Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Puding tapaiku musnah

Pernah dengar lagu ' pelamin anganku musnah ' dengan Aize yang cukup memikat satu
ketika dulu ? Haa....entri kali ni bukan bertujuan atau mempunyai cerita yang sewaktu
dengannya tapi sekadang entri tentang puding tapai. Puding tapai ?????

Alkisah, satu petang pada puasa hari ke 5, tercari-cari le apa yang nak dimakan untuk
juadah berbuka.....,buka fridge nampak le tapai ubi. Aku memang favorite makan tapai.
Tapai pulut ke tapai ubi ke...., sama sedap jika masuk ke tekak. Tapai ni sebenarnya
aku beli dah 2 minggu sudah.

2 minggu ????
Ya cik kak, 2 minggu. Konon simpan dalam fridge nak bagi sejuk...hingga la puasa
sampai tak juga tapai tu aku makan, sebab terlupa. Oleh kerana aku kesiankan tapai
tu membazir, konon nak berkreativiti sikit. Buat puding tapai menggantikan puding
kramel.

Sekejab je, buat puding tapai ni. Tak sampai 40 minit dah siap kukus. Kami pun
menunggu masuk waktu berbuka. Anak-anak aku dengan muka tak sabar mengambil
piring dan sudu masing-masing dan mula memotong puding tapai tu
( cehhh....ayat skema. Huh abaikan ).

Masuk azan je, habis baca doa masing-masing suap puding tapai tu ke mulut,
lepas tu....................................................,
" Eeik..., apa puding tapai mama kali ni rasa gas ?" Tasha meluah perasaan.
Dia komplain. Dia komplain sudah. Aku buat muka tak faham,walau lidah aku
pun mula rasa bergas ( tapai dah 2 minggu tu..ahaks ).

Penyudah cerita semua anak-anak makan suku potong je. Nasib baik tak ada
yang sakit perut kan ?

Hancus sudah puding tapaiku. Hermmm.................

                                   
Puding tapaiku musnah.


No comments:

Post a Comment