Ramai yang tercari-cari cara mengendalikan prospek dan tertanya-tanya,
'apa persediaan yang perlu saya ada sebelum menemui prospek'. Okay,
kita terus kepada topik.
1. PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU DAN BUAT.
- Senaraikan prospek anda.
Gambar dari Google
- Pilih prospek anda dengan teliti. Jika boleh, elakkan yang berfikiran negetif
bimbang kerektor mereka mempengaruhi mind setting anda.
- Persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang produk yang anda pasarkan.
( Jual fungsi dan kelebihan plan pemasaran syarikat anda. Jika ada beberapa
bonus yang ditawarkan dan anda bimbang tidak mampu menerangkan, paling tidak
hafal basik saja - iaitu, direct sponsor bonus dan fokuskan berapa yang dia boleh
dapat dari sini.)
- Jangan terlalu membuang masa kepada prospek anda. Pastikan masa yang diambil
untuk penerangan hanyalah lebih kurang 20 minit saja. Jika setengah jam bererti
anda telah menggunakan terlebih masa yang patut diuntukkan kepada prospek
yang lain.
2. TIPS BILA BERDEPAN DENGAN PROSPEK.
( Apa yang perlu anda lakukan ? )
- Lapangkan hati, tenangkan fikiran. Baca basmallah dan jika sempat baca dalam hati
ayat 3 Qul. Bina keyakinan dan kekuatan anda serta keluarkan karisma anda.
- Mulakan sesi dengan menjadi pendengar yang bagus. Hargai mereka dan tanyakan
pendapat dan pandangan mereka berkali-kali, ( # ya betul, ya betul ). Mengiakan,
jika pandangan mereka positif dan bernas. Ulang beberapa kali sehingga prospek
dapat merasakan yang anda memihak kepadanya, oleh itu ia membuka ruang yang
lebih selesa untuk anda dekati.
- Bina imej profesional dan keluarkan aura karisma dari diri anda. Isyarat yang betul
hendaklah disampaikan kepada prospek yang anda, adalah seorang yang mahir dan
berpengetahuan dalam bidang network marketing.
- Jelaskan kuasa perniagaan dengan keuntungan secara leverage
( pendapatan pencen ), yang pasti diperolehi jika mereka menceburi network
marketing.
- Leveragekan kekuatan serta teknologi IT. Inilah masanya mengaplikasikan
kemudahan dunia tanpa sempadan. Network marketing boleh diurus dari mana
saja - hanya dihujung jari. Kini kerja-kerja pemasaran boleh dilakukan dengan
lebih mudah, cepat dan berkesan.
- Jelaskan kepada mereka yang perniagaan secara 'Network Marketing' ini adalah
perniagaan yang boleh dilakukan secara ' family business '. Malah ianya boleh juga
boleh diwariskan kepada anak-anak mereka satu hari nanti.
- Beritahu prospek yang kelebihan Network Marketing, iaitu tidak perlukan masa yang
lama - 8 jam misalnya. Sebaliknya cukup berbaloi jika memberikan masa selama
2 - 3 jam yang berkualiti dalam sehari. Masa yang berbaki boleh digunakan untuk
mengurus keluarga dan mungkin menjalani aktiviti rutin yang mereka minati seperti
ke gym, meluangkan masa bersama kawan-kawan dan aktiviti riadah yang lain.
- Jelaskan kepada prospek yang ' Network Marketing ' adalah satu-satunya jalan
yang paling mudah untuk keluar daripada masaalah kewangan mereka atau sebagai
salah satu jalan untuk menlangsaikan hutang. Perniagaan ini boleh dimulakan
dengan modal seminimum mungkin hampir tiada risiko. Sementara keuntungan pula
sangat tinggi.
- Berikan solusi atau gambaran yang positif bagaimana mudahnya menjana pendapatan
antara RM 1000 - RM 3000 sebagai pendapatan sampingan sebulan. Ianya semudah
ABC. Apa tah lagi jika mereka melakukannya lebih serius dari itu pastinya, pendapatan
berlipat kali ganda.
- Beritahu mereka bertapa mudahnya menjalankan perniagaan ' Network Marketing ' ini.
Prospek ada di mana-mana. Anda boleh menukar suri rumah, pelajar, pesara pencen,
apa tah lagi mereka yang sentiasa 'mencari peluang perniagaan' terbaru. Mereka ini
adalah prospek yang boleh ditukarkan untuk menjadi sebagai rakan niaga anda.
Akhir sekali, pergilah tanpa harapan tapi pulanglah dengan kejayaan.
Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment