akan saya ceburi adalah Multi Level Marketing ( MLM ).

                                       
duduk diam-diam dapat duit,pelaburan, pelaburan lebur, investment, pelaburan senyap, multi level marketing,mlm, robert kiyosaki, Tun Mahathir,

Sebaliknya investment/pelaburan mereka boleh buat dalam senyap. Mereka akan
sanggup keluarkan duit bawah tilam yang mereka simpan. Jangan tak tahu, orang kita
sebenarnya masih ramai yang menyimpan duit di bawah tilam untuk kecemasan. Serius.
Mereka tak masuk pun duit tu ke dalam bank. Pengalaman sendiri menbuatkan saya
terpaksa menelan kenyataan pahit ini. Peduli apa pada integriti ? Semua itu bukannya
boleh dimakan. Bukan boleh membuatkan orang kita menerima pingat atau gelaran dato.
Orang keliling tak perlu tahu. Tak perlu kongsikan peluang pada orang lain. Untuk apa ?
Aku boleh kaya sorang-sorang. Boleh buat untung big time. Malah mereka boleh berbangga
dengan pujian dari masyarakat yang melihat taraf kehidupan mereka meningkat dengan
penuh bergaya. Dan andai pelaburan mereka 'lebur' sekali pun tak ada apa yang perlu
mereka malukan, kerana tiada siapa yang tahu.

Mungkin mereka terlupa tentang sebuah hadis nabi yang menyebutkan bahawa
 ' 9 dari 10 pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan .'
Oh bangsa ku.