Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Cadbury, Anjing, JAKIM, Bising.

Bila termakan Cadbury kita marah, terasa dianiaya, terasa kotor, rasa berdosa yang
amat sangat kerana 'termakan'. Sedangkan orang yang termakan tak dikira berdosa
kerana dia tak tahu. Kalau nak kata darah tu perlu disamak, memang buat aku gelilah
membaca ayatnya. Tapi yang lebih geli dari itu adalah bila orang ' terberi dan sengaja
makan rasuah' tak ramai pulak orang yang geli. Dan semua orang pun sibuk menyalahkan
JAKIM kerana lebih sibuk mengendap orang berkhlawat dari membuat kerja dengan lebih
teliti terhadap bab-bab yang berkaitan dengan kemaslahatan ummah. Logo halal Jakim
mula dipertikaikan.


Cara masak nasi dagang

Lama dah tak masak Nasi Dagang. Jom Lynn Munir kongsi cara masak nasi dagang
sedap. Resepi asli. Curi. Hehehe...,suspenkan baca. Curi dari mak mertua sendiri. Minta
suami yang dapatkan resepi tu. ( Suami yang nak makan.....jadi dialah yang kena dapatkan
resepinya.) Inilah padahnya bila anak menantu ego dan malas jumpa mertua untuk tuntut
ilmu.Err..., sebenarnya suami aku memang dah tau yang bondanya tidak akan turunkan
ilmu kat orang lain. Jadi aku minta suami aku yang pergi menuntut dari emak dia sendiri.
Ngam. Pandai kan ? ( Jangan tiru keegoan ini ). Oleh kerena favorite
masakan hubby adalah Nasi Dagang, Nasi Berlauk dan yang boleh masuk dan ngam
di tekak aku hanya Nasi Dagang. Maka dengan ' rela dalam terpaksa ' aku belajarlah
masak makanan favorite hubby, dari dia sendiri.

GIVEAWAY RM 300 Dari Blog Pancing Elih


                                                   
     
Saya ' terpancing' untuk menyertai giveaway ini sewaktu berblogwalking ke blog RHDZ.
Eeii...., rasanya ini kali pertama saya terpandang blog pancing yang buat giveaway.
Deboom juga tengok hadiahnya. Oleh kerana mood saya sekarang ni ialah menyertai
Giveaway........ ( cara manis untuk mengelak dari buat entri baru lah tu ) hehehe.....
Maka dengan segala hormatnya saya mengajak le blogger-blogger yang ada blog,
menyertai / layan sama segmen ni.

Wokey. SYARAT-SYARAT PENYERTAANNYA :-

1.  Mestilah mempunyai blog / website dan akaun Google+

Tugas yang diberikan pula adalah seperti berikut :

1. Buat satu entry bebas yang bertajuk " Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
2. Follow blog dia dan Google+ Kaki Pancing tu.
3. Letakkkan banner giveaway di atas dan linkkan ke entri di sini.
4. Jangan lupa tinggalkan link entri anda semua di situ.

HADIAH-HADIAH GIVEAWAY INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :-

                                 * Tempat Pertama  : 1 X RM 100
                                 * Tempat Kedua    : 1 X RM 60
                                 * Tempat Ketiga    : 1 X RM 40
                                 * Hadiah Saguhati  : 5 X RM 20

                       Tarikh Tutup Penyertaan : 4hb Jun 2014
                                    Apa tunggu lagi. Jom, jom, JOM !

LETS CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWIISH

                                 

SYARAT-SYARAT :-

1.  Blogger yang bermastautin di Malaysia.

2.  Buat satu entri " LET'S CHILL GIVEAWAY BY MAMA DARWISH"

3.  Copy banner dan paste di entri. Jangan lupa backlink ke entri ini.

4.  Submit link di ruang komen saja.

5.  Peserta wajib letak link pingje.org di dalam entri.

Duduk diam-diam dapat duit ( Triple D-D )

Duduk diam-diam dapat duit sinonimnya dikaitkan dengan skim
pelaburan. Hanya bermodalkan beberapa ribu dan pulangan yang lumayan
( kadang sehingga 30 persen ) banyak orang kita yang terkesima dan hilang pertimbangan.
Ironinya, skim cepat kaya ini memang 'meletup' penerimaannya di kalangan orang melayu.
Tapi, ialah......  kalau namanya 'skim cepat miskin' siapalah pulak yang nak masuk ???


Segmen Blogging dan Menang Hadiah


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH :

USB Flash Drive/PenDrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
T-Shirt
Fridge Magnet

Keychain


Segmen Blogging + Menang Hadiah ! Anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT : 29 MEI 2014 - Jam 11.59 malam

CHEESEKUT

Cheese? Ya cheese. CHEESEKUT bukan cheese cake. Blur aku bila dengar perkataan
ini dari Farah satu waktu dahulu. Cheese cake aku tau la, cheesekut ??? Haram, aku tak
tau macam mana rupanya. Jadi,bila hari tu, Farah tergedik-gedik rajin kemain nak ke dapur
Bab buat biskut dengan 'kekkut ' dia memang rajin lar. Aku sebenarnya pun teruja nak
tengok rupa cheesekut tu. Tapi aku kontrol macho.... ( tak bagi semangat sungguh ) aku
ni kan ? Aku bagi dia warning, kalau cheesekut tu jadi 'mengerekot'.......siap dia. Ceh,
champion je dia buat. 15 minit siap engkau. Macam tak caya aku. Tapi aku kerling dengan
ekor mata, cheesekut tu dia orang bubuh kat dalam fridge. Simpan dalam fridge 30 minit,
Daniel dah tawaf kat kawasan fridge tu dah lebih 7 kali. Lepas Farah potong le cheesekut
tu bagi kat aku. Emmmm.....sedap la pulak. Ahak, aku tergoda dengan cheese lelehnya !!

Aku

Lama betul aku tak buat sebarang up date di blog ini. Rindu juga rasanya.
Tapi macam biasa, alasan klisenya adalah aku sibuk. Ehh...., tak ada la kelise sangat
benarnya. Memang aku sibuk. Sibuk dengan urusan peribadi.Sibuk dengan Cellmaxx.
Sibuk dengan PETA dan sibuk melayan demam denggi aku. Ya, sebenarnya aku baru je
pulih dari demam denggi. Tapi kalau orang lain pegi hospital pasal denggi. Aku bantai
kat rumah aja sambil telan Cellmaxx.

Paya bakau, tarikan yang tertinggal

Hutan bakau adalah warisan alam yang perlu dipelihara. Ia menjadi tempat perlindungan
kepada pelbagai species flora dan fauna disamping menjadi habitat kepada beberapa
jenis haiwan seperti buaya, kera, memerang,ketam, beberapa jenis ikan termasuk ikan
yang sinonim dengan paya bakau iaitu ikan tembakul dan pelbagai jenis siput serta kerang
-kerangan. Terdapat lebih 60 jenis species tumbuh-tumbuhan di dalam hutan paya bakau.
Hanya itukah kepentingan paya bakau pada manusia ?

PETA


Persatuan Pelancong dan Pengembara Malaysia atau PETA ditubuhkan dengan
objektif untuk menggalak dan menyemarakkan aktiviti pelancongan dan pengembaraan
domestik dengan memupuk budaya melancong di dalam negara sendiri di kalangan rakyat,
terutamanya ke tempat-tempat bersejarah, kebudayaan,eko-pelancongan dan lain-lain.
Disamping itu PETA juga menganjurkan aktiviti sukarelawan yang dapat membantu bumi
hijau dan berusaha meningkatkan kesedaran penjagaan alam sekitar di kalangan
masyarakat.