Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa ni dik ?

Bila berniaga buat lah cara berniaga. Jadilah peniaga online yang jujur dan amanah serta responsif pada pertanyaan pelanggan. Jangan masa nak masuk duit ..,laju je sms akaun no.....bila ada masaalah bagi alasan ; " saya cuma buat dropship aja kak, talipon tertinggal kat rumahlah, emak sakit la, akak tersalah sms produk la, akak tak bagi alamat penuh la...bla,bla,bla. Bagi reference no Pos Laju, bila check berulang kali...haram tracking number tu tak ada dalam list. Apa ni dik ? Adik ingat akak baru belajar hidup ke ?


Kalau diikutkan hati nak aja print screen semua message dia yang ada di hp ni, meluat nya tak boleh nak cakaplah. Tapi fikir- fikir balik pasal RM 40 je pun. Aku tak faham sesetengah peniaga online ni, bila minta no akaun untuk transfer duit laju aja sms. Lepas tu haram tak ada respon barang dah pos ke belum ke, sms tracking number pada kita, kalau terlewat pos kata terlewat, kalau tersilap mengaku tersilap. Ini banyaknya ramah dan 
' berdear-dear' bila nak terima duit aja. Kata dah terima duit....,bahasa sms terus kasar. Aku pun pa'kal aja menolong anak yang baru nak belajar berniaga dan kebetulan stok sendiri pulak dah habis terpaksalah outsource tapi gini rupanya cara dia orang melayan pelanggan. Bila letak gambar amboi manisnya muka...memang boleh buat hati terpaut untuk berurusan dengan dia orang tapi bila dibagi peluang untuk berniaga..caranya sangatlah tak kena.

Mulut aku biasalah macam Mak Jemah membebelkan si Farah supaya jangan buat kesilapan yang sama bila berurusan dengan customer. Memang not all the time customer is right but most all the time they always right. Ikutlah macam Rizi biz, tu lepas aja terima duit terus antar notification thank you to customer dan beberapa jam lepas tu terus hantar tracking number. Tak kiralah order tu datang dari yang buat dropship atau direct clients. Cepat, pantas dan responsive dalam berurusan. Itu baru cara orang yang nak berniaga. Bila kebetulan barang habis stok , Rizi biz terus bagi pilihan nak tunggu stok baru atau nak refund. Kalau nak refund lat beberapa jam terus transfer kat bank kita. Habis cerita. Servis dia memang cekap. Arghh...jangan risaulah ini bukan adventorial. Ini hasil pengalaman sendiri bila buat oursorcing.

Ini blog anak aku ( promote sikit ) ...korang rasa nak jengah pergi lah jengah. Farah ni masih belajar lagi kat PIIC Puchong dalam ' Diploma In Risk Managemant '. Aku memang galakkan dia belajar berniaga sebagai tambahan dan awalan kepada apa yang dia belajar sekarang. Lagi pun boleh tambah duit poket dia sendiri. Hehehe..kuranglah sikit aku kena bagi duit. Xpe pelan-pelan ya nak, janji jadi peniaga yang beretika.