Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cadbury, Anjing, JAKIM, Bising.

Bila termakan Cadbury kita marah, terasa dianiaya, terasa kotor, rasa berdosa yang
amat sangat kerana 'termakan'. Sedangkan orang yang termakan tak dikira berdosa
kerana dia tak tahu. Kalau nak kata darah tu perlu disamak, memang buat aku gelilah
membaca ayatnya. Tapi yang lebih geli dari itu adalah bila orang ' terberi dan sengaja
makan rasuah' tak ramai pulak orang yang geli. Dan semua orang pun sibuk menyalahkan
JAKIM kerana lebih sibuk mengendap orang berkhlawat dari membuat kerja dengan lebih
teliti terhadap bab-bab yang berkaitan dengan kemaslahatan ummah. Logo halal Jakim
mula dipertikaikan.




Kenapa ? Kerana ada setengah dari kita berpendapat logo itu boleh dibeli disebabkan
' lemahnya iman di hati', lalu habuan masuk ke poket sendiri. Sejak itu merebaklah list
yang berterusan tentang barang makan yang haram. Dari minyak, gula, tepung dan segala
jajan majan, and the list go on. Lalu tersebarlah ' jika nak tahu kesohehan' itu dan ini, pergi
la ke laman web sekian bin sekian. Tepung gandum memang halal, tapi raw material yang
menjadikan tepung gandum dan bahan campurannya tu pulak bagaimana ? Sudah
dipastikan benar-benar halal atau pun belum ?

Sebenarnya jika nak disenaraikankan barang halal dan yang subahah tu memang
banyak. TESCO pulak ? Tesco dah lama mengeluarkan makanan yang berlebel sendiri
dari bahan mentah seperti tepung gandum, ajinomoto, kari ayam dalam tin dan jus-jus
keluarannya. Jakim dah pergi belum check kilang yang memproses barang makanan
menggunakan lebel Tesco? Kari ayam Tesco bukannya ada lebel halal pun. Ramai
orang beli. Pergilah periksa......, jangan esok jadi isu JAKIM terlepas pandang lagi.

Ini kisah Wali Allah dengan dengan anjing. Cerita ini dikongsikan oleh seorang rakan
di FB dan aku memang rasa terpukul dengan sindirannya yang lembut. Begini kisahnya :-

Suatu hari, seorang wali yang dikenali sebagai Ba Yazid atau Abu Yazid sedang jalan
-jalan di satu lorong. Tiba-tiba seekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut jubah
nya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas. Tiba-tiba
anjing itu bersuara seperti manusia, “Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak 
perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian 
tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci walaupun 
dengan 7 batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci.”

Abu Yazid berkata, “Wahai anjing, kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku.”
“ Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedang
kan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, 
sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun,” jawab anjing itu.


Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: ” Kalaulah dengan seekor 
anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk
di `majlis-NYA’? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia 
melalui perkara-perkara yang kecil."

                                                
cadbury haram, dna babi, jakim, logo halal jakim,jakim tak buat kerja, cadbury hazel haram,
Gambar : Dari fb kawan

Aku tak faham kenapa ramai yang kalut dan gemuruh bila nampak perempuan 
bertudung atau pak aji sekali pun pegang anjing ? Asal islam pegang anjing aja,
kutuk kaw-kaw sampai orang tu terduduk. Susah sangat ke menjadi islam ?
Selagi anjing tu tidak menjilat muka kita dan kita pulak tidak menggosok -gosok
bahagian hidungnya yang lembap, apa masaalahnya kalau tersentuh bulu anjing
jika sama-sama kering ? Dan jika anjing itu basah dan kita kering sekali pun 
sehingga memerlukan kita samak, samak ajalah. Apa yang nak kalut sangat ? 
Ke tak pernah belajar menyamak najis mughalazah waktu di sekolah dulu ?
Dalam islam sekalipun, anjing dibenar digunakan untuk menjaga ternakan dan 
tanaman. Pergi cari baliklah buku-buku agama tu.

*** 
Agama kita banyak mengajar berlemah lembut dan perkara yang indah, tapi ramai 
buat perkara yang susah dan menjadikan seolah-olah perkara tidak boleh dimaafkan
lagi. Bab makanan dan menyentuh anjing memang ramai yang sensitif tapi bab LGBT 
ramai yang menyokong samada secara senyap atau terang. 
Pelik bin ajaib manusia ni.

No comments:

Post a Comment