Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Atasi masaalah tertelan objek

Dr Hanafiah Bashirun penulis ruangan DOKTOR KECEMASAN menulis
di Metro Ahad keluaran 23hb November 2014 menuliskan yang kejadian tertelan
objek /bendasing boleh berlaku kepada sesiapa saja samaada kanak-kanak atau
pun orang dewasa. Namun tidak semua objek yang ditelan mengakibatkan
komplikasi ataupun memerlukan pembedahan kecemasan. Hampir 80 peratus
kes yang tertelan bendasing tidak menerima rawatan sebaliknya hanya pemerhatian
di rumah.

Melalui rongga mulut bendasing akan bergerak memasuki rongga saluran
pencernaan ataupun melalui ruangan pernafasan. Dan sekiranya bendasing itu
tersangkut di ruangan pernafasan, rawatan kecemasan perlulah diberikan dengan
segera.

Simptom yang objek asing ini mula memberikan masaalah adalah bila mereka
mengalami sesak nafas seakan-akan bunyi bersiul. Bunyi itu adalah disebabkan
radang yang berlaku secara serta merta apabila objek asing ini berada di saluran
pernafasan. Radang yang berlaku secara berlebihan menyebabkan saluran
pernafasan menjadi sempit dan akan menyebabkan bekalan oksigen yang sampai
di otak berkurangan,lalu boleh mengakibatkan komplkasi yang tidak diingini.

Malangnya bendasing yang aku telan ni dah setahun lebih bersarang kat tekak
aku dan sehinggalah sekarang aku masih tak jumpa apa puncanya walaupun
dah pegi jumpa doktor pakar berkali-kali, tak jumpa jawapan. Aku boleh rasa ia
mencucuk-cucuk di tekak malah kadang-kadang menghiris dengan pergerakan
ke atas atau ke bawah atau sesekali mencengkam anak tekak aku dengan kuat.

Ahhh.....lantak ko lah. Malas aku nak layan..................
La Hawla Wala Kuwata Illa Billah Hil Aliyil Adzim.

No comments:

Post a Comment