Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Harimau

Ini kes betul-betul tak ada entri lah ni.
Hari ni tak ada kerja, tak ada kes, tak ada nak jumpa client, tak ada idea nak up date
entri, walaupun dah siapkan bullet dan tajuk-tajuk - semuanya sekerat-sekerat dan save
dalam post entri jer. Hari ni hari penat. Nak berehat-rehat di rumah saja. Hari untuk
baca majalah dan blogwalking errr...., itupun kalau line terus elok macam sekarang ni lah.



Harimau, zodiak ke 3 dalam kitaran 12 haiwan dalam zodiak Cina. Ikut zodiak Cina ni,
harimau pun ada dalam berbagai kategori. Harimau api la, harimau kayu la, harimau air la,
harimau tanah, harimau logam. Ahh.....yang penting aku bukan dalam zodiak rimau.

Ok, jom kita tengok kerektor si harimau ni :-

Walaupun garang, masih bukan raja di hutan.....hehehe - kesian.
Macam mana pun mereka yang dibawah zodiak macan/harimau ni memang dilahirkan
sebagai pemimpin. Mereka memang power dengan cara tersendiri untuk menegur orang
lain mengikut kehendak dan arahannya. Harimau masih zodiak yang amat menyenangkan
bila bergaul ( ingat cerita harimau kena tipu dengan sang kancil ? ) . Waktu tu dia sunyi
sangat lah tu sampai bergurau senda dengan kancil, last-last kena tipu juga. Kesian kau
rimau, sepandai dan sehebat kau kena tipu juga.

Tapi jangan nak peleceh dia lah kan, bodohnya hanya sesekali. Kebanyakan masa
mereka yang duduk dalam zodiak harimau memang sangat berhati-hati dalam berurusan.
Teliti dalam pekerjaan, mahir dalam tipu daya juga. Bila berurusan dengan orang yang
berzodiak rimau ni kita hendaklah berhati-hati. Kerektor mereka kadang-kadang ada
juga moodynya, kadang ingin bersendiri, kadang mudah rasa tertekan dan tidak terkawal
emosi.Tapi merekalah pengawal yang paling hebat dan tidak takut untuk bertarung demi
kebaikan pasangannya.

Nak tau apa sebenarnya harimau dalam zodiak orang putih ? Pisces. Susah nak
dipegang susah nak diperangkap. Kuss semangat, nasib baik aku bukan harimau, nasib
baik aku bukan Pisces. Aku singa yang sanggup perhati ikan tu bermain-main depan mata.
Tunggu ikan tu leka, aku nak campung dengan telapak tangan singa yang besar dan kuku
nya yang tajam....., hirup ikan tu hidup-hidup masuk ke dalam perut. Tapi kalau mata aku
dah penat dan sakit tengok ikan-ikan tu bermain depan mata......nak mudah kerja, aku
pasang bubu je. Ahaks.
                                         
                       Agak-agak boleh tak aku kerja sebagai penjinak harimau di zoo ?

                                              Kira boring tahap gaban la hari ni.

Takut tak ? Kira boring tahap gaban la nih.

Memang tak ada kerja aku hari ni kan ......

Kalau korang pun sama boring macam aku hari ni. Gi jengah-jengah ke imikimi.com
untuk dapatkan frame-frame yang berkerektor cam yang aku tayang kat sini.
 Wokey, salam sabtu dan selamat berhujung minggu.