Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dari kejauhan



Tidak berapa minit selepas pemergiannya riuh dengan memberitahuan melalui 
whatsapp samada di dalam group dan secara peribadi. Seorang kenalan lama
menghantar gambar dan bertalu-talu memberitahu berita itu. Aku hanya membisu.
Seorang ulama meninggal dunia, kenapa aku tidak sedih ? Kenapa ?


Aku sepatutnya menyintai ulama. Aku sepatutnya menyintai orang soleh walau
aku bukan mereka. Melihat gambar-gambar juga yang berita yang dipos sejak semalam,
malah berita hari ini juga aku dikirimkan kabaran penuh biodata allahyarham............
Hanya baru sebentar tadi aku jawabkan mesej whatsapp darinya.
Aku hanya menjawab sepatah : Al- fatihah

Itu aja ? Dia bertanya .
Ya. Al-fatihah dan moga diberi keampunan.

Aku tahu dia mengharap aku akan mengulas lebih, agar kami boleh berbahas.
Tapi untuk apa aku membalas pancingannya ?

Dari Abdullah bin Mas'ud ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Mahukah aku khabarkan kepadamu siapakah orang yang diharamkan dari api
neraka? Dan api neraka tidak akan menyentuhnya. Mereka adalah orang yang
menghampiri orang lain dengan lemah lembut ( kasih sayang), berlebih kurang
dan baik hati"

(Hadis Riwayat Tirmizi)

"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari Jum`at atau malam Jum`at, 
melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah (siksa) kubur".  
( HR Ahmad dan Tirmidzi )

Jadi aku juga tertanya-tanya bagaimanakah keadaannya jika yang meninggal 
itu adalah seorang perompak atau penjarah ? Adakah ia juga layak mendapat 
pengecualian dan penjagaan dari fitnah kubur ? Muliakah mereka kerana
mereka juga meninggal di hari Jumaat ?

Tapi Nabi Muhamad s.w.t  meninggal pada hari isnin 12 Rabiulawal tahun 
ke 11 hijrah. Adakah manusia biasa akan melebihi dan mendahului segala
keistimewaan baginda ? Hanya kerana TGNA meninggal pada hari malam
jumaat ?

Melihat gambar ribuan ( mungkin juga belasan ribu sebenarnya ) manusia yang 
mengikuti sembahyang jenazah TGNA, aku jadi terkenang peristiwa puluhan 
tahun dahulu yang aku alami. Sewaktu aruah yai aku meninggal bapak menjunjung
aku ditengkok dan terpaksa menguak ribuan murid dan manusia yang datang untuk 
menziarahi aruah yai buat kali terakhir. Aku didudukkan di sebelah atas kanan
jenazah dan itulah kenangan yang tidak dapat kulupakan sehingga kini. 
Tapi rupanya benarlah jika kita terlalu teruja dengan ‘keturunan’ tunggulah dugaan
yang bakal diturunkan. Aku dah menyaksikan dugaan demi dugaan yang sebahagian
dari kami alami dan masih menyaksikan sehingga kini.

Aku hanya hamba Allah yang serba jahil. Di mana mahu ditempatkan seorang hamba
selepas ia mati - hanya Allah yang berhak menentukannya. Yang pasti aruah yai aku
menyatukan tapi TGNA telah membuat sebahagian kita berpecah belah dan memusuhi
sesama islam. Tidakkah itu akan dipertanggungjawabkan ?


 "Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya". 
(HR Bukhari)

No comments:

Post a Comment