PETUA ?
Di
zaman moden ini ramai yang semakin tidak peduli dengan kewujudan
petua-petua lama. Penyelesaian/ permasaalahan sesuatu perkara lebih
banyak dirujuk kepada yang pakar, kepada sumber yang sahih kaji selidiknya.
Orang sekarang menyelesaikan masaalah dengan duit. Bukan dengan
menggunakan petua. Mengamalkan petua lama bukanlah pilihan, apatah
lagi belum tentu soheh dari mana datang dan
puncanya. Petua hanyalah
rakaman pengalaman orang dulu-dulu dan tidak pernah dibuat kajian
saintifik
di situ.
Sebenarnya
tidak lah sesusah mana jka kita mau mengamalkan petua
orang tua-tua. Kerana 'petua yang diturunkan sejak berzaman', sebenarnya
adalah lebih tua dari orang tua-tua yang mengamalkan petua. Ia memudahkan
pekerjaan malah memberikan dimensi yang berbeza .pengalaman.
Sebenarnya menjadi orang tua ni indah. Indah dengan berbagai
pengalaman yang meceriakan kehidupan. Menjadi tua tetapi sihat, dapat
menyeimbangkan antara keperluan kehidupan dan keperluan beribadah,
dapat menjadi kawan baik kepada anak-anak, dapat mengeratkan siratulrahim
sesama manusia,dapat menjalani kehidupan yang berkualiti , adalah satu
rahmat dan nikmat. Bertambah nikmat jika dapat mengamalkan petua-petua
lama di dalam zaman yang serba moden, ini kerana kebanyakan petua lama
adalah percuma !!! Diulang PERCUMA.
Seseorang
itu dipanggil tua apabila rambutnya mulai memutih, giginya
mula tanggal, matanya mula kabur, kulitnya mula berkedut dan kehilangan
seri. Dan ia mula hilangan kecergasan untuk melakukan aktiviti harian yang
disukainya.
Yang bernasib baik, masih kekal kelihatan muda pada perwatakan,
mungkin
pada kulit wajah dan tubuh, tapi tetap rambutnya akan mulai memutih.
Sementara
'tua' yang lain pulak, mungkin rambutnya mulai beruban tapi giginya
masih
tetap tahan dan tenaganya masih kekar seperti zaman mudanya.
Sesungguhnya
itu semua rahmat dan kelebihan dari Allah kepada
hamba-hamba pilihanNYA yang melalui hari tua, agar mereka terus
mensyukuri nikmat dan menghargai pemberianNYA.
Ok,kita kongsikan beberapa petua di sini :-
1.
Petua gigi tahan lama dan tetap cantik walau anda sudah menginjak
ke usia tua ?
-
Bila buang air besar terutamanya sewaktu nak meneran pastikan
anda
menggigit hujung tuala. Amalkan selalu. In sya allah gigi tidak
akan mudah patah dan tetap cantik bentuknya walaupun anda semakin
tua. ( Sesekali sakit gusi tu mungkin,
namanya juga orang udah tua )
2. Petua hilangkan karang gigi
Amalkan berkumur-kumur dengan air garam 2 - 3 kali dalam
seminggu selepas memberus gigi.
Ini akan membuatkan
karang gigi luruh dengan sendirinya tanpa perlu membayar $$$$
kepada doktor gigi.
3. Petua
untuk mencantikkan betis bagai bunting padi.
-
Biasakan memijak tangga menggunakan hanya 1/3 dari bahagian
kaki depan ( tiptoe ) anda. Jangan pijak tangga dengan menggunakan
seluruh permukaan tapak kaki anda. Amalkan selalu, latihan ini bukan
saja menguatkan saraf dan keting tapi bahagian betis juga menjadi
lebih kuat dan cantik bagai bunting padi.
4.
Petua untuk mempercepatkan bayi anda berjalan.
-
Bayi mula berjalan jatuh seawal usianya 8 bulan tapi apa kata jika
bayi
anda sudah berusia 14 bulan tapi masih belum mahu berjalan
jatuh ? Tentu anda merasa bimbangkan ? 1 petua yang mujarab
di amalkan ( setakat hari ini lah ) bagi mengatasi masaalah anak-anak
yang
lambat berjalan ini adalah dengan mengosok-gosokkan tapak
kaki anak anda
ke rumput pada setiap pagi. Mulakan dengan basmalalah
dan selawat.
In sya allah tak berapa lama anak mula mahu bertatih.
5. Ingin kulit bayi anda halus dan isi badannya keras ?
( Jangan hantar anak kecil anda ke gym
hehe..... )
- Cuba bagi bayi anda makan beras pulut.
Paling senang Nestum
beras merah. Dan lihat perbezaannya sendiri. Isi badan mereka akan
keras dan bayi menjadi lebih tahan lasak.
6. Ingin bayi anda cerdik
dan lasak.
- Sesekali bergurau dengan mereka dengan menonggengkan bayi
bayi anda pada posisi kepala
ke bawah kaki ke atas. Pegang kaki untuk
selama 1 minit sebelum
menukar posisi mereka kepada asal. Jangan
terkejut..., walaupun bayi anda
berada dalam kedudukan tertonggeng
/ upside down sekali pun, andai anda menghulurkan botol susu, mereka
akan tetap boleh menghisap tanpa tumpah setitis pun. Dengan kata
lain susu tetap masuk ke perut.
Latihan begini sebenarnya menyebabkan
oksigen turun dengan
sempurna ke otak. Dan tujuan pergerakan yang begini sebenarnya
dapat merangsang sistem vestibular bayi dan meningkatkan
kebolehan
keseimbangan mereka.
Sesekali boleh guling manja bayi anda dari
peha hingga ke kaki.
Latihan ini perlu dibuat dalam keadaan anda melunjur kaki. Kebaikannya
bayi bukan setakat cerdik,malah tahan lasak dan tidak mudah sakit.
Tak semua ibu bapa mampu/tega melakukan bayi mereka
dengan latihan yang begini.
- Jika sewaktu mengandung anda rajin tidur sebelah arah dan tidak mengalih
posisi tidur,kemungkinan bayi yang dilahirkan akan teleng lehernya ke sebelah
arah. ( Mengikut arah ibunya tidur sewaktu mengandung dulu ). Bayi sudah
biasa tidur sejak dalam kandungan lagi. Jika rawatan mengurut dan terapi
doktor belum dapat memulihkan leher bayi yang teleng, mungkin anda boleh
mencuba petua ini :-
Sewaktu mandi sila gunakan gayong. Jika bayi anda teleng di sebelah kanan,
baca selawat 3 kali dan raupkan @ gerakkan gayung dari sebelah kanan ke
tengah tengkuk bayi anda 3 kali. Kemudian ganti pergerakan dari kiri ke kanan
pula. Begitu juga jika bayi anda teleng ke kiri. Mulakan pergerakan petua dari
arah kiri. Buatlah dengan yakin dan sabar. Jika Allah izin, sembuhlah teleng bayi
itu nanti.
AMARAN :
Buat di atas risiko sendiri. Petua ini saya tuliskan hasil rakaman pengalaman
sendiri.Mungkin sesuai dengan saya tapi tak sesuai dengan orang lain. Jadi
sendiri kena ingatlah.
No comments:
Post a Comment