Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 SEBAB KENAPA SAYA SAYANG JIRAN SAYA

"Barang siapa yang beriman dengan ALLAH dan hari akhirat, maka janganlah ia menyakiti tetangganya."
        
      (  Hadis riwayat Bukhari. )


"  Sebaik-baik sahabat adalah yang paling baik terhadap sahabatnya dan sebaik-baik tetangga adalah
    orang yang paling baik terhadap tetangganya. "

      ( Hadis riwayat Tharmizi )


wanita yang tabah, ibu yang penyayang, rempit, suri rumah, tak bergossip, mesyuarat tingkap.


Aku memang sukar untuk menyukai orang lain kecuali orang itu mempunyai beberapa kualiti
yang menyebabkan saya memang perlu menyukai dia. Mungkin aku ego, tapi untuk yang satu ini aku rasa ego itu berbaloi. Duduk berjiran dari dahulu hingga sekarang memang melalui berbagai situasi yang berbeza. Jiran aku yang seorang ini aku kenali semenjak 4 tahun aku bermukim di sini dan naluri ku terus menyukainya sejak kali pertama kami berkenalan dan bertegur sapa.
Apa hebatnya dia ?

1.  Seorang wanita tabah dan ibu yang penyayang

2.  Bukan kaki gosip dan bukan kaki mengumpat

3.  Berfikiran terbuka, dan mudah faham banyak perkara walau hanya seorang suri rumah.

4.  Bukan ahli mesyuarat tingkap atau pun pagar.

5. Teman aku bertarawih, pergi kenduri kawin dan ziarah kematian.

6. Dia periang dan  tidak pernah prajuadis pada orang lain.

7. Bila kami keluar bersama kalau kali ini aku belanja, next time dia akan kata
    ' this is my treat ' pulak.

8. Ringan tulang terutamanya bila ada majlis tahlil dan yassin. Yang ni aku paling suka,
    tak payah panggil, confirm dia datang sendiri .

9. Pandai jadi Mc Gyver
   ( yang ni aku kena salute dengan dia, kalau setakat merepair paip pecah dan sinki, dia buat
    sendiri je, dia tau batang paip saiz apa dan jenis apa nak guna. Aku tak tau )

10.  Ini paling best - boleh tahan berani dan  kaki rempit on the road.
       Dari Subang ke Ampang kami ambik masa 20 minit je. Dia drive aku cuma jadi navigator.

Aku amat bersyukur dikurnia dengan jiran yang sebegini. Mudah-mudahan perhubungan dan persaudaraaan ini kekal sepanjang hayat.












16 comments:

  1. Perkara ke-9 tuh yg plg tak tahan...terer mcm Mac Gyver tuh...hahahah.

    Apapun, jiran yg baik adalah pengerat silaturrahim. Zaman skrg sgt2 susah utk mendapat jiran yg betul2 blh membantu atau yg baik2. Siyes...sgt susah. :)

    ReplyDelete
  2. mmg best kalau ada jiran yg sekepala kannn :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepanjang saya melalui hidup bekeluarga dan berjiran, ini yang paling best dan saya bagi 5 bintang untuk dia.

      Delete
  3. Untung la ada jiran yg mcm 2. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, doa saya dikabulkan juga untuk memperolehi jiran yang baik dan boleh dipercayai.

      Delete
  4. Bestnya ada jiran yang baik..sy pun kalau dah ada rumah sendiri nnti, nak jiran yang baik2 juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran yang baik ni banyak membantu Mieza, apa2 hal mereka nilah yang sampai dahulu sebelum saudara mara kita sampai.

      Delete
  5. untung kan ada jiran yang macam ni... best je memanjang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat, kena pulak yang kuat ketawa, happy je rasanya.

      Delete
  6. saya memang jarang sangat dapat berjumpa dnegan jiran. memasing kerja... rindu pulak jenjiran kat kampung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memanglah bila dah maasing2 bekerja Wantie, tapi bila sesekali berjumpa,,mau habis masa 2 tiga jam juga bercerita. Bila dapat jiran yang baik, sejuk rasa hati.

      Delete
  7. best dpy jiran mcm na kan..
    susah dapat jiran yang baik macam ni

    ReplyDelete
  8. jiran adalah orang yang paling dekat dengan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Hanafi, lebih dekat dari saudara kita yang tinggal di merata tempat. Terima kasih kerana kunjungannya.

      Delete