Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kenapa dengan Iraq ?

Sejak zaman sekolah saya memang meminati sejarah Mesopotamia, kerajaan yang
menguasai 2 sungai iaitu Sungai Tigris dan Sungai Euprates. Tamadun lama yang bermula
di bumi Iraq. Kerajaan yang menguasai beberapa tamadun terawal dan terpenting dunia.
Ianya bermula dari tamadun/zaman Sumeria ( 3500 - 2500 SM ), Akkadia, dan yang paling
popular tentulah ketika tamadun Babylon mengambil tempat pada 1890 - 1530 SM.
Kemahsyuran Babylon mencapai kemuncak ketika ia diperintah oleh Raja Hamurabi iaitu
raja yang melancarkan ' Kod Undang-undang Hamurabi '. Undang-undang yang
mengutamakan hak rakyat pada keadilan. Dari tamadun Mesopotamia inilah banyak
menyumbang kepada perkembangan ilmu asronomi. Mengwujudkan sistem penulisan
yang pertama di dunia, sehingga berjaya mencipta kesusasteraan yang tertua
di dunia termasuklah kisah epik Gilgamesh. Mereka hebat dalam ilmu kejuruteraan
sebagaimana mereka bijak dalam bidang matematik.


Taman tergantung di Babylon adalah bukti kehebatan kejuruteraan mereka di zaman itu.
Taman ini dibina sewaktu era pemerintahan Raja Nebuchadnezzar 11. Ia termasuk dalam
salah satu senarai 7 benda purba ajaib di dunia. Malangnya semua itu telah dimusnahkan
sewaktu peperangan dan yang tinggal kini hanyalah Pyramid Giza di Mesir yang masih bertahan.

Kini tanah warisan Mesopatamia ini lebih dikenali sebagai negara Iraq. Negara yang
sentiasa panas dan bergolak dengan seribu satu percaturan dalaman dan antarabangsa.
Perang Teluk Parsi antara Iran dan Iraq selama 8 tahun, menyaksikan bagaimana
perbalahan bermula antara 2 negara hanya kerana berebutkan kawasan sempadan.
Ia diburukkan lagi dengan keterlanjuran Saddam Hussein untuk meluaskan wilayah
pemerintahan dengan menyerang Kuwait pada 1990 yang mengakibatkan dinar Kuwait
jatuh merundum kepada USD 0.30/kwd. Sementara dinar iraq sendiri yang pada
asalnya bernilai USD 3.20/iqd mengalami kejatuhan yang amat teruk bilamana Iraq 
diserang oleh negara pakatan barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat.

Sekatan antarabangsa yang dikenakan ke atas Iraq melarang negara itu untuk
mengeksport minyak kecuali untuk  ditukar kepada makanan, pakaian dan ubatan. Hasil
petrolnya dibekukan sehinggalah ke satu tarikh yang ditentukan oleh badan dunia
untuk diserahkan semula pada kerajaan campuran yang boleh mengwujudkan stabiliti
politik di negara itu dan rantau Asia Barat. Ironinya jika diktator Saddam Hussin berjaya
menyatukan 3 kelompok puak terbesar di Iraq iaitu Sunnah, Syiah dan Kurdish....., selepas
kematiannya kelompok ini tidak pernah dapat bersatu dan sepakat dalam pernyataan
kenegaraan mereka. Syiah kini mendominasi pemerintahan Iraq yang disokong kuat oleh
Iran. Sementara Kurdish yang disokong oleh Turki sudah mula mengugut untuk keluar dari
Iraq. menyimpan hasil minyak di bank Turki dan menuntut lebih banyak hak untuk
mendapatkan kuasa autonomi sendiri.

Dan disebalik kemelut antara puak, bangsa Iraq memang terkenal sebagai bangsa yang
cepat bangkit dari peperangan. Mereka sangat terdidik dalam membina semula negara
dari serpihan perang. Walau campurtangan asing seakan menjadikan kerajaan boneka
di Iraq,  tapi hakikatnya negara itu bukanlah negara yang mudah diurus oleh US.
Pemimpin negara ini memang terkenal dengan kemahiran 'mengundur-undurkan
waktu' bila berdailog. Mereka licik dalam berpolitik, sesuatu yang diwarisi sejak
zaman berzaman.

Walaupun sekatan antarabangsa melalui Chapter 7 telah dilepaskan oleh badan dunia
UN, tali pedatinya masih dipegang oleh US, IMF dan beberapa badan dunia yang lain.
Masih mampukah Iraq melepaskan diri dari cengkaman kuasa besar ini ? Percayalah Iraq
masih mewarisi kehebatan zaman lampau Mesopotamia mereka. Hasil petrol dan gasnya
diberitakan mampu bertahan untuk selama 150 tahun lagi. Malahan produksi petroleum
nya adalah yang ke 2 terbesar selepas Arab Saudi, dan yang pertama di dunia bagi
penghasilan gas asli. Sebaliknya segala jenis lombong dan hasil logam terbenam di Iraq.
Bumi Iraq bukan saja menyimpan lombong terbesar bagi emas, malahan juga berlian,
sulfur, natrium, paladium dan logam dunia yang lain. Buat masa ini paladium adalah
logam termahal dunia dan harganya mengatasi harga emas. Dan inilah aset penentu
kepada kenaikan semula dinar Iraq tidak lama lagi. Faktor kestabilan politik akan dapat
kita saksikan dalam sedikit hari.

Pemberontakan ISIS telah tamat. Iraq Stock Exchange telah memulakan operasinya sejak
1hb Julai 2014. Sementara Wilayah Kurdistan akan mempunyai Stock Exchange mereka
sendiri dan bakal memulakan operasi mereka pada 1hb Ogos ini. Jika kita gunakan Google
Earth kita akan dapat melihat kapal-kapal dagang yang telah mula berlabuh di pelabuhan
mereka dan menanti waktu untuk menurunkan dagangan di sana. Itu semua adalah
mustahil sekiranya Iraq masih dalam zon bahaya. Terbaru tanker minyak dari Wilayah
Kurdistan telah melabuhkan sauhnya di Gulf of Mexico Texas, itu adalah petanda
yang negara itu telah melepasi semua sekatan antarabangsa dan bersedia untuk
kembali ke persada dunia.

Iraq adalah tempat pelaburan yang amat berpotensi disebalik risiko yang ada. Pepatah Cina
ada mengatakan ; 'tempat yang paling menguntungkan bila berniaga adalah tempat yang
paling berisiko.' Soalnya, beranikah kita ?
Tapi kerajaan China memang berani ..............................

                                               
pelaburan di iraq,pengeluaran minyak dan gas di Iraq,Petronas di Iraq, carigali di iraq,kapal minyak kurdistan, logam emas, emas,paladium, berlian, carigali minyak, gas asli. iraq moden, nuri al maliki, presiden iraq, perdana menteri iraq
Taman tergantung di Babylon

No comments:

Post a Comment