Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku

Lama betul aku tak buat sebarang up date di blog ini. Rindu juga rasanya.
Tapi macam biasa, alasan klisenya adalah aku sibuk. Ehh...., tak ada la kelise sangat
benarnya. Memang aku sibuk. Sibuk dengan urusan peribadi.Sibuk dengan Cellmaxx.
Sibuk dengan PETA dan sibuk melayan demam denggi aku. Ya, sebenarnya aku baru je
pulih dari demam denggi. Tapi kalau orang lain pegi hospital pasal denggi. Aku bantai
kat rumah aja sambil telan Cellmaxx.

Macam konfiden je aku cakap aku kena demam denggi kan ? Apa tak konfidennya....
zaman sekarang semua maklumat ada dihujung jari. Konfirm kan ajalah sintom yang kita
alami tu dengan info tentang denggi di internet. Kalau demam tak mo kebah lebih dari 3
hari, cirit birit, sakit kepala ya amat, mata merah, tekak rasa terbakar malah seluruh sendi
badan terasa cramp - membuatkan aku jadi bodoh lebih dari seminggu.

Demam denggi akan menyebabkan platlet darah kita menurun dengan cepat. Bacaan
platelet darah yang normal adalah 150 - 450 bpl. Bila kena denggi, bacaan platelet darah
akan turun sehingga kurang dari 10 bpl. Tapi kalau dah kurang dari 10 bpl tu memang
boleh membawa maut la. Oleh kerana aku belum nak mati dan memang jenis liat untuk
ke hospital, aku layan demam denggi aku kat rumah je. Sebenarnya sebelum tu Farouk
pun dah kena denggi juga. Klinik refer dia gi hospital tapi aku hospitalised kan dia dalam
bilik rumah je. Dia pun ala-ala kepala batu macam aku juga. Jadi aku angkut anak bujang
aku balik dan bagi dia makan Cellmaxx 2 sachets. Petangnya dia dah boleh angkat kepala
cuma masih sangat lemah. Seharian dia terbaring di tempat tidur. Aku cuma pastikan dia
mau makan dan minum macam biasa walaupun demam, walau pun muntah. Hari ke 4
demamnya dah surut tapi bersambung dengan selsema pulak.

Eh, tadi aku tulis lain kan ?? Apa sal melalut pegi ke Farouk pulak ea ?
Maafkan aku. Maklumlah orang baru baik demam memang mamai kan ? Hehehe....
Jadi,dipendekkan cerita....masa aku demam itu hari, hubby aku nak hantarlah ke hospital.
Aku cakap kat dia, kalau di hantar aku sampai masuk wad, aku akan pastikan aku lari dari
hospital dengan gebar-gebarnya sekali. So kansel la niatnya tu. Dalam dok demam tu, aku
cuma boleh bertahan duk berkurung dalam 3 hari je. Masuk hari ke 4, aku dah bergerak
ke Putrajaya untuk settlekan hal dengan ROS. Parking kereta kat Rawang dan tukar
komuter di Central.

Laju gila komuter tu sampai aku terlajak di Salak South. Sumpah, itu adalah kali
pertama aku naik komuter untuk ke Putrajaya dan Presiden aku yang sama gila otaknya
dengan aku, dalam lembut membuatkan aku 'terpaksa' menyiapkan semua pembetulan
kerja dan borang online sehingga ke malam. Kepala aku dah rasa berdengung tahap
maksimum. Aku rasa nak termuntah dan nyaris pengsan kat CC di Persint Diplomatik.
Sabar ajalah. Aku balik ke Rawang hari tu menggunakan train terakhir dari Central
dalam hujan dan aku melintas tak berpayung. Esoknya aku sambung demam lagi 5 hari
campur selsema juga. Badan aku rasa nak retak dan sendi rasa macam nak terbarai.
Padan muka aku.
                             

Baik dari demam tetiba je aku mengidam nak makan Nasi Bukhara Pak Tam.
Esok aku nak gi Selayang, makan nasi Bukhara " Tuuu...dia Pak Tam. "

No comments:

Post a Comment