Persatuan Pelancong dan Pengembara Malaysia atau PETA ditubuhkan dengan
objektif untuk menggalak dan menyemarakkan aktiviti pelancongan dan pengembaraan
domestik dengan memupuk budaya melancong di dalam negara sendiri di kalangan rakyat,
terutamanya ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan,eko-pelancongan dan lain-lain.
Disamping itu PETA juga menganjurkan aktiviti sukarelawan yang dapat membantu bumi
hijau dan berusaha meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar di kalangan
masyarakat.
PETA berazam mewujudkan perpaduan serta meningkatkan integrasi kaum
di kalangan rakyat Malaysia melalui aktiviti-aktiviti pelancongan, pengembaraan
yang terancang dan teratur bagi mengeratkan hubungan serta intereaksi antara
masyarakat berbilang kaum. Visi PETA adalah menyemai kesedaran pemeliharaan
dan pemliharaan alam sekitar di kalangan masyarakat. Di samping itu PETA juga
menyediakan diri untuk keterlibatan dalam program pelancongan dan membantu
mempromosikan Malaysia di luar negara.
Industri pelancongan merupakan industri yang ke tiga terbesar menyumbang
kepada pendapatan negara. Potensi industi pelancongan sebagai penjana ekonomi
baru negara, hanya akan dapat direalisasikan jika usaha-usaha memaju dan membangun
kan industri pelancongan ini diberikan penekanan yang sewajarnya. Isu alam sekitar,
visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan dan keindahan persekitaran, sistem
pengangkutan dan keselamatan pelancong, semuanya mempunyai persentej tertentu
yang menyumbang kepada kesan-kesan positif dan negetif kepada rekod jumlah
pelancong yang melawat Malaysia.
Buat masa ini pelancong dari China merupakan penyumbang ketiga terbesar selepas
Singapura dan Indonesia dengan rekod 1.6 juta orang tahun lepas.
Sabtu 26/4/2014 yang lepas, mengambil tempat di Sg. Acheh, Nibong Tebal P.Pinang,
aktiviti PETA yang pertama dijalankan. Seramai lebih dari 25 orang sukarelawan pertama
PETA turun padang untuk menyertai kerja penanaman semula pokok-pokok bakau dengan
kerjasama Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut yang dijadikan sebagai tapak dan
kawasan pemuliharaan paya bakau di situ. Pusat Pendidikan Pemuliharaan ini ditubuhkan
dengan inisiatif sendiri oleh En. Ilias bin Shafie yang juga merupakan Presiden Persatuan
Kebajikan Nelayan Pulau Pinang ( PIFWA ) pada tahun 1997 yang bertujuan melindungi
kebajikan nelayan pantai, mengawal kemusnahan paya bakau dan menjaga dan membaik
pulih ekosistem. Hari ini pusat pemuliharaan ini adalah antara yang aktif dan terhebat
mengendalikan ceramah-ceramah kesedaran di universiti-universiti tempatan dan di luar
negara.
Kami sampai ke Pusat penyelidikan Kecil itu pada jam 9 pagi, dan pusat itu sudah
dipenuh dengan peserta dari syarikat korporat AMD yang telah lebih dahulu tiba dan
memenuhi pusat penyelidikan itu bersama lebih dari 50 orang peserta. 2 kali ganda dari
jumlah sukarelawan kami, namun kami berbangga jumlah kami yang kecil itu adalah titik
tolak untuk penyertaan dan tanggungjawab yang lebih besar di masa akan datang.
AMD merakam gambar kenangan setelah selesai aktiviti menanam bakau.
Sijil penghargaan kepada En. Ilyas bin Shafie ( penubuh pusat penyelidikan ini )
Jom masuk !!
Encik Ilyas menunjuk cara membuat lubang untuk anak bakau.
Wakil dari MRSM Trolak.
selepas kerja-kerja penanaman ( ucapan kali ke 2 ni )
Alhamdulilah, aktiviti kami yang pertama berjalan lancar.
Bergambar kenang-kenangan sebelum majlis bersurai.
No comments:
Post a Comment