Aku memang kerap terlewat menulis sesuatu perkembangan semasa yang berlaku .
Kebanyakan masa memang aku tak tulis langsung pun. Bukan kerana aku tidak mengikuti
perkembangan, sebaliknya dah ramai yang menulis kisah tersebut. Jadi aku mengambil
keputusan untuk menjadi pembaca saja. Aku hanya menulis apa yang aku tau. Itu saja.
Dan satu hari selepas GAZA diberitakan diserang sekali lagi oleh Isreal
( seingat aku hari ke 2 ), whatsapp aku tetiba menerima mesej...........................
" Kak, Nimie nak daftar jadi sukarelawan ke GAZA ni. NGO mana yang perlu Mimie
daftar ya kak ? " Tercengang aku baca mesej dia di whatsapp.
Apa sal pulak dia tanya aku ? Hari ke 4 GAZA diserang Nimie whatsapp aku lagi,
" Kak, tolong la. Jangan senyap aja. Kongsilah pengalaman akak waktu kat sana dulu.
Akak daftar melalui NGO mana waktu pergi dulu ? "
Gambar dari Google
Ek..eh, siapa pula yang dah sampaikan pada dia yang aku dah pergi sana ? Kacau nih.
" Nimie setahu akak untuk bantuan ke GAZA ada beberapa NGO yang aktif
menyalurkan bantuan ke sana. 1 - AMAN PALASTINE. 2 - Yayasan Keamanan
Perdana Global Malaysia (PGPF) yang diterajui oleh Dr. Chandra Muzaffar dan Tun M.
Si A*** kan ada disitu. Nimie kan rapat dengan A*** cucu Tun. Tanya ajalah dengan
dia macam mana nak daftar dengan PGPF. 3. - Daftar aja dengan Kelab Putera
1Malaysia, kelab ni pun aktif melaksanakan misi kemanusiaan ke GAZA.
Siapa bagitahu Nimie ......., yang akak pernah pegi sana ? "
Dia diam. Tak menjawab whatsapp aku kecuali, " ok kak, tq. Tq."
Aku sebenarnya kagum melihat semangat persaudaraan dan keberanian yang
ditunjukkan oleh para sukarelawan dari Malaysia. Jika diberikan keizinanan aku
pun ingin menyertainya. Tapi nampaknya jihad aku lebih diperlukan di sini.
Tanggungjawab aku menjaga anak-anak yang masih kecil, yang masih bersekolah dan
yang masih perlukan penjagaan seorang ibu. Mungkin satu hari nanti apabila semua
semakin 'teratur', aku boleh menyertai mereka sebagai sukarelawan di GAZA.
Di whatsapp, macam-macam berita dan up date mengenai GAZA diterima. Bagi aku
hanya ada satu jawapan , " bila janji Allah sampai....Israel akan tetap binasa dan tidak
akan ada satu tempat pun di muka bumi ini untuk mereka berlindung. Palastin akan
kembali kepada Palestin. Al-Quran telah terlebih dahulu menceritakan kan kisah ini
di dalam Al-Isra ayat 4 - 7. Cari, baca, fahamkan, terjemahkanlah sendiri. Tabahkan
hati dan janganlah gundah. Memang senjata mukmin yang terbaik adalah DOA. Takutlah
pada doa orang yang teranaiya. Takutlah pada doa orang yang dizalimi. Takutlah pada
doa jemaah islamiah. Kemenangan islam kepada Israel itu pasti. Hanya menunggu masa.
Dan bukan tidak mungkin serangan GAZA pada kali ini adalah untuk mengalihkan
perhatian kepada isu kewangan dunia yang semakin meruncing. Iaitu bila emas hitam
semakin melimpah di bumi arab. Bila Iraq kembali kepada asal. Bila negara BRICS
akhirnya menjadi mini IMF, bila bank-bank cabal mula mengakhiri zaman gemilang
mereka, bila bermulanya money revaluation yang terakhir dalam sejarah tamadun dunia.
Bila emas dikembalikan takhtanya sekali lagi dan menjadi sandaran kepada matawang
dunia - menggantikan sistem kewangan fiat. Islam akan sekali lagi menguasai zaman
kegemilangannya. Kerana sesungguhnya janji Allah itu pasti.
No comments:
Post a Comment