ada hadis yang menyokong ' keafdalan puasa di hari pertama bulan rejab.' Dik kerana
smsnya selalu lewat sampai, bertahun-tahun jugalah misi aku nak berpuasa rejab tak pernah
kesampaian. Cubalah hantar lagi 2 @ 3 hari nak puasa rejab, boleh ler aku puasa. Jadi........,
kali ni aku boleh ingat sebab Nurul dah kompang aku awal-awal. Dia kata nak puasa isnin
dan puasa rejab. Huh, alhamdulilah. Sekurang-kurangnya dah ada burung tukang tolong
berbunyi.
Hikmah puasa di bulan rejab : SILA LAH CARI DAN BUAT RUJUKAN SENDIRI
( Tapi ada setengah pendapat mengatakan puasa di bulan rejab ini bersandarkan hadis
lemah dan maudhu'. Ya ? ) Bukan bidang aku untuk membuat komen sebenarnya. Hanya
kebetulan puasa rejab kali ini bersamaan dengan hari isnin ( salah satu hari yang disunatkan
berpuasa ), jadi aku melaksanakannya kerana kelebihan dan kebersamaan puasa isnin itu saja.
Bukan imbalan yang dicari tapi keREDHAAN Allah itu lebih penting. Redha Allah penting
untuk memudahkan perjalanan kehidupan.
dosa tapi sebaik-baik amal adalah amal yang sedikit tapi berterusan. Oleh kerana aku tak
mampu berbuat banyak, maka aku cuba beristikomah dengan amal yang kecil tu. Jadilah.....
.hehehe. Justeru jelaslah iman aku ni sejujurnya hanya setebal kulit bawang merah. Kalau
kulit bawang putih tu masih tebal dan payah dikopek. Tapi kalau kulit bawang merah..,
tak payah rendam dengan air pun senang disiat.
hamba kepada Tuhannya. Korang yang lebih arif dan lebih bijak dalam agama pegilah buat
rujukan sendiri " AKU berada dalam sangkaan hambaKU. " Kalau kita kata Allah itu zalim
maka zalimlah DIA. Kalau kita kata Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengasih..., dan
itulah yang akan berlaku. Memang itu lah salah satu dari sifat ALLAH.
Jadi pada aku, puasa di bulan rejab ni, kalau pun tidak mendapat fadilat seperti yang dicatitkan
di atas, ( kerana mungkin aku tak layak untuk ke syurga MU ), tapi jika aku tidak dihumban
ke Neraka Jahanam pun dah besar rahmatnya. Dah alhamdulilah sangat tu.
Terima kasih Ya Rabb. Terima kasih kerana memakbulkan semua doa dan harapan aku
selama ini.
Sumber di bawah DARI : -
Bagaimana beramal didalam bulan ini?
a. Shiekh Mahmud Al-Sya'rawi[8] didalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakan bulan dari bulan-bulan 'am yg afdal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadis berikut diriwayatkan oleh Musnad Ahmad :
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"
"Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah saw, katanya : Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadan? Maka Rasulullah saw berkata : Jika aku berpuasa selepas Ramadan, maka berpuasalah dibulan Haram, maka sesungguhnya didalamnya dari Taubat Allah swt keatas satu kaum, dan terdapat taubat didalamnya untuk satu kaum yg lain"
Jelas disini menunjukkan bulan-bulan haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan Allah swt didalam bulan-bulan ini.
b. Bekas Mufti besar Arab Saudi, Shiekh Abdul Aziz Bin Baaz apabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, Beliau menjawab [9]:
"Bulan Muharam dari segi syara' dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya'ban, disana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil disan keatasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA ber'itiqad yg khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah."
Bagi bulan Allah Al-Haram tersebut, Rasulullah saw pernah bersabda :
http://syededlee.tripod.com/keunggulanislam/id73.html ( sebhg dr petikannya )
No comments:
Post a Comment