Minggu ke 2 cuti sekolah, barulah boleh berjalan sebab semua anak-anak
dapat ikut sekali. Seronok rasa bila semua dapat ikut. Tak de lah rasa ada
yang tertinggal. Kami memulakan perjalanan hari jumaat dengan jalan-
jalan cari pasal ? Ehh.., bukan. Jalan-jalan cari makan kat rumah orang
yang buat kerja kenduri kawin ( kakak angkat aku merangkap nanny yang
menjaga anak-anak
aku satu ketika dulu ). Seronok ler.
Lepas 10 tahun
berhijrah ke Selangor bila balik semula berjumpa mak angkat depa, anak
-anak aku semua dah besar. Yang baru 17 Tahun pun dah nampak macam
bapak orang . Semua tu buat Kak Kas dan Abang Yassin terkejut.

