sedap. Resepi asli. Curi. Hehehe...,suspenkan baca. Curi dari mak mertua sendiri. Minta
suami yang dapatkan resepi tu. ( Suami yang nak makan.....jadi dialah yang kena dapatkan
resepinya.) Inilah padahnya bila anak menantu ego dan malas jumpa mertua untuk tuntut
ilmu.Err..., sebenarnya suami aku memang dah tau yang bondanya tidak akan turunkan
ilmu kat orang lain. Jadi aku minta suami aku yang pergi menuntut dari emak dia sendiri.
Ngam. Pandai kan ? ( Jangan tiru keegoan ini ). Oleh kerena favorite
masakan hubby adalah Nasi Dagang, Nasi Berlauk dan yang boleh masuk dan ngam
di tekak aku hanya Nasi Dagang. Maka dengan ' rela dalam terpaksa ' aku belajarlah
masak makanan favorite hubby, dari dia sendiri.
Bila dapat ilmu tu, aku tokok tambah sedikit sebanyak gaya masakan dan
rempah ratusnya. Aku mudahkan lagi. Adjust mana yang patut sebab aku tau mak
mertua aku tak akan ajar ilmu sampai habis. Biasalah, memang jarang tukang masak
turunkan ilmu 'habis dan tuntas'. 20 peratus mereka akan simpan sendiri rahsia tu supaya
anak murid tak lawan tokeh. Tapi mek tak kisah beb. Yang penting hubby cakap sedap.
Anak-anak cakap sedap dan boleh ulang makan sampai 2 hari. Makan pun bertambah
dan berulang-ulang. Jiran aku cakap sedap. Dan adik ipar aku yang jarang sebulu dengan
aku dalam kepayahan ' terpaksa mengaku sedap'. Cukup.
Yang lain...., mek tak kisah.
Resepi ni sedikit ala Thailand sebenarnya. Bukan cara masakan Kelantan ori dan
bukan juga cara masakan Trengganu. Mak mertua aku asal Thailand, jadi dia ikut
cara orang sana masak la. Aku pulak stail jawa + arab degil. So ikut suka aku la, nak
adjust macam mana. Tak apa bonda, terima kasihlah bebanyak sebab dah turunkan
ilmu ni pada anak bonda sendiri. First time memasak ( 19 tahun dulu ) memang suami
yang buat semua bahan tu. Aku tenung ajalah. Dari hiris bawang dan rempah sampai
la ke bab yang seterusnya.
Ok, cukup membebel tu. Kita teruskan pada cara memasak Nasi Dagang
GAYA LYN MUNIR. ( Jangan nak jelir-jelirkan lidah gaya nak muntah tu.
Tak nak ajar kang...hehehe )
A. Bahan untuk Nasi Dagang.
- Beras biasa/beras wangi 8 cawan
- Beras pulut 2 setengah cawan
- Halba
- Halia muda 3 - 4 inci. Dimayang halus dan diracik.
- Bawang merah kecil dalam 20 ulas. Dimayang halus.
- 1/2 kg santan dicairkan dengan menambah 2 cawan air dan
campurkan sedikit garam. ( Santan ini digunakan untuk
anduk/godak nasi yang dikukus pada kali pertama nanti ).
- 1/2 kg santan pekat lagi digunakan untuk menganduk / godak
nasi yang dikukus bagi kali ke 2 ( terakhir ).
B. Bahan rempah ratus lauk Nasi Dagang
- Segengam cili kering diblender
- Lengkuas 2 setengah inci
- Serai 4-6 batang ikut besar ruas.
( Ruas sederhana 4 btg. Ruas kecil 6 btg )
- Bawang besar 4 labu
- Halba dalam 1 sudu makan. Kisar halus berasingan.
( Nak diblend sekali dgn bahan basah pun boleh )
- 2 Bungkus rempah kari daging BABAS
- Manisan keret 4 ketul @ Gula kabung 1/2 ketul.
( Nak sedap guna manisan keret la )
- Santan RM 2 ( cairkan dengan menambah 2 cawan air biasa )
- 1/2 kilo santan lagi untuk memekatkan kuah.
- Lada hijau besar untuk pelengkap hidangan.
C. Bahan wajib.
- 5 ekor ikan tongkol ( dipanggil juga sebagai ikan aya ). Potong nipis ya.
- Asam keping 14 keping untuk merebus ikan
- Sedikit garam
- Aji No Moto
( Yang ini bahan option kalau nak ikan tu boleh dimamah dengan tulang2nya sekali )
CARA-CARANYA :-
1. Sukatan beras seperti di atas dicampurkan jadi satu, dibasuh bersih
dan direndam semalaman.
2. Ikan yang sudah dipotong kecil itu dibasuh bersih, direbus dengan air
yang sama parasnya ( dengan ikan yang ada ), campakkan semua asam keping
dan letak sedikit garam. Macam yang saya sebutkan tadi kalau nak ikan tongkol
tu dapat dimamah dengan tulang-tulangnya sekali,masukkan aji-no-moto sewaktu
merebus ikan anggaran 1/2 sudu kecil dalam rebusan tersebut. Biarkan air rebusan
tadi menjadi hampir suku baru dimatikan apinya.
