yang memberi penekanan kepada kesedaran, peranan dan hak serta tanggungjawab dalam
masyarakat dan negara. Tapi sebenarnya, nilai sivik atau sikap bertimbangrasa dan ber
bertanggungjawab ini, telah mula diajar dari rumah oleh sebahagian dari kita. Sebahagian
ibu bapa yang mementing dan menerapkan semangat tolong menolong, meringankan tugas
dan berkasih sayang dalam keluarga kepada anak-anaknya. Sivik meningkatkan kesedaran
nilai moral dan etika dalam pembentukan siasah seseorang individu. Mempunyai sivik
yang baik, bererti kita berjaya mendisplinkan diri, malah mampu menghormati hak orang
lain dalam masyarakat. Kita tidak akan menjadi selfis, sebaliknya berupaya menjadi
penyumbang kepada masyarakat yang lebih proaktif, bersatu padu, harmoni dan sejahtera.
Masyarakat yang sejahtera mampu membentuk kepada keperibadian bangsa dan kejayaan
negara. Malangnya kita semakin kehilangan kesedaran sivik.
Jadual aku seawal 6 pagi dan biasanya berakhir selepas 8 malam. Rutin menghantar anak
ke sekolah setiap jam 6.50 pagi. Dengan keadaan suasana pagi yang masih gelap, kami
( para ibu bapa ) bergegas menghantar anak ke sekolah.
Dan setiap pagi jugalah aku menyaksikan ada sebilangan pemandu buka lampu tinggi
( beam ) sepanjang pemanduan yang menyilaukan pemandangan pemandu lain. Apa dia
orang ingat dia orang jer yang nak cepat ? Orang lain pun nak cepat. Kut ya pun nak hidup
kan beam, bila berselisih dengan kereta lain tu, matikan lah sekejab supaya pemandu dari arah
lain tak silau dan tidak menjadi penyebab kepada kemalangan.
Kut ya pun sayangkan anak dan tak mahu anak tu berjalan jauh..., agak-agaklah kalau nak turun
kan anak. Tau dah kereta kat belakang tu berderet panjang. Kawasan sekolah tu di penghujung
jalan mati yang ada U-turn, berhentikan lah anak ke depan sikit. Tak patah der kaki anak tu
kalau setakat kena melangkah dalam 60 tapak atau 10 meter. Bagi lah ruang pada kereta lain
masuk dan menurunkan anak mereka sama. Kerana kat depan awak tu masih banyak kosong
yang boleh diisi. Ini tak betul-betul kat depan pagar tu dia turunkan anak. Macam tak mau
gunakan akal langsung. Berpada-padalah. Jangan hanya mudah pada kita tapi menyusahkan
pada orang lain.
Tindakan tanpa sivik yang ke 3 : Di waktu tengahari atau petang waktu menunggu dan
mengambil anak balik sekolah. Sekali lagi ibu bapak ( tapi kebanyakannya ibu-ibu ) parking
motor betul-betul kat korner tu juga. sampai penuh korner tu dengan motor sampai 2 lapis.
Kalau lah ada pemandu yang terlajak ( disebabkan sempit dan tak sempat brek ) haruslah
diterjah deretan ibu-ibu yang menanti di atas motor tu. Siapa yang naya ? Nak salahkan
siapa lepas tu ? Ke depanlah sikit ibu-ibu, sayangilah punggung anda, kalau pun tak sayang
kan motor. Jangan biarkan punggung tu rebeh !
Tindakan tanpa sivik yang ke 4; Melengah-lengahkan sewaktu menurunkan anak.
Waktu ni lah baru nak keluarkan dompet bagi duit belanja, baru nak cari saputangan yang
tercicir. Time ni lah dia nak peluk cium bagai, macam anak tu nak pergi jauh benar. Nak
pegi sekolah jer pun. Kalau kereta tak berderet kat belakang...., peluklah ketat-ketat.
Ciumlah sampai berbunyi, gasaklah. Tapi sekarang kereta tengah berderet kat belakang
kak / abang oooi, agak-agaklah. Yang kat belakang tu semua berebut nak turunkan anak
juga, lepas tu nak berebut pulak pergi ke tempat kerja.
Bukanlah nak suruh anak tu jadi komando, sampai sekolah terus buka pintu dan loncat/
terjun dari kereta. Tapi sepatutnya perkara duit belanja, botol air, sapu tangan dan salam,
peluk cium tu kita semua boleh buat dari rumah. Sama-sama kita bertimbang rasa kepada
para ibu bapa lain juga. Jika semua ibu bapa memainkan peranan yang betul dalam
mengurangkan kesesakan ( walau pun sedikit ) rasanya tak ramai yang migrain dan
kesesakan tu sedikit sebanyak dapat dikurangkan.
No comments:
Post a Comment