Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pandang ke Iran


Di saat kebanyakan spekulator menghala ke Iraq dan memerhati perkembangannya,
ramai yang terlepas pandang pada situasi politik yang melanda Iran. Landscap politik
antarabangsa sedang berubah di depan mata tanpa ramai yang peduli.


Apa ada dengan Iran ?


Nilai wang sebelum sekatan yang dikenakan disebabkan program neuklearnya adalah 
USD 3.20/Riyal Iran @ RM 11. 5160 ( jika dikira mengikut nilai tukaran sekarang ) untuk 
setiap Riyal Iran. Tapi selepas konflik nilai matawangnya merosot teruk disebabkan oleh
sekatan dagangan dan matawang oleh Amerika dan sekutunya. Namun sekiranya sekatan
ke atas negara ini diangkat semula, mata wang negara ini mampu memberikan keuntungan
yang lumayan kepada para spekulator atau pemegang mata wangnya.

                                       
riyal iran, iran, sekatan ekonomi ke atas iran, nilai riyal iran, riyal iran terkini, berita riyal iran, mata wang iran
Riyal Iran


Tak ramai yang sedar tentang potensi matawang ini . Tetapi beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan perubahan cuaca politik di mana rundingan antara Iran dan kuasa besar telah mula
dibicarakan lagi secara terbuka dan menjadi lapuran di media masa ( jika sebelum ini rundingannya
dilakukan secara senyap  )

Mengikut sumber berita, Iran sudah mendapat sokongan dari UN dan Negara Kesatuan 
Eropah malah Setiausaha Negera US sendiri John Kerry bersetuju memberikan sokongan padu 
untuk pelepasan Iran dari sekatan dengan syarat Iran berhenti memajukan program neuklearnya.

Sokongan untuk melepaskan sekatan Iran diterima kerana :-

      1. Iran telah menunjukan minat untuk menyambung semula rundingan yang tertangguh 
    dan telah diberi masa untuk menandatangani perjanjian sehingga hujung bulan Jun ini.

2. Menghargai jasa-jasa Iran yang membantu memerangi ISIS di Iraq

3. Iran adalah negara pemegang iqd ke 3 terbesar dinar Iraq

4. Iran memang mempunyai pengaruh ke atas pemerintahan Iraq sekarang yang diterajui oleh 
puak syiah. Dengan kata lain hubungan Iran dan Iraq berada dalam landasan kelompok yang
sama, iaitu kedua negara ini diterajui oleh fahaman mazhab syiah.

5. Harus kita faham Iran adalah Negara Timur Tengah yang stabil dan tidak pernah 
menerima ancaman dari ISIS. ( Walaupun sekarang ISIS sudah ditolak ke Yemen dan 
mungkin bakal diberi laluan untuk mengkucar kacirkan Iran. ) Iran juga tidak pernah goyang
dengan ancaman dan sekatan ekonomi dan matawang yang dikenakan oleh UN, US dan sekutunya.

6. Dengan melepaskan Iran dari sekatan, sekurang-kurangnya US dapat sedikit jaminan yang
program neukelar Iran tidak akan membahayakan negara anak emas US, iaitu Israel. Dan
Iran juga mungkin boleh dipujuk untuk berhenti dari menyokong Pejuang Hizbullah.

Tapi yang lebih penting serta fakta yang menakutkan US ialah Iran sudah diterima menjadi 
negara founder/pengasas  kepada Asia Infrastructure Investment Bank ( AIIB ). AIIB Bank
yang diilhamkan oleh China dan Rusia ini berupaya membayangi fungsi IMF dan lebih buruk lagi bakal mendominasi pengaruh US kepada pegangan ekonomi global. Dan ini adalah antara penyebab
kenapa US mula beria membicarakan rundingan baru dengan Iran dengan nada yang lebih lembut.

Dan apakah syarat dan isyarat yang Iran berikan ?

Yes, we agree. Dengan syarat sekatan ekonomi dan kewanganya ditarik sertamerta sewaktu 
Iran menandatangi perjanjian persetujuan pengekangan program neuklearnya.
  
Berbalik kepada penyertaan Iran sebagai negara founder kepada AIIB, salah satu syarat utama
penerimaan ahlinya adalah ; Negara itu mestilah mempunyai currency yang diterima pakai oleh
pasaran global. Adakah China terlalu naïve untuk menerima Iran sebagai ahli jika negara itu masih
bersekatan ? Ataupun China dan sekutunya termasuk UK dan Kesatuan EU sudah jumpa cara lain
untuk meninggalkan US bersama petrodollarnya dan kembali ke gold standard ?
Kita tengok langkah dari China yang selanjutnya.



Note :

Dan terbaru Iraq juga telah dijemput menyertai AIIB juga sebagai founder ? Iraq ??
Sebagai negara founder ?? Iraq negara yang baru lepas dari Artikel 7 tapi belum 
melaksanakan Artikel 8 ????
Hehe....fikir-fikirkan.




No comments:

Post a Comment