Tips memasak ikan tongkol.
Jika nak dagingnya elok dan tak hancur pastikan air rebusan tadi menjadi suku
saja. Jangan matikan api jika air rebusan masih banyak. Ikan akan hancur dalam
masakan bila dialih nanti. ( Sebab tu dinamakan ikan tongkol hehe..... )
3. Sukatan santan cair untuk kuah tadi dipanaskan terlebih awal tapi jangan sampai
mendidih. Asingkan dan letak tepi dulu.
4. Blend cili kering dan tumis bersama sedikit minyak. Biar sampai cili tu tanak.
Nak tau warna cili yang dah tanak/benar-benar masak adalah warnanya yang
merah muda tu bertukar kepada warna merah tua. Bila dah warnanya cenggini baru
masukkan manisan keret yang 4 ketul tadi kedalam masakan cili. Bila dah masak
matikan api dan curahkan terus ke dalam santan cair yang dah kita panaskan terlebih
dahulu tadi.
5. Blend segala sukatan bawang besar, lengkuas, serai
dan campurkan dengan 1sudu makan halba. Blend semua
sekali. Dah siap blend terus tumis dengan menggunakan
minyak yang sedikit. Tumis sampai terbit bau wangi. Bila
tumisan dan tanak - blup blap, blup blap cenggitu., matikan
api dan dan tuang ke semua hasil tumisan ke dalam santan
cair yang dah kita curahkan dengan tumisan cili kering
diawal masakan tadi.
6. 2 peket rempah kari daging babas tu kita bancuh dengan sedikit
air dan tumiskan juga. Bila dah tanak, tumisan kari tadi kita masukan
ke dalam kuah santan cair tu juga. Beres. Angkat periuk santan cair
yang dah bercampur dengan segala perabah tu ke dapur untuk melakukan
proses yang seterusnya. Masukkan bersama air rebusannya ( semua sekali ),
termasuk kepingan asam yang berada di dalamnya.
*** Jika takut kuah nasi dagang kita tu masam boleh le keluarkan / buangkan
sebahagian dari asam keping itu . ( Senang cakap buang la semula 4 -5 keping asam
keping yang dah berada dalam kuah. Jangan dibiar terus berada di dalam periuk. Nanti
kuahnya masam sangat pulak. )
Rupa bentuk lauk Nasi Dagang yang dah siap dimasak.
Panaskan kuah di atas api selama 10 minit. Selepas itu tuangkan 1/2 kg santan
pekat ke dalam masakan anda. Masaklah dengan api sederhana kecil. Kacau
sekali sekala dan biarkan kuahnya menjadi pekat. Letak garam dan sesuaikan
rasa anda. Bila kuah sudah pekat, campakkan lada-lada hijau tadi ke dalam kuah
sebelum mematikan api. Beres doh. Aroma wangi kuah akan semerbak satu rumah
dan membuat anak-anak mundar mandir di keliling dapur.
Wargh....perut dah lapar nih.
sudah direndam semalaman itu. Oleh kerana sukatan berasnya agak banyak ( cukup
untuk 10 orang makan ), maka anda mungkin terpaksa membahagikannya kepada 2
bahagian. Sekali kukus mungkin tak muat saiz kecuali kukusan anda benar-benar
besar la.
Kukus beras untuk pertama kali dalam 20 minit. Angkat keluar dari kukusan dan
tuangkan semua berasnya ke dalam besen. Curahkan santan cair tadi anggaran 2
cawan ke dalam beras yang dah separuh masak tu. Anduk/gaul cepat-cepat sampai
rata dan serap santan. Dah siap, masukan semula gaulan tadi ke dalam periuk kukusan
dan kukus untuk kali ke 2 untuk selama 15 - 20 minit lagi.Keluarkan lagi sekali beras
yang dah dikukus kali ke 2 itu dan campurkan terus halba, hirisan halia muda dan
hirisan bawang kecil ke dalam nasi. Letakkan garam dalam 3/4 sudu kecil dan tuang
kan santan pekat mentah dalam 1 cawan ke dalam nasi kita tadi.
Dah siap dan aromanya memang akan membuat perut anda menyanyi lagu rock -
minta di isi segera. Bereh boh. Jom ambik pinggan . Boleh makan dah.
Jika santan yang kita gunakan adalah santan pekat segar.....maka Nasi Dagang
yang terhasil akan kelihatan seperti gambar di atas - berminyak dan berkilat.
Nota :
Kuah Nasi Dagang yang terbaik haruslah mengandungi rasa manis, masam dan masin
yang seimbang. Nak pedas - gunakan cili hijau tu. Memang mantop. Dan kalau kena
gaya kuah nasi dagang anda boleh bertahan sehingga 3 hari ( errr.....kalau tak habis
disantap le ). Tapi kalau di rumah saya, bila masak nasi dagang tu macam makan
kenduri la. Anak beranak hantu nasi dagang. Setakat ikan tongkol saiz besar 5 -6
ekor tu....anak-anak saya makan dalam sehari je.
Aiseh, jawabnya esok aku kena masak lagi. Ingat boleh cuti doh.....
-
No comments:
Post a Comment