Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Purchea la bo quea abea qua

Rojak petis yang aku makan semalam memang sedap. Pedas, lemak, masam,manis semua terasa.
Ditabur pulak dengan kacang tanah yang dikisar separuh kasar.......ermmm memang yummy. Macam biasalah air tangan aku mesti letak cili padi. Tak ada cili apa pun tak sedap yop. Err..sebenarnya aku tak buat pun. Aku beli kat simpang jalan. Balik rumah cuma aku tumbukkan cili aja.Aku duduk kat meja bulat mengadap tv sambil menyuap rojak petis ke dalam mulut. Selang 5 minit kemudian aku terdengar bunyi motor menghampiri kawasan rumah dan tepat, anak aku Farouk balik - baru lepas menghadiri rumah terbuka kawannya.



Lepas bagi salam, dia terus menyanyi ' ♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪purchea la bo quea abea qua..♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪.,purchea la bo quea abea qua,♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪purchea la bo quea abea qua,♪♫•*¨*•.¸¸♥ ¸¸.•*¨*•♫♪
tangannya cuba mengambil garpu rojak petis yang ada dalam pinggan aku. Aku pun......terus...,slap. Pap !!
" What's wrong ? Why you slap me mom ? Abang cuma nak rasa rojak mama aja..."
Farouk protes terkejut. Aku telan air liur. Tiba-tiba aku rasa tergigit cili padi. Pedas. Laki aku yang sedang baca surat kabar, tenung muka aku sambil cermin mata diturunkan ke paras hidung.

" Kut iya pun nak nanyi tak usah jerit lagu tu kat telinga mama. Sakit telinga tau tak."
" Ngapa ?" Farouk tanya lagi.
" Tau tak maksudnya apa ?" aku bingkas bangun cari air sejuk. Tekak rasa pedas, lidah rasa terbakar dan rasa pijar meresap masuk ke dalam hidung.
" Kenapa ? Apa maksudnya ?" laki aku pulak tanya.
Aku minum air sejuk cepat-cepat....
" Can i make love with you tonight...... Puas hati ? "
Laki aku tersenyum dan kenyit mata. Farouk berlari panjat tangga naik ke bilik.
Chit !
                                                     
maksud , maksud Purchea la bo quea abea qua, roajk petis, can i make love with you tonight, cili api, pedas, pijar, lagu the voice

       Yang ini confirm bukan rojak aku. Aku cedok dari google.

Note : Sila cari kat google ya bahasa apakah itu. Tapi salah seorang peserta wanita dari group Adam Levine dalam The Voice ada menyanyikan lagu ini dalam persembahannya. Persembahan rock ballad yang hebat, mantap dan menyengat cuma maksudnya aja yang tak berapa nak sedap didengar. 

No comments:

Post a Comment