Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Faktor penendang

Aku ni memang perangai kalau AKU NAK - susah macam mana pun aku akan buat.
Kalau aku TAK NAK - bagus macam mana pun tak akan aku buat.
Aku hanya buat kalau aku terjumpa ' faktor penendang ' di situ.
Dan....,masaalahnya lagi, siapa yang nak aku tendang hari ini ?

Entri marah lagi ni ?
Tak ah....
Dah tu ?
Aku tengah fikir siapa pulak yang nak tendang aku supaya betulkan templete yang
ada sekarang ni. Bosan dah tengok hijau. Niat hati nak tengok unggu, jingga, putih
seputih salji........



Orang kata hijau itu menyamankan....... ia ke ?
Alah, kalau tak hijau pun nyaman juga mata memandang.
Beauty is in the eye of the beholder. Apa nak kisah ?
Tak suka tengok, tutup matalah.
Cerewet.
                                                      
siapa yang patut ditendang, mencipta alasan, bunga kertas unggu, bunga kerta pink, rumah, siapa yang patut ditendang,faktor

 Faktor penendang eh bukan, sebab aku tak ganti gate rumah yang nak tercabut
ensel tu adalah kerana........aku tak cukup duit. Hehe....gila aku nak tebang pokok
bunga kertas yang kembang payung, rimbun dan boleh buat berteduh di bawahnya.

Faktor penendang ke 2 ( eh, silap lagi ), aku tak tebang pokok bunga kertas
purple ni kerana ia warna kegemaran aku. Mata aku nyaman setiap kali
melihat warna pink keungguan di celah-celah daun yang rimbun. Serius.
Kucing-kucing aku pun suka lepak kat bawah pokok bunga kertas ni.

Pokok bunga kertas ni memang tak pernah berhenti berbunga sepanjang tahun.
Agak-agak dia merajuk ( dah kurang berbunga ), aku akan ajak pokok tu bercakap.
Kalau nak lebih cepat redakan rajuknya - siram jer dengan air ikan. Habis cerita.
Tak sampai seminggu merecup gila lah bunganya semula.

Jadi sebelum ada yang tendang aku pasal entri gila ni, lebih baik aku stop.
Chow.

No comments:

Post a Comment